Tuesday, April 23

Suami dan Isteri, Pro And Contra #1

Assalammualaikum..


Kita mulakan dengan perkahwinan adalah 1 perjudian..Setuju??
Sila setuju..miahahaha. Actually, aku pun tak tahu apa yang nak ku carutkan disini..Akan tetapi rasa nak juga menaip sesuatu.


Bestkan sebenarnya kahwen ni..siapa rasa best sila angkat kening!! Bagi aku ok je hidup berumahtangga even tak sampai setahun pun sebenarnya aku kenal/ kawan dengan hubby ku itu.. Dolu-dolu bercinta bagai nak rak, eh tak jugak jadi kahwenya.. Alih-alih rupanya ku ini pemilik tulang rusuk kepada hubby ku itu..mmuaaahhhhhhx!


Tapi aku rasa mesti ramai je yang macam takut nak kahwen..was-was ke mungking. Lagi-lagi bila dengar cerita yang sebaliknya tentang perkahwinan. Perkahwinan ini indah sebenarnya kalau kita betul-betul menghayati dan faham apa maksud KAHWEN itu sendiri..eecceeehhhh..poyo je gayanya..


Aku ada sorang kawan, dia pernah cakap dia takut nak kahwen..tanya-tanya best tak kahwen, best tak..gila kau tak besttttt..huahuahua. Sebabnya, dia ada seorang kawan yang dah berkahwin tapi perkahwinan yang sebaliknya..*pahem-pahem lah ye*. Lepas kahwen, makan hari, makan bulan hubby dia berubah. Menunjukkan sikap yang sebenarnya..Dan yang pasti banyak masalah yang ditimbulkan. Tapi sang isteri setia menanti. Setia bersabar. Mengikut saja corak sang suami yang tidak bergu*&^% itu.. Agaknya cinta itu buta ataupun sang isteri itu yang buta??


No komen sebenarnya.. aku pun tak tahu mana silapnya. Tapi yang pasti walaupun kau dah kenal pasangan kau bertahun-tahun lepastu kahwen, belum tentu kau kenal keseluruhan hati budi dan perangai dia. percaya atau tidak, masa berkawan/ bercinta hanya 30% je sikap sebenarnya yang ditunjukkan.. Sok dah kahwen hah 120% keluar..mana yang baik, mana yang buruk..Haaaaa siap kao!


Tapi sebenarnya kena Pro and Contra. kalau kita asyik nak cari salah pasangan je, kita rasa kita ni tak ada kekurangan ke hape? Sempurna sokmo.. So, saling melengkapi. Bagi aku, si suami sangat perlu memainkan pernan penting!. Sebab Si Isteri terbentuk daripada Suaminya. Apa sikap si suami akan mempengaruhi si isterinya.. percaya tak??


Contoh..kalau si isteri tu barannya melampau..asal nak marah je, campak barang sana-sini hempas pintu segala..tapi kalau si suami cool relaks je..isteri marah-marah, dia buat dunno je..Kau tengok, makan tahun esok si isteri dah tak tahu nak marah macam mana..dia pun dah jadi relaks cool jugeksss. Pun sama macam kalau merajuk. Si isteri ya hampun kuat nauuu merajuk. Tapi si suami buat dunno je. tak pujuk ke hape biar isteri tu elok sendiri..Kau tengok esok-esok cara-cara nak merajuk pun isteri tu tak tahu dah. Gituuuu~


Tetapi kalau si suami pula yang baran, kepala hangin dan segala mak nek kepada nak buat camne ek?? macam mana nak dibentuknya..Haaaaa sila ke pejabat agama secepat mungking. Eh..eh..tak..sila cari jalan penyelesaian sebaiknya ye.


Yang penting adalah saling melengkapi..Kena kaji balik sebenarnya kahwen ni hape..adakah sebab orang kahwen, aku pun nak kahwen..atau nak menyedap sokmo ataupun kerana tanggungjawab..kerana Allah. Tepuk dada tanya selera nak makan apa..miahahahaha.


Sekian, okbye!!


Nah amik " Pelamin Anganku Musnah" -tetiba-
 sumber : Sini

Thursday, April 18

Program Latihan Dalam Industri Petroleum


Barang sesiapa yang nak merasa kerja gaji banyak boleh apply ni..
Sekian~~

Permohonan dibuka : 14 April 2013
Tarikh Tutup : 28 April 2013
Untuk makluman lanjut :  layari web INSTEP

sumber : fb