Thursday, September 10

Persediaan dan Amalan Ketika Mengadung

Phewwwww..Now on dah 27w of pregnancy..Sekejap je masa berlalu.. Nak masuk 7 bulan tapi perut kecik nampak macam 5 bulan gitu.. Jangan baby lagi kecik daripada kakaknya sudah. But berat aku naik mendadak dadak je.. 2kg sebulan tanpa syak..Dasat.

Sekarang memang tak nak fikir pasal jantina ke, Nak beli baju ke nak beli segala macam. Cuma nak fokus lebih masa labor je nanti.. Mudahan lebih mudah, lebih cepat dan lebih natural. Aminnn.

Aku memang join group ICAN/ VBAC kat facebook walaupun aku tak ada sejarah csect pun sebenarnya. Ntah macam mana terjoin group tu pun tak tahu ler. Tapi yang pasti aku sangat-sangat suka ilmu yang ada dalam group tu. Macam-macam ada ilmu pasal kelahiran secara natural ni. So, hari-hari pun jengah group bukak files baca dan hadam..

Tengah plan jugak nak join kelas AMANI. walaupun bukan tergolong dalam golongan yang nak vbac. tapi 3rd pregnancy ni kalau boleh surge tu dah tahap 3:1:1 baru ke hospital. (hospital seremban wad bersalin baru oiiiiii..tak sabar hakakk) Oh masih nak bersalin di hospital. belum pernah terfikir lagi nak bersalin di rumah.. mihmih. maybe anak last nanti kot.. nak jugak merasa. haha

Sekarang tengah recall balik pengalaman yang lepas saat labor. Lama mana. Sakit tahap mana sebab nk tahu tahap kebolehan badan sendiri untuk kali ke 3.. Fuhhh. nebes jugak sebenarnya.. boleh ke tidak ni.

Act, anak 1st and 2nd pun dua dua induced. memang sakit.. orang cakap induced lagi sakit daripada natural surge sebab kita paksa baby untuk keluar. So, kalau induced pun aku boleh tahan daripada amik epidural (ubat tahan sakit yg cucuk kat montot tu still ambil) means mesti aku boleh tahan natural surges dengan lebih relaks.. Gambateeee!. haha

Persedian fizikal dan mental kena mula dari sekarang!!!. haha, so saat kandungan masuk 2bulan yang aku tengah sibuk squats, sit up, workout tu (tak tau mengandung lagi) aku anggap sebagai permulaan yang baik.. Ye, ibu mengandung kena banyak workout.. jangan banyak duduk tido baring malas je.. tu yang dalam labor low progress tu.. sebab banyak tido..Rahim pun tak banyak eksesais sebelum labor..

Antara amalan yang aku buat untuk capai matlamat adalah :

1. Workout and Keep Fit
Workout ibu mengandung ni tak susah. Goyang goyang punggung. Gelek gelek. jejoget ikut rentak muzik. Squat. jalan itik pun boleh.. eh. banyak..sila google sendiri. yang ringan ringan je. Selalu dalam toilet je aku dok tergedik goyang goyang. kang nampak dek laki den. kato buang tebiat pulak..hahaha.

Memang aku keep aktif untuk badan sentiasa fit. kemas rumah, vaccum, mop lantai. cuci sental bilik air. Dan rajinkan diri memasak setiap hari.. memang penat. tapi best! So, sekarang pun aku dah mula rasa surge. perut dah mengeras je sikit-sikit. Means rahim pun dah mula bersedia la kan. Mungkinkah akan bersalin awal??

Sumber : Google

2. Breathing teknik.
Pun dah mula amalkan. Eh. pun boleh google tak pun youtube..macam-macam jenis breathing ado. so memang sedang biasakan diri supaya sampai masa nanti dah perfect dah bab pernafasan ni. Praktis make perfect kan..Pun boleh google pasal hypnorbirthing. Bagus untuk lebih relaks ketika active labor nanti.

3. Pemakanan.
memang no fastfood dah.(haritu je sekali KFC Rice Wrap. teringin kebeno tengok iklan tu). mcd memang dah boikot langsung. jangan bby mengidam nak macdi sudah. ibu lepuk nanti. haaaaaa..haha. makan luar pun dah jarang. masak sendiri je. Sayur pun dah kerap jugak masak sebab dah ade geng pemakan sayur..hehehe.

4. Supplement & Makanan Sunnah.
ok ni belum start ape ape lagi. baru rajin rajin kan diri ambil madu je pagi dan malam. Next insyaAllah nak amalkan vco, kurma, habbatusauda dan pati delima. On 36w nak ambil homeopathy birth mix. InsyaAllah..

5. Baca Al-quran
Yang ni on off. Subhanallah. ape la kan.. huhu. tapi yang pasti memang rajin baca yassin dan surah Maryam je. Surah yang lain insyaAllah akan dijadualkan bacaan nanti. 

6. Doa
Yang ni senjata paling penting. Doa, doa doa. Doa biar spesifik. Bagitau kat Allah yang kita nak mudah bersalin kalau bole biar sejam je dalam labor room. Doalah apa juga keinginan kita masa saat kelahiran tu nanti. InsyaAllah..

ok. mudahan tercapai impian dan hasrat menjadi kenyataan. Aicehhhhhh. gambaq makyong tak dak lagi. Maleh pulak nak bergambar. Ok see ya!

notauntukkorang : korang yang tengah mengandung tu, jangan layankan sangat malas dan sakit tu tau. Kalau dah rasa early contraction tu. yang mild manja-manja tu, jangan terus nak baring je. buat la squat sikit. jalan jalan itik sikit supaya rahim pun dapat eksesais sama. supaya progress tu lebih lancar nanti tau tau.. ingat pesan akak ni..mihmih.. insyaAllah.

nak berpantang dengan Maharani boleh Wassup ye. 017-479 6944. Kita ade sediakan set kebabom untuk berpantang..hiksss

No comments:

Post a Comment

Tenkiu