Monday, December 22

Bila Anak-Anak Menghakimi Ibu Bapa

Assalammualaikum..
 
Morning Mondays..Tak mau Monday blues okay.. Tapi ku memang dah bermalas-malasan. Mood nak cuti sudah mari.. Cuti sampai Next year tu.. Best!!
 
Bila anak dah pandai menghakimi.. Ibu lebih sayang adik daripada kakak T.T
 
The story begin...
 
Satu hari tu masa aku tengah sibuk dengan house course. Kemas rumah dah settle. Pastu masak. Then bagi anak-anak makan.
 
Masa makan, Raisha nak bawak pinggan dia sendiri dari dapur kat depan. Aku benarkan, tapi pesan "kakak bawak elok-elok ye. Tumpah siap"!. Amaran..
 
"Ok bu.."
 
Ntah macam mana sampai kat ruang tamu tu, dengan pinggan masih ditangan, dia sibuk menyambil nak ambil phone dengan sebelah lagi tangan. Nak tengok upin ipin kekdahnya.. Paham-paham jela, kalau dah pegang sebelah tangan mana nak kuat. Then tumpah segala isi pinggan.
 
Aku apa lagi. Naik hantu.. Marah-marah. Sempat jugak lepuk tangan dia tu. Rampas henpone dan simpan. bebel bebel.. bla bla bla... Raisha diam je.. Tunduk makan senyap-senyap.. Aku tahu dia berkecil hati..Sebab dia makan sikit je terus cakap dah kenyang.. T.T
 
Settle kat situ..
 
Tengahri tu, tengah sibuk pulak nak masak lunch. Raisha dan Rania main-main kat depan. Tiba dengar Raisha jerit.
 
" Ibu, adik bagi tumpah cokelat" Memang adik tengah pegang coklat M& M tu.. Agaknya berterabur kat lantai kot.
 
Aku bergegas ke depan tengok. " Ya, Allah adik ni.. Kenapa buat macam ni. Kan dan sepah. Sambil kemas coklat yang berterabur. Dengan nada yang cool je..
 
"Ibu marah adik bu, adik sepah-sepah" celah Raisha..
 
"Adikkkk.." sepatah je aku tegur.
 
Ok kat sini memang aku perasan. Setiap kali adik buat salah or sepahkan barang. Tumpahkan air or whatelse.. Mesti Raisha cepat-cepat ngadu. Dengan harapan ibu marah adik sama macam ibu  marahkan dia agaknya.. T.T Sobssssss.
 
Suddenly. Raisha cakap. " Ibu tak marah adik sepah-sepah. Ibu marah-marah kakak je. Ibu tak sayang kakak".
 
Panggggggggggggg!! Sentap terus. Tak sangka yang dia akan cakap macam tu.. Ibu tak sayang kakak. Ibu hanya sayang adik je. Adik buat apa pun ibu tak marah. Kalau kakak asyik kena marah je. Her judgement!. Dan sometimes setiap kesalahan yang dia buat, dia terus akan tunding adik. Dia cakap adik buat sebab ibu tak marah!!!. Ohmy anakkkkkkk..
 
Raisha ni memang pandai sangat cakap. Kadang-kadang kita tak sangka yang dia akan cakap macam tu. Cakap macam orang besar. Sel-sel otak dia berhubung dengan sangat baik aku syak.. HUhu..
 
Allahurabbi. My bad. Memang sejak ada Adik ni aku jadi cepat marah. Susah nak kawal temper. Lagi-lagi kat Raisha. Pantang dia buat salah sikit. Aku anggap dia macam dah besar. Macam dia paham apa kehendak ibu dia ni. Sedangkan dia masih kecillllllll. Masih mengharapkan belaian, kasih sayang dan perhatian ibu dia ni.
 
Bahayanya anak-anak bila dia bukan saja memerhati, meniru perbuatan orang lebih dewasa terutama their parents. Tapi menghakimi jugak.. Jangan sampai anak-anak ni menyimpan dendam.. Buruk padahnya. huhu.. Takut dendam tu akan dibawa sampai dorang dewasa nanti.. Banyak macam dalam drama tu kan. Mihmihmih.
 
Memang aku selalu marah-marah je. Tapi bila berkesempatan. Ada masa. Time adik tengah tido ke. aku tak pernah lupa atau asingkan Raisha untuk belai dia, manja-manjakan dia. Peluk Cium.
 
p/s : InsyaAllah akan terus berusaha mengawal kemarahan diri. Macam mana nak conceive 3rd (babyboy) kalau yang dua ni pun huruhara..hahahaha..Allah.
 
Korang ada pengalaman sama tak? Cer share...
 
 
* Kecintaan ibu dunia akhirat. Dua-dua pun ibu sayang infinity.. Tanpa syarat. tanpa perjudis. Raisha & Rania. Oh yg sorang lagi tu adik ipaq aiiiiii.. =)

Tuesday, December 16

Tips Untuk Si Pemalas Lipat Kain Baju.

Assalammualaikum. Morning Tuesday!!
 
 
Siapa ada masalah malas lipat kain baju?? Samalah kita. Sep sikit..
 
Orang perempuan dengan kain memang tak boleh dipisahkan.
 
Pagi-pagi basuh kain
Tengahari Sidai kain
Petang angkat kain
Malam bukak kain..........miahahahahah..
 
Ok. jangan amik seriusssssss. iolssss gurau je..
 
Aku memang respek dengan Housewife mommy.. Kira dorang ni memang daebakkk!!. Kuat semangat.. Aku rasa working mommy dengan mommy yang duduk rumah penat lagi mommy yang kerjanya duduk rumah. Hadap anak-anak 24/7. Memang kuat semangat.. Kerja rumah mana pernah habiss oiiiiiiii.. Kerja jaga anak kat rumah ko tak boleh ngelat........ Kalau kerja ofis boleh gak ngelak tigaplohminit..Gituuuuuuuu..
 
Nak pulak dapat anak yang nak nyendeng je.. Tak boleh la maknya bergerak sikit. Uwaaaaaaaaaa sesajo.. Melepet je kat kaki mak.. Ko masuk toilet pun kena hangkut.. Mandi pun cincai seminit je tak dan nak belek-belek.. Apatah lagi makan. Memang kena dengan pepatah makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nakkkkkkk..
 
Lagi satu masalah bab melipat kain baju.. Der. Aku yakin sangat rata-rata orang perempuan ni maleh ya ampunn nak lipat kain baju. Basuh, sidai, bukak kain ok lagi. LOLssss.Bab melipat ya Ampunnn.. walaupun kerja tu sambil-sambil duduk je ko melayan Suamiku Encik Sotong tuh.. Tapi dia punya malas tu, macam bela jin dalam badan.. Haaaaaaaaaaa.
 
Tapi kan ramai tak faham.. Malas tu memang sebab utama la..Bahahaha. tapi sebab-sebab lain adalah. Asal ko duduk je nak hadap lipat kain baju tu, kedek-kedek anak datang nak duk melepak kat maknya.. Pastu kita lipat selai, dia pi serakkan seplohlai kain baju tu.. Bikin geram je.. Last-last longgokan balik je dalam bakul..haaaaa..
 
Nak buat time anak tido pulak.. Yang ni pun ramai tak faham.. Kalau si ibu yang menyusukan anak. Bila susukan anak nak tido.. Maknya yang tido dulu oiiiiiiii.. Bila balik kerja anak-anak tido awal, masa ni lah mak-mak pun nak rehat awal.. Balik kerja penat oiiiiii. Nak melayan anak-anak lagi.
 
Ate, mase bile mengkome nak melipat kain baju segunung Everest tuhhh!
 
So. Tolonglah faham..Jangan sesekali anggap mak-mak ni duduk rumah saje goyang kaki.. Tak kiralah working mommies or mommy yang memang kerjanya duduk di rumah.. Pleaseeeeeeeeee lah..bahahaha.
 
Ok. nah baru nak kasi tipssssssss.
 
1. Setiap kali basuh baju, sidai.. Pastu petang angkat. Jangan masuk dalam bakul. Longgokan je baju kt living depan tv tuh.. malam ko Nampak baju sesepah confirm terus lipat.. Kalau ko masuk baju terus dalam bakul. % baju tu akan terperuk dalam bakul tu selama semingga adalah tinggi. So, berhati-hati..
 
2. Kumpul baju untuk seminggu.. Anta g dobi...bukan dobi yang layan diri tu. Yang tu sama jugak ko kena lipat.. Ni kedai dobi biasa je. Esok amik confirm baju dah Wangi siap berlipat. Tinggal nak masuk lemari je dah.....bhahaha..
 
Ok. Sekian tips dari saya.
Yang memahami,
Ibu yang bekerja dan kerja rumah yang tak pernah habis..

Thursday, December 11

Jadual Pembayaran Gaji Kakitagan Awam 2015

Assalammualikum.

Tahun 2014 belum habis.. Gaji bulan Disember pun tak masuk lagi..Nah kita sajikan dengan jadual gaji tahun depan.

Uolssssss boleh save dalam calendar masing-masing tarikh pembayaran gaji untuk tahun depan tau.. Untuk kakitangan kerajaan sajo la tau..

Seronok gaji awai ni.. tapi nak hadap tunggu gaji next month boleh turun berat 3-4 kg sebab kena ikat perut..hahaha..


Apepun. masih bersyukur ada juga pendapatan tetap tiap-tiap bulan kan. Walaupun dugaan ujian, cabaran silih berganti.. Dengar katanya tahun depan tahun yang sangat mencabar.. huahuahua.

Semoga kita semua dapat keberkatan dan redha Illahi. so, walaupun sikit tetap rasa cukup dan puas. Asbab dari berkat tu tadi.. Aminnnnnnn..

Wednesday, December 10

Happy Birthday Sweety Pie | Nur Raisha Aneesa

Alhamdulillah..
.
Tanggal 9 Disember 2014 genap Raisha 3 tahun.. Hujung sangat.. Kalau kira tahun 2015 dah 4 tahun.. Nak hantar pergi skool dah dia..
.
3 tahun lepas ingat lagi masa nak lahirkan Raisha..Overdue 9 hari kau..punya dia tak nak keluar..suka beno duduk dalam perut ibu ye..hehehe..

Trowback bersalinkan Raisha
.
Sekarang dah besar. Pandai cakap sangat-sangat. Sel-sel otak tu sentiasa nau berhubung.. Kadang tak terlayan tau..
.
Pagi-pagi tu aku dah wish Happy birthday kakak... Raisha sengeh-sengeh je.. Lantas terus cakap. " ibu, jom pergi pakpung (kenduri kawen.) Kan ada kek hepy birthday...

Raisha memang kalau kenduri kawen je dia sebut pakpung.. sebab bunyi kompang kan. Suka sangat dia kalau kenduri kawen ni. Suka tengok pengantin. Pastu nanti mesti Tanya ibu, mana ayah dia..Hahaha dok Tanya pengantin lelaki. tapi dia gelarkan ayah. Kalau pengantin perempuan, mesti Tanya mana ibu dia..
.
So, semalam plan balik kerja nak beli kek slice utk Raisha..Tapi Alhamdulillah.. Offismate bagi kek 2 slice lagi untuk Raisha.. Murah rezeki Umi...
.
Alkisahnya semalam dia memang asyik nyanyi je heppy birthday to u, Allah selamatkan kakak..hahah. Gabungkan terus.
.
Malam kita celeb dua beranak je.. Adik bantai mentido time ni.. Ok jugak. kalau tidak. Amukan dia nak juga makan sendiri nanti.. Lagi sorang budak bertuah.. Dasyat sungguh amukan dia.. Tak dapat apa yang dia nak, nah rebahkan badan guling-guling kat situ jugak. Rania Rania.. Baru 1y 2m tu..
.
So, cekidaut video celebrate semalam..mihmihmih.. Love u sweety pie. damn damn much!!


p/s : aku sebenarnya dok menunggu approval video Blogbuster Trasact & Win tuh.. Derr. Baru berani sahut cabaran Nuffnang buat video haaa.. Nevesss. Kalau ada rezeki insyAllah dapatla kan..