Wednesday, October 7

Perbezaan Antara Lelaki High Class dan Low Class

Ahaks!
Meh cikidaut laki-laki uolss jenis high or low class?
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Kahkahkah
okay okay..

Aku terjumpa gamba ni kat facebook..
So, laki uolssss high ke low??
miahahaha.

Hubby iolss masa mula-mula kahwen je dia dok kat high class..
Sebab dia yang masak.. dan ajar iolss masak..
Segala mak nek gulai dia ajar..

Tapi sekarang tak tahu dah dok class mana..mihmihmih
Manjang je cakap tak tahu bila iolss teringin nak makan masakan dia..
Sobssss..

Tapi tak mengapa sebab sekarang iolss dah terer masak
improved banyak sangat..
kalau dulu 2 jam kat dapur tak selesai 1 lauk.
but now 45 minit je dah boleh selesai masak 
siap kemas dapur lagi..
Hebat kan??
Hahahaha..

_________________________________________________________________________________

IKLAN :

Nak SIHAT, CANTIK, BERSIH??
Wassup iolsss laju-laju okeh..

Trusted Seller, InsyaAllah.

Dan nak berpantang dengan Maharani pun boleh wa
Jangan malu-malu. boleh borak panjang.


Thursday, September 10

Persediaan dan Amalan Ketika Mengadung

Phewwwww..Now on dah 27w of pregnancy..Sekejap je masa berlalu.. Nak masuk 7 bulan tapi perut kecik nampak macam 5 bulan gitu.. Jangan baby lagi kecik daripada kakaknya sudah. But berat aku naik mendadak dadak je.. 2kg sebulan tanpa syak..Dasat.

Sekarang memang tak nak fikir pasal jantina ke, Nak beli baju ke nak beli segala macam. Cuma nak fokus lebih masa labor je nanti.. Mudahan lebih mudah, lebih cepat dan lebih natural. Aminnn.

Aku memang join group ICAN/ VBAC kat facebook walaupun aku tak ada sejarah csect pun sebenarnya. Ntah macam mana terjoin group tu pun tak tahu ler. Tapi yang pasti aku sangat-sangat suka ilmu yang ada dalam group tu. Macam-macam ada ilmu pasal kelahiran secara natural ni. So, hari-hari pun jengah group bukak files baca dan hadam..

Tengah plan jugak nak join kelas AMANI. walaupun bukan tergolong dalam golongan yang nak vbac. tapi 3rd pregnancy ni kalau boleh surge tu dah tahap 3:1:1 baru ke hospital. (hospital seremban wad bersalin baru oiiiiii..tak sabar hakakk) Oh masih nak bersalin di hospital. belum pernah terfikir lagi nak bersalin di rumah.. mihmih. maybe anak last nanti kot.. nak jugak merasa. haha

Sekarang tengah recall balik pengalaman yang lepas saat labor. Lama mana. Sakit tahap mana sebab nk tahu tahap kebolehan badan sendiri untuk kali ke 3.. Fuhhh. nebes jugak sebenarnya.. boleh ke tidak ni.

Act, anak 1st and 2nd pun dua dua induced. memang sakit.. orang cakap induced lagi sakit daripada natural surge sebab kita paksa baby untuk keluar. So, kalau induced pun aku boleh tahan daripada amik epidural (ubat tahan sakit yg cucuk kat montot tu still ambil) means mesti aku boleh tahan natural surges dengan lebih relaks.. Gambateeee!. haha

Persedian fizikal dan mental kena mula dari sekarang!!!. haha, so saat kandungan masuk 2bulan yang aku tengah sibuk squats, sit up, workout tu (tak tau mengandung lagi) aku anggap sebagai permulaan yang baik.. Ye, ibu mengandung kena banyak workout.. jangan banyak duduk tido baring malas je.. tu yang dalam labor low progress tu.. sebab banyak tido..Rahim pun tak banyak eksesais sebelum labor..

Antara amalan yang aku buat untuk capai matlamat adalah :

1. Workout and Keep Fit
Workout ibu mengandung ni tak susah. Goyang goyang punggung. Gelek gelek. jejoget ikut rentak muzik. Squat. jalan itik pun boleh.. eh. banyak..sila google sendiri. yang ringan ringan je. Selalu dalam toilet je aku dok tergedik goyang goyang. kang nampak dek laki den. kato buang tebiat pulak..hahaha.

Memang aku keep aktif untuk badan sentiasa fit. kemas rumah, vaccum, mop lantai. cuci sental bilik air. Dan rajinkan diri memasak setiap hari.. memang penat. tapi best! So, sekarang pun aku dah mula rasa surge. perut dah mengeras je sikit-sikit. Means rahim pun dah mula bersedia la kan. Mungkinkah akan bersalin awal??

Sumber : Google

2. Breathing teknik.
Pun dah mula amalkan. Eh. pun boleh google tak pun youtube..macam-macam jenis breathing ado. so memang sedang biasakan diri supaya sampai masa nanti dah perfect dah bab pernafasan ni. Praktis make perfect kan..Pun boleh google pasal hypnorbirthing. Bagus untuk lebih relaks ketika active labor nanti.

3. Pemakanan.
memang no fastfood dah.(haritu je sekali KFC Rice Wrap. teringin kebeno tengok iklan tu). mcd memang dah boikot langsung. jangan bby mengidam nak macdi sudah. ibu lepuk nanti. haaaaaa..haha. makan luar pun dah jarang. masak sendiri je. Sayur pun dah kerap jugak masak sebab dah ade geng pemakan sayur..hehehe.

4. Supplement & Makanan Sunnah.
ok ni belum start ape ape lagi. baru rajin rajin kan diri ambil madu je pagi dan malam. Next insyaAllah nak amalkan vco, kurma, habbatusauda dan pati delima. On 36w nak ambil homeopathy birth mix. InsyaAllah..

5. Baca Al-quran
Yang ni on off. Subhanallah. ape la kan.. huhu. tapi yang pasti memang rajin baca yassin dan surah Maryam je. Surah yang lain insyaAllah akan dijadualkan bacaan nanti. 

6. Doa
Yang ni senjata paling penting. Doa, doa doa. Doa biar spesifik. Bagitau kat Allah yang kita nak mudah bersalin kalau bole biar sejam je dalam labor room. Doalah apa juga keinginan kita masa saat kelahiran tu nanti. InsyaAllah..

ok. mudahan tercapai impian dan hasrat menjadi kenyataan. Aicehhhhhh. gambaq makyong tak dak lagi. Maleh pulak nak bergambar. Ok see ya!

notauntukkorang : korang yang tengah mengandung tu, jangan layankan sangat malas dan sakit tu tau. Kalau dah rasa early contraction tu. yang mild manja-manja tu, jangan terus nak baring je. buat la squat sikit. jalan jalan itik sikit supaya rahim pun dapat eksesais sama. supaya progress tu lebih lancar nanti tau tau.. ingat pesan akak ni..mihmih.. insyaAllah.

nak berpantang dengan Maharani boleh Wassup ye. 017-479 6944. Kita ade sediakan set kebabom untuk berpantang..hiksss

Wednesday, September 9

What Moms Need!!

Masa first time jadi mak-mak ni memang gelabah habis.. semua benda pun nak prepare.. Dari segi bajunya, macam-macam lah sampai tak cukup kertas punya nak tulis list.. Dengan stroller sampai beli 2 3 jenis..hahaha. macam batak sangat. padahal anak tak nak duduk pun dalam tu.

Bila anak nak masuk 2, dah macam relaks sikit kan. Tak da kaluit nak beli baju banyak banyak. Nak beli barang macam macam yang kadang-kadang tu tak perlu pun sebenarnya..hehe.. Dah pandai sikit dah jadi 2nd time mother ni..

Lagi pulak bila anak no 2 sama je jantina dengan si kakak. so, semua benda pun recycle je..mihmih..Sian adik..

Nak masuk anak ke 3 ni lagilah nan hadooo.. hahahah..terlebih lebih relaks pulak rasanya.. tak de pun kaluit nak prepare memacam. Jantina baby pun macam malas dah nak ambil tahu. Kalut nak p scan 4d ke ape.. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza.. Cuma sibuk nak tambah ilmu tentang kelahiran je. Supaya lebih tenang, lebih natural dan lebih baik daripada pengalaman-pengalaman sebelum ni.

Pluss kena sedia fizikal mental wwooo. anak dah 3. kekecik lagi.. ommmggeeeee.. Mampukah mak??


Nampak tu..3rd time mother perlukan kesabaran yang tinggi tahap langit ke 7 tu. "Ya Allah, berikanlah kepada ku kesabaran yang jitu dan kekuatan untuk menhadapinya.. Aminn"..Hikss.

Notadirisendiri : Maybe lagi senang kot nak kurusmurus selimmelim lepas bersalin ni bila anak dah 3orang nak kena handle.. Mudahan..Chaiiiyoooooookk!

Monday, September 7

No More Drama!!

Alhamdulillah.. today tak de monday blues.. walaupun lewat sikit sampai. yang penting tak dok drama dah hari ni. Mudahan berterusan sampai ke bila-bila.. Aminn..

Drama. Drama. Drama. Lately, 2 bulan kebelakangan ni Raisha ni macam ada 1 penyakit kot aku syak. yang mana dia nak ayah dia hantar dan ambil daripada rumah Wan dia. penyakit ni ok lagi. tapi yang tak ok nya bila dia menangis semahu-mahunya bila ayah dia tak dapat hantar maka aku yang kena hantar or ambil.

memang drama ok! menangis macam kena dera. Stress mak pagi petang.. 

since ayah dia dah dapat tukar sini, ade lah 2 3 hari aku suruh ayah dia hantarkan sebab aku dah terlewat. kebetulan office pun memang dekat dengan rumah, lalu jalan belakang tak sampai 5 minit je. So, aku pun ngelat suruh ayah dia hantar. Silap sendiri kan..

Tapi dah lama-lama tu dia tak boleh nak tolerated pulak. bila mana ayah dia ada kerja balik lambat, dia still tak nak aku ambil. Sampai je rumah MIL, belum turun kereta lagi dia dah menangis bagai nak rak. Berkepit dekat Wan dia tak nak balik. 

Dah explain elok-elok pun tak jalan jugak. If ayah dia lambat, nak tunggu Pak Lang (adik ipar) pulak hantar balik. Derrrr.. paklang nya pun selalu balik lambat jugak.. kadang tu pukul 10 baru dapat hantar. aku nak keluar balik ambil memang tak rajinlah ibunya pun..

Mula aku biarkan lagi. Eh, makin lama makin lemak pulak dia. Memang dia langsung taknak aku hantar or ambil. Aku dah jadi macam eh, asal pulak dah ni kan. sampai 1 masa aku rasa stress ada pulak setan gelakkan aku sambil cakap " hahahahaha..loser mother! anak sendiri tak nak dengan ko!"

Fine!! lepas ni takdak excuse dah.. Dialog aku dalam hati.. nak ke tak nak ke menangis ke tidak aku tetap hangkut jugak dia bawak masuk dalam kereta. No more excuse!! I'm not a loser mother ok!! haa. marah kat setan balik..

Puas dah aku fikir jalan macam mana nak buat supaya keadaan kembali tenang. Tanpa perlu menangis, tanpa perlu drama. Aku stress, dan i know Raisha pun stress jugak. yela, pagi-pagi dah nangis, kena marah. petang nangis lagi..kena marah lagi..

Ting ting!

I got the idea. Plan pertama aku buat sticker reward. buat list, dan akan reward if dia behave tak menangis masa aku ambil dan hantar. Mula-mula dia macam excited jugak sebab sticker kan. but end up, tak jalan jugak..mihmih.. Aku ugut cakap " ok, harini kakak tak dapat full sticker sebab kakak menangis" Dia jawab " kakak tak heran, nanti kakak boleh ajak ayah pergi beli" kau ghase??

Segala jenis pujukan ugutan tak jalan. Dia tak heran langsung. Ok, aku makin stress!! haha

1 hari tu, dia punya menangis bawak sampai ke rumah.. Aku diamkan je. Pujuk tak mau semua tak mau, aku biarkan je dia nak nagis lama mana. dah penat nanti berhenti lah dia. sampai ke rumah menangis memang macam kena dera. menangis sampai terkencing. Mujuq kencing kat luar rumah. Hoiiii, nak hantu terus mak ko ni..haaa

Aku angkut dia bawak masuk dalam bilik air, lalukan dia bawah shower tu sampai tak boleh bernapas budak tu.. memang geram sangat. kenapa begitu sangat dia buat perangai kan. dengan aku sekali menangis. betul aku feel loser giler..hukhuk.. T______T

But drama still berjalan seperti biasa. T__________________________T.

Jumaat malam kelmarin, dia ajak tido. Oh, Raisha memang nak tido dengan aku je. Taknak dengan ayah dia..

"Bu, jom kita tidur dalam bilik. Kakak dah ngantuk"

" Tak nak lah. Ibu tak nak dah tidur dengan kakak, sebab kakak selalu nangis bila ibu nak hantar ambil kakak kat rumah Wan"

Mulanya aku hanya nak gurau-gurau je. tapi dia punya pujuk tu beria-ia nak tidur dengan aku. Dah alang-alang kan. kita buat drama sikit malam ni.. hikhikhik.

Aku buat tak tahu je dia pujuk merayu menangis. Biorkan aje. Aku amik segala bantal selimut dia letak kat tilam ayahnya. lagilah bertambah kuat dia meraung..hahah. Hubby dah bising time ni sebab dah malam kan. Tapi aku buat tak tahu je.. Bawak Rania ajak tido sekali. Berpelukan dengan Rania. Meraung-raung dia berdiri sebelah katil tu mintak maaf, janji segala macam. janji tak nangis, janji tak nak ayah ambik dah..Hahaha.. 

Yesss!! macam berjaya je..

Dekat 30 minit jugak aku biarkan dia meraung. Sampai termuntah-muntah dibuatnya. Kesian sangat. last aku pun mengalah. but, aku pesan dalam tegas. "Lepas ni kalau kakak menangis lagi bila ibu hantar ambil kakak, ibu dah tak nak tidur dengan kakak lagi. Pandailah kakak tidur sendiri " Tersesak-esak dibuatnya. Dan dah janji segala. Ok. Will see..

malam semalam aku tanya, "kakak, esok kakak pergi rumah Wan dengan siapa? " Dengan ibu lah.." sambil senyum-senyum.. "kakak nangis tak? " Tak nangis lah bu, kan kakak dah janji. "Ok, good girl!!"

pagi tadi no more drama dah. Dia bangun elok je ambil beg mainan dan baby dia salam cium-cium dengan ayahnya dan masuk dalam kereta... mudahan petang ni tak de drama lagi ye nak!. ibu tak boleh nak stress stress, kesian baby..

I'm Happy mother now!!!!!!! yeayyy!!

Raisha Aneesa buah hati pengarang jantung. Walau suka buat perangai, ibu tatap sayang..
Cuma kadang-kadang je ibu naik hantu...grrrrrrrrr..

Notadirisendiri : Now tengah prepare fizikal dan mental untuk bergelar mother of three..miahahah.. good luck for me then.. *clapclap*

Friday, August 21

Anak Ayah


" Omeikan anak iiiii?? Eh, tertempek sekali gamba ibunya..hikhik"

Ni 2nd princess aku, Rania Imani. Rania ni memang rapat sesangat dengan ayah dia tau.
dia kalau aku tak da dia macam tak heran sangat. tapi kalau dia tak nampak muka ayahnya dok tertanya tanya "aaaaa yah yah"??hehe. Ade tone dia sendiri... Omeiiii *puji anak sendirik.lalala*

aku ingat masa pergi Sarawak hari tu. punyalah aku susah hati nak tinggalkan dia. rupa balik tu memang dia tak heran langsung kat aku ni.. tanya MIL dia cakap takde pun dia cari ke tanya ke apa. Sobbsss. sampai hati kauu nak..mihmihmih.

aku sampai je rumah Mil punya happy nak rangkul peluk cium dia. dia sikit pun tak pandang, terus sambung je main. sabo jela.. last ayahnya jugak yang dia cari.

dulu masa hubby PJJ, lagilah setiap hari aku jemput dia balik dari keje tu, memang dia asyik tanya je aaa yahh yahhh. tu agaknya bila hubby da dapat tukar ni dia makin rapat semacam je. tak mau rasa kehilangan lagi kot.

semalam hubby kena outstation. sehari je pun. sejak aku pregnant ni mmg lagi ketara ke-rapat-an dan ke-akrab-an antara Rania dan ayahnya. tido pun dengan ayah je. semalam sebab hubby takde akulah yang tidokan dia. sebelum tido dah sibuk tanyakan ayahnya. aku cakap ayah work. tapi memang mcm cranky la jugak ter ekkk ekk. kalau dengan ayahnya tu macam senang pulak tidonya budak bertuah ni..

gosok garu segala macam akhirnya tido jugaklah dia. tapi tengah malam ntah berapa kali bangun merengek. dalam pada merengek tu sempat jugak tanya ayahnya mana. mata pejam je tapi mulut dok aaaaaa yah yah.. bangun pagi tadi hubby baru balik, dia bangun terus peluk ayahnya tu. pastu macam moody sikit..hehe. majuklah tu ayahnya tak balik semalam.

ni hubby cakap nanti pantang kalau balik Perak, mil suruh tinggalkan bebudak bertuah ni kat sini.. amboiiiiii. mementanglah dorang memang macam tak heran sangat kat aku kan.. huhu. mestilah aku nak dorang ada sama sama walaupun aku dapat rasakan kekelambutan nya aku nak handle dorang nanti..haha

tapi Rania ni memang mudah sangat dia. Alhamdulillah. sesuai dengan nama kot. Rania - kesenangan. memang senang nak jaga. janji ada makanan perut kenyang. setel masalah. Rania memang suka makan.. sama macam ibu..hikhik.

kalau time baik tu bukan main lagi 2 orang ni pastu kejap kang dengarla salah sorang menangis. adelah yang kena gigit tu gamaknya..

cuma cuma orang kata anak ke-2 ni agak baran dan pemarah kan. haa. adelah sikit sikit ciri tu.. garang nau nau.. kalau gaduh dengan kakak jenih main gigit tetarik rambut tu. perempuan kan. normal lah..kahkah. dia gigit kakak, kakak gigit dia.. bebekas habis badan budak ni kesan gigitan. aihhh.

ni masa nak amik ayahnya kat KLIA. balik kerusus. 2minggu hakak ditinggalkan.
nampak je hubby dak Rania ni terus berkepit takmo lepas.. rindu sangat tu.

kalau orang pegang phone, mula la dia nyumm..nyumm..suh kite snap gamba dia. 
gitulah posingnya. kenkonon peace..hahaha


jarang jarang aku cerita pasal dak Rania ni. sekarang tengah nak biasakan diri panggil dia kak Ngah..ngehh ngehhh.. Alhamdulillah. dan la adik baby lahir dia dah 2 tahun. kira ok lah kan..kihkih.

notadirisendiri : Doa doa la sama adik baby ni boy ye kawang kawang..

TQ for Reading. Muahhhhhhhhx!

Thursday, August 20

Malang Tidak Berbau ~ Kereta Dilanggar Momokkkkkkkkkkkkk



Malang memang tak berbau ye dak. kereta parking baik depan rumah tak cari pasal dengan orang lain pun jadi mangsa..alahaiiiiii..sedih! jaat tau momok nihh *babab* haaa

Misterius sangat momok langgar kereta aku kan..dah orang yang melanggar tu tak nak mengaku salah. berlapang dada jela anggap momok yang langgar. ~sighhhh~

Alkisah ni ade dekat 3 minggu dah kot berlalu. masa dalam mood dan suasana raya lagi. masa kejadian tu memang ktorang semua tak ada rumah. pergi beraya kat Putrajaya rumah abang aku dia ada buat makan makan sikit. kereta ni park je kat luar memang malas nak bawak masuk.

Tengah sedap lepak lepak kat rumah angah aku tu, jiran sebelah rumah kol hubby. dia tanya kereta rosak ke. bumper kereta jatuh dia cakap. masa tu aku ngan hubb bajet macam jatuh sikit je. sebab aku memang pernah langgar divider bumper tu patah sikit tapi hubb dah pasang balik dah. kot yang tu ke terjatuh ke kan. sekali jiran tu kata jap nak wassup gamba. 

tengok gamba yang dia wassup tergamam masing masing laki bini. terkedu jap. Allah. ni teruk ni..huaaaaaaaaa!! menangis dalam hati.. sobbbbbbss

laki aku dah tak senang duduk dah. mujuq jugak bukan kereta kesayangan dia yang kena.. huhu. tidak kalu mau dia moody 7 hari 7 malam aku syak.. ni dia macam ileks ilekss lagi. dalam pada jom balik jom balik tu dan jugak duduk lepak lepak jap. 

Sampai rumah. jiran jiran kiri kanan semua pun keluar. masing masing pun cerita pung pang pung pang. aku tak amik port sangat. dorang geng suami suami je cerita kat hubby. tapi kesimpulannya masa kejadian tu memang jiran kiri kanan aku ni nampak. cuma diorang duk ngintai dari dalam rumah je. masing masing pun macam takut takut nak buat statement. takut silap kan.

ko tengokk!! bengkok oiiii.. bumper depan tu memang jatuh terus..sportim tayar belah kanan tu pun bengkok. tak taulah cmne momok ni langgar..

berdasarkan cerita jiran ni, dia nampak kereta putih orang perempuan yang langgar. dan kebetulan orang depan rumah aku ni memang ada kereta Alza warna putih. dan memang orang rumah dia yang bawak kereta tu. aku biasa nampak. dan nak sedapkan cerita lagi, jiran tu pun baru pandai pandai bawa kereta. *dengggggg!* ntah ada lesen ke tidak pun tak tau.... Allahu.

suspek masa tu tengah reversed kereta pastu dah terlanggar kereta aku, terus kelam kabut dia bawak kereta masuk rumah sampai ter langgar langgar tong sampah sendiri. jiran aku cakap. tapi silapnya jiran tu pun tgk dari dalam rumah je. dia pun tak keluar. urmmmmmmm..

tak lama lepas tu suami suspek tu pun balik. dorang ni ada bukak kedai makan kt seremban sanun tu. so, laki dia balik hubby aku pun cakap la bla bla bla. terus suami suspek masuk dalam nak tanya orang rumah dia..

keluar je dia cakap " isteri saya kata tak da dia tak langgar. kereta saya pun tak rosak apa apa. kalau abang tak percaya boleh tengok sendiri"

tapi memang pulak kereta dia tak de plak kemek ke calar ke benda. elok je pulak. ntahlah.. dah 3 orang jiran aku nampak kejadian tu. tapi orang tu tak nak mengaku pulak. nak buat guane dak?? berlapang dada lah sayang kataku kepada suami..miaahahaha..

terpaksalah claim insurang sendiri..huaaaaaaaaaaa!. mahal lah tahun depan nak renew insurans asbestos sungguh! malam tu jugak hubby aku setelkan buat report pastu towing terus masuk bengkel.. pukul 3 pagi baru hubby balik rumah. kesian dia.. 

dah 3 minggu kereta di hospital sanun tak tahulah apa kabarnya disana.. hubby ku tu sibuk kebeno nak kol bengkel pun tak dok masa.. bertabahla memasing. InsyaAllah mudahan ada hikmah yang baik baik disebalik kejadian. tetiba dapat derma kereta baru pulop ke. anda menang kereta ke. ye dak??????? mihmihmih.

sedih tau keto ni tak dok. aku suka bawak kereta ni sebab dia auto...bahahaha!


ok. sekian melaporkan. kesian momok tak pepasal dipersalahkan. eh.panjang pulak story aku ye dak..

notadirisendiri : aku ngan hubby beranggapan yang ni semua memang angkara jiran aku tu. berdasarkan kepada saksi kejadian dan jugak tindak tanduk suspek semasa soal siasat..aiceeeeehhh.. memang muka akk tu takut takut macam orang bersalah.. (lepas kejadian pun kereta tu 2 minggu tak keluar rumah ko tau tak) tapi tak mengapalah. pasrah~

Wednesday, August 19

Kun Fayakun - Jadi, Maka Jadilah Ia...

Amboi tajuk.. lamanya tak bersiaran. Malas sebenarnya bukan hape pun. tapi sekali sekala hupdate jugak lah memadangkan Nampak ada masuk cpuv baru.


Apa yang jadinya?
Secara rasminya aku mengandung anak yg ke-3..yeayyyyyyyyyy!!..hahaha. sebenarnya ramai yang tak tahu. Act memang aku saja tak nak bagitahu. Tapi kalau ada yang bertanya tu, aku jawab lah jugak kan.


Dah nak masuk 24w pun. 6 bulan dah pun..huahuahua.. Agaknya pregnant kali ni perut aku macam kecik sikit. macam tak Nampak sangat. so, orang pun tak boleh nak jangka gamaknya la. since aku pun suka pakai baju beso beso sekarang ni.


Cuma opismate aku ni je dapat detect awal. tu pun masa kandungan nak masuk 4 bulan. dorang dapat detect bukan sebab apa sebab aku asyik solat je.. tak pernah pulak Nampak aku cuti solat..hahaha. kelakau sungguh dorang nih.. sampai solat tak solat pun dorang perasan. so, aku confess kan jela mmg aku pregnant..mihmihmih..


Bukanlah nak rahsiakan sangat ke apa ke.. tapi untuk 3rd pregnancy ni aku macam ntahlah lain macam sikit. bukan tak bersedia ke ape. dah Allah bagi tu, maknanya dia taula kita dah ready kan. Cuma yela, aku memang planning pun. Makan ubat of coz. then ada la protection yang lain lain..cuma memang aku tak cucuk ke ape. Ingat next kena pakai IUCD. jarakkan sikit kan.. seriauu pun seriauuuula temah..


Membe ofis pun cakap aku ni ter-over subur..serpih serpih pun menjadi jugak dia..bahahaha. Agak dalam kandungan aku 2 bulan tu, aku memang aktif exercise. Dengan squatnya, Sit upnya, memang aku workout ok nak kuruskan badan punya pasal. Dengan join aerobic. Setiap sabtu pagi pergi jogging lagi. Tapi tulah dah Tuhan kata rezeki aku, memang elok je dia membesar tanpa masalah. Kita merancang tuhan yang menentukan. Cuma mula mula tu aku macam lah tak kan la kot.. Masa bila pulak jadinya bla bla bla.. Adoi.. Tapi bila muhasabbah balik, kenapa nak pertikai? aku ada suami kan. Orang lain berusaha nak anak. belum lagi ada rezeki. Aku dah Allah bagi kenapa nak ter ekk ekk ekk. Luku kang haaa!!


Anak tu pun salah satu cabang rezeki jugak kan. Orang lain murah rezeki tang lain, aku murah rezeki tang anak.. pun Alhamdulillah.. syukur sangat.


So far, tak tahu lagi jantinanya.. ikutkan jauh di sudut hatiku yang paling dalam sekali memang nak 3rd baby ni boy.. tapi aku redha terima apa adanya.. Kalau gurl pun ok yang penting sihat, sempurna, selamat. Meriahla dapur hakak nanti.. Plus cepatlah hakak bermenantu bercucu kan! hahahaha. Hover tau!. So, dah alang alang gini cukup umur 30++ hakak boleh stop production. Tengok anak anak membesar je. Plus 40an hakak dah bercucu.. awwwwwwwww!!


EDD nya dijangka 12 Dis 2015. InsyaAllah. Mohon doakan aku, baby sihat dan selamat sehingga saat melahirkan.. sekarang tengah sibuk fikir nak buat birthplan. nak menabung lagi nak join AMANI class. nak beli breastpump baru yang elektrik lagi..haihhh mohon DERMA DERMA!!hahah. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Amin...



Nah, share gamba 1st scan. masa ni baru nak masuk 3 bulan tak silap. 
Next scan bulan depan. Baru doc nak bgtau jantina. Aku ingat malas nak tau kot. biarlah rahsia.. Suprise!! sekali keluar nampak bibird boleh buat drama air mata dalam labour. bahahaha.

Notadirisendiri : Korang doakan aku ek ek.. btw aku memang penunggu setia KK Senawang. so far semua nurse kat situ ok je. walau kadang kadang hazab menunggu lama. hakak tak kesah sebab hakak memang penyabar orangnya..hakkktuihhhhhhh..hahah.

t.kasih uolssss.

eh, lupa. kalau korang nak pantang sama sama hakak dengan Maharani jangan segan silu contact eh eh.. 017 479 6944. Special price. ada free gift. insyaAllah..

Wednesday, July 29

Kanser Rahim

Assalammulaikum.
 
Lamanya tak bersiaran. hilang punca je aku ni pun. So, Selamat Hari Raya Aidilfitri la untuk semua umat islam seluruh donia. Masih mood raya kan. #Rayakansebulan. hahaha
 
Harini aku nak share pasal kanser Rahim. Ntahlah sejak aku berjinak-jinak jual Maharani ni aku sangat-sangat mengambil berat pasal masalah berkaitan Rahim ni. Hal-hal dalaman ni sangat-sangat menakutkan aku tau dak??
 
kalau korang jenis yang tak jaga or malas nak hamik port bab-bab ni meh sini aku nak share.
 
Ni aku dapat cerita daripada kawan kepada kawan aku punya kawan. miahahaha. Adalah hamba Allah ni. Also memang kerap beranak. Sebab memang dia nak anak ramai-ramai. Alhamdulillah baguslah kan meramaikan umat Nabi. Tu dah bagus dah.
 
Tapi yang tak bagusnya. Beranak-beranak jugak tapi tak jaga pantang. Tak jaga makan. Dan dengan jarak yang dekat. Means tak sampai 2 tahun mengandung. Baru setahun mengandung. Memang express rakyat sungguh!
 
End up aku dengar now doc suspek Rahim dia bengkak. Bengkak oiii. Masih dalam rawatan. tak tahu bengkak tu sebab apa. myb kanser. Then hamba Allah tu sendiri mengaku memang dia tak jaga makan. tak pantang betul-betul. Allahu Akhbar.. Aku bukan nak bukak cerita aib ke apa ni. tapi nak share sebagai iktibar. untuk diri sendiri jugak.
 
 Masa anak 1st. pun aku culas pantang. pakai bengkung taknak. Sapu ntah apa kapur limau nipis kat perut pun taknak. pakai stoking pun kadang-kadang buat-buat lupa pakai. Jamu apatah lagi. pun aku tak nak amik. Macam-macam alasan. Mak aku bagi minum akar kayu pun sikit je minum selebihnya nah ke singki. Mak aku sampai malas nak bebel lagi dah. lantok sana.
 
Apa aku dapat? beberapa masalah yang memang aku sendiri akui berkaitan dengan dalaman. seriously.
 
Then masa anak 2nd. aku dah bukak mata. dah belajar banyak pasal pantang-pantang ni. google segala bagai. dan masa ni aku pun dah kenal dengan Maharani.
 
Azam aku pantang betul-betul untuk 2nd ni. Bengkung pakai siang malam. Stokin tak pernah tanggal. sapu kapur limau, air asam. lulur 1 badan dengan minyak panas. dan amalkan Maharani dengan konsisten. hasilnya?? Aku sangat sangat sangat berpuas hati. Memang terbaik rasa badan luaran dalaman lepas habis pantang tu.
 
Pengajaran la kan untuk diri sendiri. Dan insyaAllah yang ke3 soon soon lah kan. Aku nak pantang yang lebih extreme lagi. Bahaha..Maharani juga tidak lupa. InsyaAllah.. Target lepas bersalin dapat balik cutting zaman anak dara sekolah form 4,5 tu.. amin amin.. Boleh oiii. Sebab masa anak 2nd lepas bersalin berat aku lebih ringan daripada zaman sebelum mengandung anak 1st jugak lebih ringan daripada masa aku sebelum kahwin.. Bangga~hahaha
 
Ni aku nak share testimony biz partner aku. Pasal kanser Rahim ni la. Alhamdulillah dengan izin Allah jua kan. Yang penting ikhtiar. InsyaAllah.
 
 
Nak tahu lebih lanjut pasal Maharani meh Wassup 017-479 6944
 
Yang mencari-cari jamu untuk pantang tu pun boleh. Jom kita pantang sama-sama dengan Maharani pastinya!!
 
NIKMAT KESIHATAN TU TAK TERNILAI DENGAN WANG RINGGIT!
 
017-479 6944

Friday, April 24

Bahaya PCOS dan Alternatif Rawatan??

Assalammualaikum semua!!
 
Kita ni orang perempuan. Wanita selagi mana ada anugerah Allah yang bernama RAHIM ni selagi itulah kita tak akan terlepas daripada masalah-masalah yang seangkatan dengannya..
 
So, apa punca PCOS?? Bahaya ke tidak?? Jom cikidaut cerita kawan kita ni.
Alhamdulillah now on sedang menunggu kelahiran yang ke-2..Wiwiwiwiwi

___________________________________________________________________________________

#Testimoni Penghidap PCOS dan Pengamal tegar Maharani..


Assalamualaikum semuaaa!! mohon baca benda ni...saya nak sharing kisah sendiri...dan bagaimana HERBA MAHARANI DIRAJA membantu saya...
 
tadi saja selak2 majalah PA&MA...tetiba terbaca artikel ni...tajuk dia "AKU DISAHKAN PCOS"...terus terimbau perkara yang sama terjadi kat aku masa tahun 2012..setahun lepas kawen la cite dia...tengok kawan2 lain yang dah kawen semua dah pregnant..sedih tak tau nak cite...decide dengan husband g buat che...ck up kat pakar...end up pakar diagnos aku salah seorang penghidap PCOS...
 
apa tu PCOS??
 
hurmmm...aku ringkaskan..PCOS ni telur yang tak matang akibat daripada Cyst dalam ovari..Cyst tu menghalang telur2 tu matang...setiap bulan sepatutnya seorang wanita NORMAL akan menghasilkan satu telur yang besar dan matang...telur tu akan keluar dari ovari kita...sama ada kiri atau kanan..cuma 1 je tau telur yang keluar...kalau telur tu tak disenyawakan dengan sperma..dia akan turun sebagai darah period...kalau dia berjaya disenyawakan..dengan izin ALLAH dia akan menempel didinding rahim dan akan jadi baby...
 
tapi..bagi pengidap PCOS ni..salah satu tanda dia..period tak normal..means bukan tiap2 bulan period...penghidap PCOS ni telur dia kecik2...dan tak cukup matang..bila tak cukup matang..macamana dia nak keluar dari ovari?kalau tak keluar dari ovari macamana nak disenyawakan oleh Sperma suami?kalau yg belum kahwin..mcmana darah period nak turun??
dipendekkan cerita...lepas je dpt tau aku ni pengidap PCOS..
 
mmg SANGAT MORAL DOWN..sbb peratus utk pregnant sgt tipis...dan rawatan dia pun bnyk begantung pada ubat - ubatan antaranya clomid yang mana kalau penggunaan berterusan boleh meninggikan peratus utk dapat kanser rahim...
 
so..selain daripada penghidap PCOS ni kena turunkan berat badan..dia juga kena cari alternatif lain untuk berubat...kalau ubat - ubatan tak jalan jugak n pasangan mmg nak anak...doc akan suggestkan untuk buat Ovarian Drilling...TEBUK OVARI untuk bagi telur2 tu matang n boleh keluar...boleh bayangkan tak drill ovari sendiri??ingat lepas tu tak sakit??
 
Kebetulan..aku jumpa Herba Maharani...try utk consume herba maharani...ikhtiar untuk bagi period normal dulu...alhamdulillah...masa tu makan baru nak masuk 2 kotak..period normal everymonth...tak pernah miss...Alhamdulillah dengan izin Allah..herba Maharani membantu aku untuk getting pregnant..kira Ulfa tu baby maharani la...huhu...dan ramai juga rakan2 dan customer2 yang dah berjaya pregnant dengan Herba Maharani...
 
100% ramuan herba dan selamat...halal dan diluluskan KKM..tiada side effect...rasa badan sihat n cergas..merawat banyak sangat penyakit berkaitan wanita tau!!
 
 
___________________________________________________________________________________
 
So, ada alternative untuk pengidap PCOS. No worries.. Setiap sakit pasti ada ubatnya kan??
 
Berminat nak dapatkan Herba mharani dan konsultansi percuma dari saya??
whatsapp directly 017-479 6944
 
Apa tunggu lagi jika ada sinar baru yang menanti anda????

Friday, April 17

Berpantang, Herba Dan Maharani

Assalammualikum Jumaah yang penuh keberkatan.

Surah Kahfi jangan lupa ye sahabat.. Kalau tak dan sangat pun baca ayat 10 awal dan 10 akhir pun tak mengapa...

Lately ramai pulak yang wassup pm Tanya pasal Jamu untuk pantang ni. Ok meh nak share lagi. Aku pernah ada pengalaman makan jamu xxx dan Maharani sendiri masa pantang. Boleh scroll balik post yang lepas-lepas..Ahaks.

Ok.

Maharani memang sangat-sangat digalakkan untuk ambil ketika berpantang. Coppp! masa pantang ni sebolehnya janganlah skip ambil herba @ jamu ye. Sebab jamu @ herba ni lah yang nak merawat dan recover balik dalaman badan setelah mengandung 9 bulan. Segala urat mengembang masa bersalin.

Tak mo ambil enteng!. Badan nak pakai lama ye kak oiiii. Sekalipun sakit, biarlah sampai waktunya. jangan muda-muda lagi semua dah pakat-pakat sakit.

Janganlah bagi macam-macam alasan. Tak lalu tak boleh nak telan, susah nak disiplin lah, panaslah, itu ini macam macam alasan ko kan kak!!. Terpulanglah. tepuk dada Tanya nak sihat ke sakit??

Kenapa Maharani?

Sebab ramuan utama dalam Maharani adalah ayam Hitam. @ Ayam selasih @ Gallus Gallus Domesticus.

Ibu bersalin memang disyorkan makan ayam hitam @ selasih ni. Biasa ayam ni dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Banyak tau khasiat ayam ni. Salah satunya baik untuk proses penyembuhan luka luaran dan dalaman.

Nah ayam hitam!!
 
Menakutkan?? Nak makan pun rasa tak lalu kan? Hahaha
 
Tapi no worries!! si Hero ni kita dah proses kan dia jadi Maharani. Memang melalui proses distillation tu wap sahaja yang diambil dan dijadikan pil Maharani. Tinggal bukak bola-bola lilin. ngap masuk mulut. Setell..hiks.
 
 
Apa lagi khasiat Maharani ni?
 
Selain daripada Hero tu tadi. ada lagi campuran herba lain yang memang khas untuk merawat, memelihara dan memulihara kesihatan wanita terutama yang berkaitan darah ni.
 
 
Antaranya ;-
1. Merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Mempercepatkan proses penyembuhan.
( Normal dan c-sect pun boleh. Digalakkan)
 
2. Menaikkan peranakan secara semula jadi.
 
3. Merapatkan bahagian kawawan intim.
 
4. Secara tak langsung menambahkan susu badan.
 
5. Mengeluarkan darah nifas dengan lancer.
 
6. Melancarkan peredaran darah.
 
7. Mengelakkan sembelit
 
8. Mempercepatkan proses buangan dan penyingkiran toksin dalam badan.
 
9. Menjadikan badan lebih cergas dan bertenaga. Tak lesu.
 
10. Membuatkan kulit muka berseri-seri dan tidak kusam.
 
 
Selalunya untuk pantang disarankan untuk ambil 3 kotak untuk 100 hari berpantang. Tak perlu dah tambahan supplement yang lain. Maharani memang dah complete.
 
Tapi kalau nak try sekotak dulu pun tak ada masalah. Cuma mungkin tahap keberkesanan tu kurang sikitlah. Yelah setiap badan tak sama kan. lagi pulak untuk proses recover memang akan ambil masa. Jangan harap sekotak pengambilan tu dah rasa wahhhhhhhhhh terus nak gedebus gebas.
 
cuma tindakbalas maharani mmg boleh dirasai seawal 23saat pengambilan. Bergantung pada keadaan badan dan kesihatan masing-masing.
 
Nak try? boleh wassup iolss 017-479 6944
Harga terbaik cun melecun dengan servis tiptop iolsssss kasi..

Tuesday, April 14

Diet Paling Berkesan!??

Assalammualaikum korang!
 
Sembang-sembang diet jom!! Heee
Aku sekarang memang tengah semangat workout. Nak bagi badan fit. Tak dapat fitting macam anak dara pun tak mengapa lah. Asalkan tidak fitting macam anak lapanbelas..muahahaha.
 
Cakap pasal diet ni. Banyak style diet yang korang boleh follow. Diet kalori, Atkins, Diet ape tu yang puasa 16 jam, 18 jam tuh.. Tak ingat nama pulak.
 
Aku pernah try diet Atkins. Korang boleh google. Dalam 2 minggu je kot. Disember 2014. Lepas tu cuti seminggu balik kampong. Dengan cousin kawen lagi. Terus kelaut dalammmmmmmmm sampai la sekarang.. Hahahah. Mood nak mula balik ada. Semangat je yang nan hado..
 
Bagi aku diet Atkins ni mudah. Simple je. Aku buat untuk breastfeed mommy punya atkins. Terus langkau fasa 3-4 macam tu. Sebab ibu menyusu ni kena amik karbo jugak untuk pastikan anak dapat khasiat yang sepatutnya.
 
Memang sedap jugaklah badan. Rasa ringan. 2 minggu tu dengan ketosisnya. Oh ketosis ni adalah tahap kejayaan atkins anda.. Berat tak banyak turun dalam 2kg je. Tapi rasa kekurangan incloss disitu.. Memang perasanla ada part-part yang semakin mengecil..
 
Aku pernah jugak try amik ubat kurus.. Tak sampai seminggu pun. Lepastu rasa macam kepala sakit berdenyut. Kaki rasa lenguh-lenguh kadang macam nak cramp. Pastu jantung pun ada berdegup laju sometimes la yang ni. So, terus stop. (tau dek laki den mamtikla...). Adelah turun dalam 2kg jugak..
 
Taknak tanggung risiko. stop kan jela.. Saja gatal-gatal nak try keberkesanannya yang kata berkesan sangat tu. So, memangla berkesan. tapi iolsssss tak nak merana di kemudian hari.
 
Aku ni berat pun tak lah over sangat. BMI pun ngam-ngam soi cun-cun je normal. WRP (waist hip Ratio) pun cun jugak ikut ukuran yang sesuai. So, tak perlu kot nak over-over diet telan pil segala bagai. Tu yang sekarang iolss gigih workout..
 
Workout secara konsisten pun boleh turunkan berat jugak kan. Yang penting makan kena jaga. Aiolssss memang dah kurangkan makan. Nak-nak sejak GST ni.. Baahahaha. Terus merundum nafsu makan 99.9%. Lolss.
 
Sekarang tengah sahut cabaran 30hari squats.. Dah hari ke #16. Memang terbaik squats ni. iolssss suka sesangat. Berpeluh menceroii ceroiiii.. Haihh..
 
Dan tengah study jugak diet kalori. Ingat nak try buat. Tapi macam susah sikitlah kan. Tapi taklah susah sangat kot. Pandai-pandai bajetlah.. Kalau dulu makan kuih karipap 3-4 ketul sekali makan. Sekarang kena lah had kan seketul sahajo.. Buat rasa ye. bukan melantakedarah..
 
Tak mengapa. Jadi diet mana yang berkesan.. Tepuk dada Tanya selera..
 
Oh btw kalau korang tengah merancang nak dapat anak kan. Dah macam-macam usaha tapi masih tak berhasil cer korang try buat atkins. Aku tengok ramai yang Berjaya hamil lepas buat atkins ni. Dengan izin Allah la of coss. tapi usaha dia buat atkins tu Allah bagi rezeki kan.. Diet tu kira usaha jugaklah kan..
 
So,keep it up keep fit.. Badan sihat cargas pluss cantik adalah Bonus!!
 
Korang diet tak??? Diet cemane? Cer share..
 
 

Wednesday, April 8

Herba Terbaik | Herba Maharani

Assalammualaikum.

Pagi tadi macam sibuk sikit nak siapkan report meeting untuk boss. Sekali dapat maklumat meeting tunda. Lega!. Terus relaks hupdate blog.. Mihmihmih.

Lama dah tak sembang pasal Maharani kan. Personally bagi aku Maharani memang herba terbaik. Memang jatuh hati sangat-sangat. Dan sangat memuaskan hati..

Untuk permulaan amalkan Maharani memang akan berlaku beberapa tindakbalas. Biasa antaranya akan rasa pening kepala. Kepanasan ( bagi orang yang tak tahan jamu/ herba) tapi rata-rata feedback cust. katanya tak lah panas sangat. masih boleh diterima.

Selalunya tindakbalas akan berlaku dalam tempoh 2-3hari. Bergantung kepada tahap kesihatan badan masing-masing ye. Kalau pening kepala, badan panas dikaitkan dengan masalah gangguan dalam peredaran darah, kadar asid tinggi dalam darah atau tekanan darah rendah/ tinggi.
 
Sekotak Maharani, badan baru nak adapt. Baru nak cari keserasian. Tu sebab ada antara cust yang tak rasa apa-apa tindakbalas untuk kotak yang pertama. Tapi ade jugak yang rasa tindakbalas untuk bola Maharani yang pertama. Bergantung. Tindakbalas ini jugak adalah healing proses. Proses penyembuhan. Bila dah detect penyakit, dan Maharani akan nyah kan daripada badan kita.
 
So, bila dah berlaku healing proses. Kita akan rasa keberkesanan Maharani. Antara 2-3 kotak baru boleh betul-betul rasa perubahan ye. Jangan expect kotak yang pertama dah rasa perubahan ketara. Memang betul kesan tindakbalas Maharani seawal 23saat selepas pengambilan. Tu yang bergantung pada tahap kesihatan badan masing-masing.
 
Kalau semasa berpantang adalah waktu terbaik untuk amalkan Maharani. Disarankan untuk tempoh 3 bulan berpantang tu ambil 5 kotak Maharani. I boleh confirm lepas pantang 100hari uolsss mesti rasa perubahan ketara. Sometimes hubby pun boleh rasa sama. So, memang berbaloi-baloi. Tak perlu dah ambil makanan tambahan lain sebab Maharani dah complete. (Pengalaman pantang dengan Maharani.)
 
Tak berpantang pun boleh amalkan Maharani jugak. Disarankan untuk ambil sekotak Maharani/ sebulan. Boleh amalkan. Setiap bulan jangan miss. Consume dan istiqomah memang akan rasa perubahan yang sangat ketara.
 
 
-Antara kesan tindakbalas Maharani dan Diagnos-
 

 -Antara masalah-masalah yang dapat dirawat dengan Maharani-
 
 
Apa yang uniknya Maharani ni adalah cara penyediaannya. Segala ramuan Maharani direbus selama lebih kurang 18 jam dan hanya wapnya sahaja yang diambil dan dijadikan biji-biji halus. Ianya perlu disimpan  di tempat kedap udara dan lilin adalah cara terbaik untuk menyimpan Herba Maharani.
 
So, disebabkan Maharani diperbuat daripada Wap tadi, kesan tindakbalas Maharani dapat dirasai seawal 23 saat selepas pengambilan. kerana ianya boleh menembusi sel-sel tubuh dengan cepat. Dan minum air masak secukupnya (sekurangnya 3 liter) dapat membantu proses penyerapan tadi.
 
 
Istimewa sangat Maharani ni tau. Penyimpanan yang ekslusif haruslah untuk ramuan yang exclusive jugak. Ramuan khas temurun rahsia diraja tu.. Makan maharani boleh fefeeling Maharani sekali tau..
 
 
Dan don't worry walaupun Maharani ni kilang prosesnya di China sanun tu. Tapi segala pemprosesannya adalah halal. Dan sijil Halal Maharani diiktiraf oleh Jakim. Boleh gunakan tanpa was-was. Tapi kalau dah rasa was-was tu better tak payahla gunakan.
 

 
Nak tahu lebih lanjut pasal Maharani boleh wassup k.
017-479 6944
Ida..

T.kasih kerana membaca!

Tuesday, April 7

Negative People...

Assalammualaikum

Korangkan kalau ade orang sekeliling yang selalu bawak perkara-perkara negative ni cepat-cepatlah bawak diri korang tu jauh-jauh.

Aura negative dia akan mempengaruhi aura-aura positif yang ada dalam diri korang. Baiklah nyah jauh-jauh. Nanti terpengaruh sama.. Tak elok untuk kesihatan.

Kalau kat fb tu, korang block je dia. Tak pun unfren laju-laju.. Hahaha. Tak rugi sesen pun. Malah hidup korang akan lebih aman damai tenang je. Takde la setiap kali login fb tu bila terbaca status negative dia kita pun sama naik nak meroyan.. Spoilll betul.. Block kan aje!!
 
Orang yang negative ni biasa dia akan ambil apa sahaja pandangan ke, pendapat ke, or nasihat orang sebagai sesuatu yang buruk. Tak elok. Contoh, bila kita nasihat bagi pandangan dikatanya kita dengki, sakit hati la dan sebagainya.
 
Contoh :
 
Senah : Minah, baju kau tu kan macam ketat sikitla. Kalau ada baju yang longgar sikit. kan Nampak lebih manis.. (tegur senah dengah penuh berhemah)
 
Minah : (tanpa sepatah kata, hanya menjeling dan terus berlalu)
 
Minah : "Sibuk je hal orang. suka hatilah nak pakai ketat ke taknak pakai baju ke ape ke. Yang dia tu nak sibuk-sibuk apahal?? sakit pulak hati aku ni. Bukannya pakai duit dia pun beli baju. Macam lah dia tu baik sangat.. blaaa..blaaa..blaaa..baaaalaaaa..
 
Bukan main marah lagi si Minah tu. Lantas dia pun hupdate kat facebook ketidakpuasanhati dia terhadap Senah. Daripada tak ada orang yang tahu, sekarang 1 dunia pun dah tahu.. Dan biasa orang-orang yang negative juga akan komen bacekup si Minah..

atau :
 
Bedah : "Tipah!! lama tak jumpa.. Eh. badan kau Nampak macam berisi sikit ek.. hehehe.hahahah.
 
Tipah : (tipah kebengangngan ) Macamlah dia tuh kurus sangat! poodahhhhhhhhh..Sibuk hal orang.. blablabla.. (detik hati Tipah).
 
Kahkahkah. Kalau gurau pun Bedah ni tak kena langsung.. Setengah orang kan sensetip bab-bab berat ni.. Tapi kalau aku, aku iyakan aje.. Sebab dah memang hakikat badan tu berisi kan. Iyakan jela. bahaha. Lepas tu ambil positif side.. "oooooo kata aku berisi ye. Takpe aku diet sikit jaga makan, exercise sikit-sikit.. Biar kurus.." Kan mudah??
 
Ini tidak habis berbakul dimakinya Bedah tu. Dan last-last badan pun makin membesar sebab terlalu negative dan ego. Ahhhhhhhh sukati aku lah. Badan aku. Duit aku. Mulut aku.. macam ni kalau biarkan Labi terjun dengan labunya.. =p
 
Fenomena biasakan. Apalah salahnya kalau ambil teguran/ nasihat seseorang tu sebagi sesuatu yang positif. Anggap apa sahaja yang ditegur tu sebagai tanda prihatin. Tanda sayang. Kan aman damai je dunia Mihmih.
 
Tapi biasalah kadang tu ada teguran yang tak kena cara. Atau tanpa adab yang betul. Tapi apa salah kalau kita tetap ambil positif. Berdiam diri dan berlapang dada. Tak susah pun. Kalau rasa geram sangat-sangat sakit hati terlampau tu cepat-cepat istighfar.. Ingat suami. Maruah suami kena jaga uolsssss.. Begitu juga ibu bapa dan keluarga..
 
Yang kesian selalu artis la kan. Tp nak buat macam mana. Public Figure. Semua benda orang nak tegur. Artis ni selalu dua je Negatif or Positif. Kalau kata peminat memang semuanya positif. kalau kata haters tu, buatlah benda baikpun memang negative je dorang bagi.. So hadap jela ye dak..
 
Aku kalau artis ni aku neutral je. Tak la kipas mati sangat. Kalau suka aku follow dan usha-usah tengok. kalau tak suka aku buat dunno je. Kondem pun tidak puji pun tidak. Setellllllll..
 
Aku sembang macam good-good je kan.. Miahahaha. Sometimes tu aku pun ade jugak negativenya. Nama pun manusia kan. Tapi janganlah sampai negative sokmo.. Dah langsung tak ada yang positif dalam diri tu.. Tapi aku selalu negative dengan hubby je.. Tu namanya negative mioww miowww.. Gaduh-gaduh manja. Dengan orang lain insyaAllah positif..
Muhasabahdiri
Tepuk dada Tanya haluan memasing.. Ikut selera sendiri ye uolssss..
 
 
Aku tengah berkira-kira jugak nak block beberapa frenlist fb yang negative sokmo ni. Yang puak-puak nak menang sokmo walaupun salah..Mihmih.. Tapi nanti-nanti lah.. sebab tak efek sikit pun. Ahakssss..
 
 
Notakaki: Korang ade tak story negative people ni? meh share sikti..

Thursday, April 2

Cabaran 30 Hari Squats.. Berkesan kah??

Assalammualaikum..

Rasanya Cabaran 30 hari squat ni da basi ye dakkk?? Orang dah ramai pakat-pakat buat. Ke aku yang baru hegeh-hegeh.. Iols memang suka lambat-lambat..

Ikutkan pengetahuan aku yang cetek ni, cabaran ni fofular kat Negara barat sanun. Tapi biasalah yang fofular kat sanun memang cepat tersebar merebak kat sinin.. So hakak pun taknak lepaskan peluang. Muimui..

Berkesan ke tidokkkk?
kalau baca daripada feedback yang aku dok google tu, Nampak berkesan lah.
Antaranya Namee, namee Roslan dan Namee haaaaaaaa...Tak kelako.
Dia memanglah dah kuruih kerempeng peng peng..
Peha pun kecik serengga je.

So, ni aku nak try. Peha segajah.. Miahaha. Squats ni bagus kalau nak kecikkan tang peha, perut dan punggung. Lagi memang bagus buang lemak selulit dan bagi badan lebih fit. aummmmm aummmmm gitu..

Katanya hari ke 5 dah Nampak hasil squat ni. iya ke tidakkkkk?? Jangan pumpang sangat senah..

Tunggu... aku baru hari ke 2#. Biahahaha. 55 Squats uolssss.  kacang kuda sajo.. Korang kalau nak buat squats kena tau teknik squats dengan betul. Teknik kena betul.. Kalau tak mau longgar-longgar lutut pakej Parkinson sekali tau.

Macam aku dulu la. mula buat squat.. Dulu main pakai buat je. Baru 5 kali dah gegel. Rupanya teknik hakak salah. Pergi bengkok kan lutut. memang lah lenguh lutut tu oiiiiii.. Sekarang dah pandai, pejam mata je squats.. Eh eh dah 100??haaa.. Tipu sangat. Uolss google je cara-cara squat dengan betul. Berjela keluar.


Nah jadual squats.. aku sedang menyahut cabaran.. Sedap uolssss. Menjejeh peluh meleleh.. Macam lari padang 5 round.. Buat santai-santai je sebelum tidoQ. Lepas setel letak kepala je terus lelap confirm.

So, tunggu 28 hari lagi dari sekarang. Capai target ke tidak.. Tidak kalau segajah selamanya la peha iolsssss.. Sobbbbbbbbbss T.T


Psstttttttt : Raisha gelak-gelak je tengok ibu dia buat squats ni. Ntah ape yang kelako nya ntah pun. Haissssshh.

Thursday, January 15

Kecewa~~

Aku ni jarang sangat nak showoff perasaan sendiri. Marah ke sedih, kecewa, Sakit ect ect suka simpan sendiri. Tapi kalau happy suka lah share dengan orang. But still terbatas. Takla sampai riuh sekampung. Bersederhana orang kata..Aicehhhhhh..
 
Tapi hari ni aku rasa kecewa ya hamat. Tak tau nak cakap macam mana. Kecewa + sedih. But Alhamdulillah. Masih ada positifnya. Sebab rasa sedih & kecewa ini buatkan aku lebih dekat denganNya. Menangis mengadu hanya padaNya. Tapi depan orang. Eh. I okay what.... Thehehe.
 
Alkisah. Pasal PJJ dengan husband!. Yes ala, baru setahun. Relaks la. Ada yang 8 tahun kot PJJ, Steady je.. Ya ya Ya.. Aku tahula. Tapi tak semua orang yang PJJ ada masalah berat sarat macam aku.
 
And ya aku memang tak ada masalah nak jadi weekend husbang & wife. Alah bisa tegar biasa.. (betul kot ek.) Ahhhhhhh tak payah la aku reveal apa masalahnya kat sini kan. Biarlah ahkak simpan sendiri. Tapi pasti korang mesti tahu apa yang penat dan tenat bila PJJ ni.
 
Yang sangat mengecewakan adalah. Ok, aku pergi Jabatan bla..bla... Jabatan hubby aku kerja la kan. Nak buat rayuan kononnya. Ya nak jumpa Dato' sekian, sekian... Dah kol dan buat appointment. But sebelum tu dah pasti aku dah buat solat hajat, doa moga dipermudahkan dan bagi lembut sikit hati Dato' tersebut.
 
Sampai sana tak dapat jumpa dato' sebab p.a dia yang aku kol haritu bercuti. Yang hado p.a ganti. Langsung nanhado.. Tak dapat jumpa. Sokay, positif lagi.. Allah tak izinkan. Aku jumpa la pegawai bawahan. Still ada pangkat kira bawah la pada Dato' tu.
 
Ok jumpa.. bla..bla..bla... terus teringat husband cakap, " kena jaga2 yang, biasalah orang berpangkat ni kadang ego, ada je jawapan dia nak bagi.."
 
And yes! Setiap apa yang aku cakap, memang ada je jawapan dia. Aku cakap masalah kewangan, Dia jawab semua orang pun ada masalah kewangan. Sy sendiri pun ada masalah kewangan. Ya ya.. Tapi tak se-extreme masalah sy kan..Derrrrrr sangat!
 
Aku ingat, setiap jabatan adalah rasa tanggungjawab. sikap prihatin, jaga kebajikan kakitangan bawahan kan.. Tapi ontahlah haiiiiii.. Karang kalau anak buah ko buat kerja yang bukan-bukan. Salah. Ko tetap salahkan dia. Kena hukum. tapi bila dia datang mengadu, luahkan masalah ko pulak bagi alasan macam-macam. Integriti macam mana yang kau nak???!
 
Paling yang aku rasa kecewa. Tak boleh belah ko bagi pulak cadangan yang tak logic tak masuk akal. Ada ke patut dia nak arrangekan pertukaran aku ikut suami ke Johor sanun.. What??? Ko yang ada kuasa kat jabatan ko, kenapa sibuk-sibuk nak arrangekan pertukaran kat jabatan orang lain..
 
Siap cakap, "kalau u setuju I boleh kol sekarang arrangekan pertukaran u.."  Ok tak tahu aku yang bodoh atau dia yang bodoh sekarang ni.
 
Cakap macam tak da akal.. Pangkat tinggi dah.. Adoiiiiiiiilah...
 
Ya..Faham. Bukan senang. Banyak procedure kena ikut..Dan hubby aku pun dah ikut semua prosedur yang dorang nak. Dan pertukaran tu suka sama suka ok!!. Aku pun dah tak paham. Katanya tak ada istilah tukar suka sama suka..Yang ada adalah kepentingan jabatan dan tugas.. Dah tu kakitangan bawahan tu tak penting ke wahai pegawai atasan???
 
Kecewa beb.. Serius keciwa.. Bukan aku mintak duit 2.3 Juta pun.. Entahlah.. Letihlah. Oh ya. Masa interview dulu laki aku memang dah cakap awal-awal yang dia tak nak bertugas luar daripada Negeri Sembilan. Dah mention siap dah.. Korang amik jugak laki aku, then ikutla permintaan laki aku tu.. Susah ekkkkkkkk..
 
Allahuakhbar.. Usaha, ikhtiar semua dah. Aku percaya sekarang Allah masih belum izinkan. Dan insyaAllah dengan izinNya jua. Mudahan lembut hati PEGAWAI ATASAN tu nanti. Akan ku seru namamu setiap saat.. Biar terngiang-ngiang dan teringat ingat je dia nanti.. Mihmihmih.
 
Tuan pasti ada anak perempuan jugak kan??
 
Wallahua'alam..