Monday, December 22

Bila Anak-Anak Menghakimi Ibu Bapa

Assalammualaikum..
 
Morning Mondays..Tak mau Monday blues okay.. Tapi ku memang dah bermalas-malasan. Mood nak cuti sudah mari.. Cuti sampai Next year tu.. Best!!
 
Bila anak dah pandai menghakimi.. Ibu lebih sayang adik daripada kakak T.T
 
The story begin...
 
Satu hari tu masa aku tengah sibuk dengan house course. Kemas rumah dah settle. Pastu masak. Then bagi anak-anak makan.
 
Masa makan, Raisha nak bawak pinggan dia sendiri dari dapur kat depan. Aku benarkan, tapi pesan "kakak bawak elok-elok ye. Tumpah siap"!. Amaran..
 
"Ok bu.."
 
Ntah macam mana sampai kat ruang tamu tu, dengan pinggan masih ditangan, dia sibuk menyambil nak ambil phone dengan sebelah lagi tangan. Nak tengok upin ipin kekdahnya.. Paham-paham jela, kalau dah pegang sebelah tangan mana nak kuat. Then tumpah segala isi pinggan.
 
Aku apa lagi. Naik hantu.. Marah-marah. Sempat jugak lepuk tangan dia tu. Rampas henpone dan simpan. bebel bebel.. bla bla bla... Raisha diam je.. Tunduk makan senyap-senyap.. Aku tahu dia berkecil hati..Sebab dia makan sikit je terus cakap dah kenyang.. T.T
 
Settle kat situ..
 
Tengahri tu, tengah sibuk pulak nak masak lunch. Raisha dan Rania main-main kat depan. Tiba dengar Raisha jerit.
 
" Ibu, adik bagi tumpah cokelat" Memang adik tengah pegang coklat M& M tu.. Agaknya berterabur kat lantai kot.
 
Aku bergegas ke depan tengok. " Ya, Allah adik ni.. Kenapa buat macam ni. Kan dan sepah. Sambil kemas coklat yang berterabur. Dengan nada yang cool je..
 
"Ibu marah adik bu, adik sepah-sepah" celah Raisha..
 
"Adikkkk.." sepatah je aku tegur.
 
Ok kat sini memang aku perasan. Setiap kali adik buat salah or sepahkan barang. Tumpahkan air or whatelse.. Mesti Raisha cepat-cepat ngadu. Dengan harapan ibu marah adik sama macam ibu  marahkan dia agaknya.. T.T Sobssssss.
 
Suddenly. Raisha cakap. " Ibu tak marah adik sepah-sepah. Ibu marah-marah kakak je. Ibu tak sayang kakak".
 
Panggggggggggggg!! Sentap terus. Tak sangka yang dia akan cakap macam tu.. Ibu tak sayang kakak. Ibu hanya sayang adik je. Adik buat apa pun ibu tak marah. Kalau kakak asyik kena marah je. Her judgement!. Dan sometimes setiap kesalahan yang dia buat, dia terus akan tunding adik. Dia cakap adik buat sebab ibu tak marah!!!. Ohmy anakkkkkkk..
 
Raisha ni memang pandai sangat cakap. Kadang-kadang kita tak sangka yang dia akan cakap macam tu. Cakap macam orang besar. Sel-sel otak dia berhubung dengan sangat baik aku syak.. HUhu..
 
Allahurabbi. My bad. Memang sejak ada Adik ni aku jadi cepat marah. Susah nak kawal temper. Lagi-lagi kat Raisha. Pantang dia buat salah sikit. Aku anggap dia macam dah besar. Macam dia paham apa kehendak ibu dia ni. Sedangkan dia masih kecillllllll. Masih mengharapkan belaian, kasih sayang dan perhatian ibu dia ni.
 
Bahayanya anak-anak bila dia bukan saja memerhati, meniru perbuatan orang lebih dewasa terutama their parents. Tapi menghakimi jugak.. Jangan sampai anak-anak ni menyimpan dendam.. Buruk padahnya. huhu.. Takut dendam tu akan dibawa sampai dorang dewasa nanti.. Banyak macam dalam drama tu kan. Mihmihmih.
 
Memang aku selalu marah-marah je. Tapi bila berkesempatan. Ada masa. Time adik tengah tido ke. aku tak pernah lupa atau asingkan Raisha untuk belai dia, manja-manjakan dia. Peluk Cium.
 
p/s : InsyaAllah akan terus berusaha mengawal kemarahan diri. Macam mana nak conceive 3rd (babyboy) kalau yang dua ni pun huruhara..hahahaha..Allah.
 
Korang ada pengalaman sama tak? Cer share...
 
 
* Kecintaan ibu dunia akhirat. Dua-dua pun ibu sayang infinity.. Tanpa syarat. tanpa perjudis. Raisha & Rania. Oh yg sorang lagi tu adik ipaq aiiiiii.. =)

Tuesday, December 16

Tips Untuk Si Pemalas Lipat Kain Baju.

Assalammualaikum. Morning Tuesday!!
 
 
Siapa ada masalah malas lipat kain baju?? Samalah kita. Sep sikit..
 
Orang perempuan dengan kain memang tak boleh dipisahkan.
 
Pagi-pagi basuh kain
Tengahari Sidai kain
Petang angkat kain
Malam bukak kain..........miahahahahah..
 
Ok. jangan amik seriusssssss. iolssss gurau je..
 
Aku memang respek dengan Housewife mommy.. Kira dorang ni memang daebakkk!!. Kuat semangat.. Aku rasa working mommy dengan mommy yang duduk rumah penat lagi mommy yang kerjanya duduk rumah. Hadap anak-anak 24/7. Memang kuat semangat.. Kerja rumah mana pernah habiss oiiiiiiii.. Kerja jaga anak kat rumah ko tak boleh ngelat........ Kalau kerja ofis boleh gak ngelak tigaplohminit..Gituuuuuuuu..
 
Nak pulak dapat anak yang nak nyendeng je.. Tak boleh la maknya bergerak sikit. Uwaaaaaaaaaa sesajo.. Melepet je kat kaki mak.. Ko masuk toilet pun kena hangkut.. Mandi pun cincai seminit je tak dan nak belek-belek.. Apatah lagi makan. Memang kena dengan pepatah makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nakkkkkkk..
 
Lagi satu masalah bab melipat kain baju.. Der. Aku yakin sangat rata-rata orang perempuan ni maleh ya ampunn nak lipat kain baju. Basuh, sidai, bukak kain ok lagi. LOLssss.Bab melipat ya Ampunnn.. walaupun kerja tu sambil-sambil duduk je ko melayan Suamiku Encik Sotong tuh.. Tapi dia punya malas tu, macam bela jin dalam badan.. Haaaaaaaaaaa.
 
Tapi kan ramai tak faham.. Malas tu memang sebab utama la..Bahahaha. tapi sebab-sebab lain adalah. Asal ko duduk je nak hadap lipat kain baju tu, kedek-kedek anak datang nak duk melepak kat maknya.. Pastu kita lipat selai, dia pi serakkan seplohlai kain baju tu.. Bikin geram je.. Last-last longgokan balik je dalam bakul..haaaaa..
 
Nak buat time anak tido pulak.. Yang ni pun ramai tak faham.. Kalau si ibu yang menyusukan anak. Bila susukan anak nak tido.. Maknya yang tido dulu oiiiiiiii.. Bila balik kerja anak-anak tido awal, masa ni lah mak-mak pun nak rehat awal.. Balik kerja penat oiiiiii. Nak melayan anak-anak lagi.
 
Ate, mase bile mengkome nak melipat kain baju segunung Everest tuhhh!
 
So. Tolonglah faham..Jangan sesekali anggap mak-mak ni duduk rumah saje goyang kaki.. Tak kiralah working mommies or mommy yang memang kerjanya duduk di rumah.. Pleaseeeeeeeeee lah..bahahaha.
 
Ok. nah baru nak kasi tipssssssss.
 
1. Setiap kali basuh baju, sidai.. Pastu petang angkat. Jangan masuk dalam bakul. Longgokan je baju kt living depan tv tuh.. malam ko Nampak baju sesepah confirm terus lipat.. Kalau ko masuk baju terus dalam bakul. % baju tu akan terperuk dalam bakul tu selama semingga adalah tinggi. So, berhati-hati..
 
2. Kumpul baju untuk seminggu.. Anta g dobi...bukan dobi yang layan diri tu. Yang tu sama jugak ko kena lipat.. Ni kedai dobi biasa je. Esok amik confirm baju dah Wangi siap berlipat. Tinggal nak masuk lemari je dah.....bhahaha..
 
Ok. Sekian tips dari saya.
Yang memahami,
Ibu yang bekerja dan kerja rumah yang tak pernah habis..

Thursday, December 11

Jadual Pembayaran Gaji Kakitagan Awam 2015

Assalammualikum.

Tahun 2014 belum habis.. Gaji bulan Disember pun tak masuk lagi..Nah kita sajikan dengan jadual gaji tahun depan.

Uolssssss boleh save dalam calendar masing-masing tarikh pembayaran gaji untuk tahun depan tau.. Untuk kakitangan kerajaan sajo la tau..

Seronok gaji awai ni.. tapi nak hadap tunggu gaji next month boleh turun berat 3-4 kg sebab kena ikat perut..hahaha..


Apepun. masih bersyukur ada juga pendapatan tetap tiap-tiap bulan kan. Walaupun dugaan ujian, cabaran silih berganti.. Dengar katanya tahun depan tahun yang sangat mencabar.. huahuahua.

Semoga kita semua dapat keberkatan dan redha Illahi. so, walaupun sikit tetap rasa cukup dan puas. Asbab dari berkat tu tadi.. Aminnnnnnn..

Wednesday, December 10

Happy Birthday Sweety Pie | Nur Raisha Aneesa

Alhamdulillah..
.
Tanggal 9 Disember 2014 genap Raisha 3 tahun.. Hujung sangat.. Kalau kira tahun 2015 dah 4 tahun.. Nak hantar pergi skool dah dia..
.
3 tahun lepas ingat lagi masa nak lahirkan Raisha..Overdue 9 hari kau..punya dia tak nak keluar..suka beno duduk dalam perut ibu ye..hehehe..

Trowback bersalinkan Raisha
.
Sekarang dah besar. Pandai cakap sangat-sangat. Sel-sel otak tu sentiasa nau berhubung.. Kadang tak terlayan tau..
.
Pagi-pagi tu aku dah wish Happy birthday kakak... Raisha sengeh-sengeh je.. Lantas terus cakap. " ibu, jom pergi pakpung (kenduri kawen.) Kan ada kek hepy birthday...

Raisha memang kalau kenduri kawen je dia sebut pakpung.. sebab bunyi kompang kan. Suka sangat dia kalau kenduri kawen ni. Suka tengok pengantin. Pastu nanti mesti Tanya ibu, mana ayah dia..Hahaha dok Tanya pengantin lelaki. tapi dia gelarkan ayah. Kalau pengantin perempuan, mesti Tanya mana ibu dia..
.
So, semalam plan balik kerja nak beli kek slice utk Raisha..Tapi Alhamdulillah.. Offismate bagi kek 2 slice lagi untuk Raisha.. Murah rezeki Umi...
.
Alkisahnya semalam dia memang asyik nyanyi je heppy birthday to u, Allah selamatkan kakak..hahah. Gabungkan terus.
.
Malam kita celeb dua beranak je.. Adik bantai mentido time ni.. Ok jugak. kalau tidak. Amukan dia nak juga makan sendiri nanti.. Lagi sorang budak bertuah.. Dasyat sungguh amukan dia.. Tak dapat apa yang dia nak, nah rebahkan badan guling-guling kat situ jugak. Rania Rania.. Baru 1y 2m tu..
.
So, cekidaut video celebrate semalam..mihmihmih.. Love u sweety pie. damn damn much!!


p/s : aku sebenarnya dok menunggu approval video Blogbuster Trasact & Win tuh.. Derr. Baru berani sahut cabaran Nuffnang buat video haaa.. Nevesss. Kalau ada rezeki insyAllah dapatla kan..

Thursday, November 13

Antara Solat Sunat dan Solat Ganti

Assalammualikum..

Ok harini saja nak share something yang rasanya hampir semua kot ada masalah yang sama. Termasuk ambo.

Dulu masa zaman-zaman jahiliah. Nauzubillah.
Zaman-zaman masa tak pentingkan solat. Zaman masa-masa tak jaga waktu solat..
Allahuakhbar.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu.
Dan menerima taubat hambanya..

Dengan izin Allah. Taufik dan hidayahNya..
Alhamdulillah.
Bila kehidupan kita dah melalui beberapa fasa perubahan.
Dari bujang dah berkahwin.
Lepas tu ada anak. Dua. Tiga orang.
Automatik kita akan berubah untuk jadi yang terbaik.
Terbaik buat isteri/ suami dan anak-anak.
Kan.

Antara solat sunat dan solat Ganti..

Ustazah cakap.
Solat yang ditinggalkan  WAJIB di qadha'kan. Dan WAJIB bertaubat dengan sungguh-sungguh taubat.

Now bila kita dah taubat. Dengan sungguh-sungguh taubat. Dah tak lengah-lengahkan solat. Tinggalkan solat dengan sengaja. Kita WAJIB ganti solat yang pernah ditinggalkan dulu. Tanpa excuse.. Ganti selagi kita mampu.

Oleh sebab tu. Solat ganti adalah lebih diutamakan dari solat sunat.

Sebab solat sunat ni macam hadiah ustazah cakap.
Jadi macam mana kita nak bagi hadiah dekat Allah
Kalau kita masih berhutang (Solat wajib) dengan Allah.
Takut-takut kalau amalan sunat kita tak diterima
Asbab masih berhutang dengan Allah.
Gitu..

Jadi ustazah ada cadangkan.
Setiap kali kita nak buat solat sunat. Kita niat qhada' solat yang kita tinggalkan.

Contoh :
Solat sunat Dhuha.
Boleh buat qhada untuk solat Subuh.
(Niat Qhada' solat subuh. dan solat sama macam solat subuh. Dan masa doa tu baca doa solat Dhuha.)

So, dapat dua dalam satu.
Moga dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah serta izinNya jua
Solat Ganti kita diterima dan sekaligus dapat pahala untuk Sunat Dhuha
InsyaAllah.

Macam tu jugak dengan solat-solat sunat yang lain.
Kalau kita rajin bangun malam.
Boleh buat solat ganti sekaligus untuk solat sunat.

Niat Qadha Solat.
"Sahaja Aku Solat Fardhu (ikut solat apa yang nak diganti) dua/ tiga/ empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"


Semoga Allah menerima taubat dan amalan-amalan kita.

"Kita ini nak masuk syurga sebenarnya dengan rahmat Allah. Dengan kasih sayang Allah. Kalau diikutkan, amalan kita tidak akan pernah cukup untuk masuk syurga. Tetapi melalui amalah kitalah kita beroleh rahmat Allah". -BlogAsyrafKhalib-

ps : ini apa yang saya dapat dari ustazah dalam kelas Fardhu Ain/ Kifayah dekat ofis saya.So, sebarang pertanyaan atau keraguaan hendaklah ditanya kepada yang berhak dan berilmu..

Sekian.

Friday, October 31

Berwajah Baru

Assalammualaikum semua!
 
Hari jumaat yang penuh keberkatan. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumiNya untuk sentiasa bertaubat dan berbuat keabaikan.
 
Lama pulak menyepi. Busy sikit dengan prepare untuk meeting dan report meeting.. Mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah. Kalau tak kena join meeting ke Kelantan. Adeehhh... Dahlah hubby jauh. Lepas tu nak kena tinggal anak-anak. Tak sanggup rasanya. Si adik Rania tu dahla malam-malam nak ngempeng je. Dua-dua orang anak aku pun macam tu jugak..
 
Masa kakak dulu. Kena kursus kat Langkawi. Malam tu dia punya mengamuk tak nak tidur nangis. Habis 1 rumah tak boleh tidur sama. Last-last hubby angkut sekali ngan Mil pergi Langkawi sanun.. So, tak mau pisang berbuah-buah lagi. Kita tolak awal-awal. Family always comes first.. Sorry le sesangat. Mujur dapat boss yang sangat-sangat memahami. Dia bagi excused tapi dengan pengganti. Alhamdulillah.
 
Haaaa.. so masa tengah konon-konon busy buat report tu. Blog pun under construction. ngheee.ngeehhh.. Upah orang je buat. Sebab aku tak kreatif.. Memang sebelum buat sendiri. Tapi aku rasa macam dah carca marba pulak. So kita ngupah jela. Setel.. Tak payah pening fikir desing, coding segala. Tau-tau dah siap then bayar.


Nih. Aku upah kat adik shedaucu. Adik la kot kan. Sebab aku tengok macam muda belia je lagi.. Ahkak dah anak dua.. Tua sikit dah. Sikit je tau! Hehehe.



Aku memang tercari-cari orang yang boleh edit full blog. Tanya en. google sana sini. Jumpa page sheda ni. Tengok portfolio semua pun cantik-cantik. So terus pm nak servis dia. Fast respon. Senang je nak deal. Tapi kena tunggu turn. So, tak kesah la kan. Yang penting selesai..

Seminggu je. Tup tup tap tap. Siap!! Cantik, simple as expected. TQ sheda.. Baru semangat nak ngupdate belog.


So, cantik tak desing baru blog kite??? hikhikhik.. Cantik kan...cantik kan. .. Nak cantik macam belog kite boleh tempeh kat Sheda ni. Cantik. dan Murah.. Mampu milik gitu..


o.k Daaaaaaaa.


p.s : next entry nak up testimony Maharani, Bio Seleza... Terperuk dah testimony nih..hukhuk..
Bio seleza dah ada stok.. Boleh wa 017 479 6944 ye untuk order!




Thursday, October 2

Tips and Tricks Membeli Proton Compact Car. Proton Baru Iriz

Salam korang.

Siapa dah tengok live Proton Iriz? Cun kan?
Siapa dah test Drive?
Ke siapa dah order??
Haaaaaaaaaa..

Syiokkkkkkk kalau dapat kereta baru kan.
Duduk dalam tu senyum melebar je rasa..
Lepas tu pulak orang dok toleh toleh tengok.
Tiba-tiba rasa bangga menyelebungi diri. Miahahaha.

Saja nak share tips sebelum korang yang berhasrat nak membeli. Haa.
Pastikan korang buat 5 lapisan soalan untuk Tanya diri sendiri tahap kemampuan korang.


Tengok Iriz. Terus jatuh cinta. Minat. Dalam hati meronta-ronta nak sangat beli.

1. Tanya diri. tengok kemampuan. Layak tak nak beli?
Ok layak. dan mampu. memandangkan hutang kereta pun dah selesai. Yess!

2. Ok. kenapa nak beli?
 Keperluan la. kan kereta tu penting. Kalau tak susah lah nak kemana-mana.
Ok keperluan penting. boleh beli. Yess lagi!!

3. Ok. Tapi kan dah ada kereta 2 ketul tu. Kenapa nak beli kereta lain?
Fikir sejenak..

4. Ok. kereta 2 ketul tu ok lagi tak?
Ok. 1 tu boleh jalan jauh. masih gagah perkasa di jalanan. 1 lagi boleh jalan dekat2 jimat minyak.
Fikir.. Hmmmmmm...

5. Ok. Sekarang rasa-rasa perlu tak kereta baru??

TAK PERLU!!! SEBAB NAK KENA HUTANG SEMULA. DAN HARGA MINYAK PUN DAH NAIK 20SEN..

hahahahaha. ok tu je cerita dia. Sebab tiba-tiba sangkut CPUV Proton- PCC ni.

Klik gambar untuk info lanjut ye.

Mamtik lah proton marah sebab tak galakkan orang membeli. hahaha
Akan tetapi kalau uolssssss mampu. Ada duit berlebih-lebih.
Kereta sedia ada tu dah tak gagah lagi.
Silalah bertukar yang baru.

Iolsssss 5 tahun lagi kot baru tukar. Huaaaaaa..
Syukur masih ada kenderaan yang gagah berlari jauh di jalanraya.

Perihal Hikmah

Dulu.
Aku pernah rasa macam cliché je ayat "Setiap Kejadian tu Pasti Ada Hikmah"
Padahal kita wajib percaya di setiap kejadian/ musibah ada hikmah.
Tapi tak sedar.
Memang Allah jadikan sesuati mesti ada sebab. Mesti ada Hikmah
Kenapa Allah tak jodohkan aku dengan sipolan. Ada Hikmah dia.
Kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku nak baby boy. Pasti ada Hikmah jugak.

Sampai  satu masa aku ditegur
Bilamana Hubby kena posting jauh.
Masa tu aku down sangat. Serius aku down. Rasa terduduk time tu.
Aku tak boleh kot nak berjauhan dengan hubby.
Masa tu aku sangat yakin. Aku siap boleh cakap
"tak ape. mesti dapat dekat je ni. Kan kita dah call dan mintak tolong dengan tuan tu"

Aku lupa.
Aku terlalu yakin dengan pertolongan manusia.
Yakin yang pegawai Putrajaya tu akan tempatkan posting hubby dekat area N. Sembilan je.

Manusia kan.
Lupa yang Allah tu ada.
Lupa yang Allah yang sebenarnya gerakkan hati pegawai tu.
Lupa kalau tanpa Keizinan Allah perkara tu tak akan terjadi.

Then bila hubby bagitau dia kena posting kat Johor.
Terpukul sekejap.
Aku rasa seolah-olah Dia cakap..
"Nah!! Nak mintak sangat pertolongan manusia. Yakin sangat dengan manusia tu. Haaa. Sekarang rasa. Dekat siapa kau nak mintak tolong"
Terduduk.
dan Muhasabah diri.

Hikmahnya
Act, aku dah Nampak.
Banyak hikmah yang Dia bagi since Dia jauhkan aku dengan Hubby.
Dia nak panggil aku dekat denganNya.
Dia nak aku hanya meletakkan kebergantungan Hanya pada Dia
Dia nak aku hanya mintak, merayu, memohon hanya pada Dia.

Dan paling terkesan.
Dia nak aku sedar.
Tanpa izin Dia. Tanpa pertolongan Dia.
Tak akan satu benda pun boleh jadi kenyataan.

Sekarang.
Aku sedang cuba untuk meletakkan kebergantungan sepenuhNya pada Dia.
Yakin dengan rezeki, ajal maut, jodoh semua ditanganNya.
Percaya bahawa tak ada satu pun kekal hak milik kita.
Semuanya kepunyaan Dia.

Sekurangnya
Bila tiba masa dia menjemput insan-insan kesayangan aku pulang.
Aku dah bersedia.
Bahawa setiap yang dipinjamkan, pasti akan diambil semula.


Dan.
Sematkan bahawa setiap pertolongan yang aku hulurkan bukan dari aku.
Tapi dari Dia.
Aku hanya perantara.
Nanti taklah rasa sakit bila hati terdetik
"Time susah cari aku. Time senang lupa. tak Nampak bayang. Gitu.


Sekarang
Aku lebih tenang.
Lebih Redha.
Lebih bahagia.
Alhamdulillah. Diberi kesedaran.
supaya tak terus leka dan hanyut..

Hikmah.
Perlu dicari.
Kenapa begitu
Dan kenapa begini.

Sesungguhnya Allah MAHA Pengasih lagi MAHA Penyayang.
Dan tidak sekali-kali Dia menzalimi Hamba-hambanya.
AllahuAkhbar.

p/s : Aku masih belum baik lagi. Masih belum cukup sempurna iman. Tapi sedang berusaha ke arah itu. Moga Allah beri petunjuk dan HidayahNya kepada kita semua. Aminnn..

Wednesday, October 1

CPUV Nuffnang Menari Tari

Alhamdulillah. Segala puji syukur hanya bagi Allah.

Happy sangat. sangat. sangat!!!
Pagi ni saja bukak Nuffnang
Aku memang suka jengah Nuffnang tu. Suka nak tengok berapa ramai yang dating melawat. Hehe
Pastu check keyword segala bagai. Kadang kelakar je keyword yang orang cari.
Tapi paling femes pasal Herba/ Jamu Ketika Berpantang
Bagus sangat sebab ambil berat pasal bab-bab pantang ni.
Untuk kesihatan dan kesejahteraan untuk masa hadapan.


Ok balik cerita CPUV.
Sekali tengok.

Sekali 4 on going..
Syukurrrrrrrrrrrrrrrrr... Rasa nak terus sujud syukur je tau.
Haaa. Poyo je kan.
Tapi memang betul-betul buat aku happy pagi ni.

Nak dapat 1 CPUV Nuffnang pun merangkak tau sebelum ni.
Aku selalu tengok orang dapat. Rasa macam bestnya. Bila lah turn aku plak kan.
Pastu dah dapat satu. Tiap bulan tu masuk satu satu je.
Mulalah rasa bila aku nak dapat banyak-banyak pulak.. Ha gitu...
Bukan tak bersyukur. Tapi nak lah jugak merasa kan.Hehe
Alhamdulillah. Allah izinkan. Heeeeeeeeeeeee.

TQ jugak kat Nuffnang ye sebab Nampak jugak blog kite yang suam2 kuku ni.
Bolehlah menabung sikit-sikit lama-lama jadi Gunung. Hee.

Ok. tu je nak story.


Tuesday, September 30

PROMOSI!! PROMOSI!! PROMOSI!! | BBPLUS COLLAGEN

Assalammualaikum.




Kite nak war-warkan PROMOSI untuk BBPlus Collagen.

Promosi???
Yea. promosi. Murah murah. Jauh lebih murah daripada harga biasa.
Reduce banyak tau ni.
Jangan tak percaya. Murah banyak tu!!



 
Antara Kelebihan dan Kebaikan BBPlus Collagen.
 
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.
 
Berdasarkan testomoni yang  dah berjaya mendapatkan kulit halus mulus gebu gebassss. BB Plus dipercayai memberikan kesan seawal 3 sachet pengambilan!!
 
Wow.. interesting!!
 
BB Plus ni berasaskan Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas.
 
Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit.
 
Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis.
 
So, BB Plus ni mempunyai aksi perlindungan antioksida tambahan.
 
Serat epal dan inulin (serat diet) dalam BB Plus menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi. Ini dapat meningkatkan kualiti kulit tau!!
 
Dan......
BB Plus Collagen ni dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi jugak.
 
Sebab.. Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Ok tu dia story mory sikit pasal BB Plus Collagen.

Rasa yang sedap sangatttttt bak hianggggggg sampai berebut dengan anak.
Nak tipu pun tak boleh. Cakap ubat ibu. Tapi warna macam blackcurrent. Rasa pun blackcurrent jugak. Macam eh. tak perasan pun yang tengah minum Collagen. Gitu..

Nak minum pun terpaksa sorot-sorot dari anak.
Awak tu tak payah nak kolagen-kolagen bagai. Biar ibu sorang je.
Ibu umur makin banyak. Kolagen  makin kurang. Kena topup la nak oiiiii.


Ok.
Untuk promosi ni, kite perlukan lagi 2 ORANG untuk dapatkan harga termurah dari pasaran!!
Tawaran terhad tau!.

pm/ whatsapp 017 479 6944
untuk maklumat lanjut dan nak dapatkan harga termurah!

Friday, September 26

Testimoni Maharani | Masalah Keputihan dan Period Tak Teratur

Assalammualaikum.

 
Jangan ambil mudah!!
 
Lendir yang keluar berbau busuk spt bau ikan kering adalah tanda infection pd rahim.
Hanya dengan mengambil jamu/ herba shj dpt membantu mengeluarkan sekaligus menghilangkan lendir-lendir yang bertakung kat dalam saluran faraj.
 
Lendir/ keputihan yang bertakung lama dalam saluran faraj kalau tak dikeluarkan akan terus terperap, dan lama-lama akan mengeluarkan bau busuk.
Jika tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada Rahim spt  kanser rahim, tiub fallapio tersumbat dan sbg.
 
 
Keputihan yang teruk juga boleh mengakibatkan potensi utk mengandung rendah.
Juga boleh menyebabkan keguguran.
Sedikit sebanyak boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
dan Menjejaskan hubungan intim suami isteri.
 
Maharani, selain dipercayai dapat merawat 337 jenis penyakit berkaitan darah. Maharani jugak sangat membantu dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita. Contah macam Keputihan yang teruk, Haid Tak teratur, Senggugut, Cyst, Fibroid dan ada juga Berjaya merawat masalah Prolapse Uterus.

Maharani bukan sahaja boleh diamalkan oleh yang dah berkahwin je.
Tapi seeloknya dan digalakkan ambil masa anak dara lagi.
Yela, masa anak dara la nak jaga kan.

ok nak story,
Ada tau sorang customer ni, dia belikan Maharani untuk isteri dia.
Sebab isteri dia ada masalah keputihan teruk. Berbau busuk.
Tapi suami taknak berterus terang sebab takut isteri terasa/ kecik hati.
Hampir-hampir nak bercerai sebab masalah keputihan je.
Suami tu geli nak bersama dengan isteri dia.
Tapi Alhamdulillah. dapat suami yang bertanggungjawab.
Dia bantu isteri cari penyelesaian.

So, nak share testimony Maharani pasal masalah keputihan.
Alhamdulillah. Syukur sangat dapat sampaikan kebaikan dan adik ni dapat manfaat daripada Maharani.


Memang banyak sangat manfaat adik ni dapat dengan Maharani. Alhamdulillah.

Adik ni ada masalah keputihan yang teruk dan jugak haid yang tak teratur.
Alhamdulillah, sempat ikthiar dengan Maharani sebelum berkahwin.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati..




Boleh pm/ whatsapp 017 479 6944 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 24

Suami dan Isteri, Pro and Cons #2

Banyak pro and Conts antara suami dan isteri.
Tapi itulah yang buat rumahtangga ceria meria.
Tak lah bosan sangat hari-hari yang dilalui.

Makanan/ Masakan.

suami :  u buat cucur letak bawang ek?
Isteri : Ha,a.. Barula sedap. Nak?
Suami : Tak apalah I xnak. I kan tak suka bawang.

Sentap hati mak nak! Lepas kejadian. terus si isteri buat cucur bawang togel..
Cucur bawang tapi takdak bawang. Macam cucur badak. Mana badaknya? Gitu.

Jiran : Hari masak apa Jah?
Isteri : Kangkung...
Jiran : Semalam kangkung, harini kangkung. Rasanya bulan lepas pun kangkung sapu habis sebulan. tahulah kangkung murah Jah.
Isteri : Suami I tak makan sayur lain Peah. Kangkung jela. Haaaaa.

Pasrah dalam rela. Hari-hari lauk sayur kangkung. Kerana cintaku padamu suami, kuturutkan jua. Walau tekak dah tak boleh masuk.

Bagus. jadi isteri solehah.

Isteri : U, I teringin nak makan spaghetti. Jom!
Suami : Ok jom.
Di kedai makan. Lepas order.
Isteri : U tak order ke?
Suami : I kan tak suka western-western ni.
Deng!!

Isteri : U, nak laksam?
Suami : Tak nak.
Isteri : Lontong?
Suami : Tak nak.
Isteri : Pecal? ulam-ulam bagus untuk kesihatan.
Suami : Tak nak lah. U ni pelik-pelik je semua.
Laksam, Lontong, Pecal pelik??
Isteri : U.
Suami : Ye
Isteri : U yang pelik sebenarnya tau. Semua tak nak. ish. ish.
Suami : Whateva.................................

Suami : U..
Isteri : ye..ada apa
Suami : Nah ulam yang paling sedap (sambil tunjuk petai)
Isteri : Uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
Suami : Hahahahahaha. (Sambil kentot sepah-sepah)

Bab makan adalah bab yang paling mencabar sekali kalau selera tak sama antara suami isteri.
Isteri suka makan macam-macam. suami tak suka. Terbantut selera isteri.. Tapi ada bagus jugak boleh suruh isteri diet sikit kan. haha

Isteri suka nak try makanan baru. Suami tak suka. Tak ada geng nak try menerai.

Tapi suami kite baikkkkkk.. Tak cerewet bab makan. Goreng telur  makan dengan nasi putih pun dah cukup. Tapi selera lebih ke masakan kampong.


Loves,
Isteri kepada suami yang tak cerewet.

Wordless Wednesday | Follower Bertuah!!

uikkkkk. baru 100 dah macam ayam bertelur riuh sekampung??

Ah lantok situ.
So, follower yang bertuah tu adalah follower yang ke 100
Tak adalah dapat award ke ape kan. Hahaha.
Blog I picisan sajo. Malu je kan baru 100 orang dah kecoh je. huksssss
Orang dah puluh ribu riban.
Tak mengapa. Tak mengapa.

Aku suka jadi silent reader je sebelum ni.
Mana ada I follow u follow me back.
Baca selalu tapi tak tinggal jejak.

Sekarang baru macam rajin blogwalking sambil tu tinggal jejak.
Rasa seronok jugak rupanya eh. Haa.
Jadi aku sangat hepi bila follower ku dah mencecah ke angka 100
Sikit sikit lama-lama jadi gunung. Ye dak?? He.

So. Here u go..
Follower ke 100 yang bertuah itu adalah..............



Haaa....sekali tak jelas. hahaha
Ngam je followers yang ke 100 aku capture ni.
 
Mari kita lihat siapa yang kena!
 
 
Yang bertuah itu adalah Dear +Mama Myja . Wooot woootttttt!! hahah.
Rezeki mamamyja la tu.
 
Mamamyja boleh contact wassup 017 479 6944 kite ek.
Ada hadiah sebagai tanda penghargaan buat mamamyja.
Dan untuk galakkan untuk mamamyja rajin jejak sini lagik..mihmihmih.
 
Love,
Blogger yang bangga
Followers baru 100 orang. =p


Friday, September 19

Mengatasi Masalah Sakit Puan

Kanser Seviks adalah pembunuh no.2 bagi Wanita!!
Oh. no. no. no.
Kita sering dimomok kan begitu. Tapi tak ada pun yang ambil inisiatif untuk cari penyelesaian
Ibarat kata mencegah lebih baik dari mengubati. Gitu..

Ok. Actually. Sedar tak kita bahawa Kebanyakkan masalah wanita berpunca daripada tuala wanita yang yang tidak berkualiti dan tidak menepati piawaian tahap kesihatan.
Dah kenapa pulak kan?

Tuala wanita yang berlambak kat pasaran tu sebenarnya menggunakan BAHAN-BAHAN TERPAKAI! Seperti kertas, dan ada juga serbuk pulpa kayu. 'KAPAS PALSU' ok.
Bukannya 100% kapas seperti yang digembar-gemburkan. Tertipu mak!

Tak percaya?
Uolsss ambil 1 kapas yang biasa uolsssss pakai tu.
Bukak dia punya lapisan atas tu. Korek sikit kapas dalam dia then rasa sendiri.
Memang boleh beza antara kapas dengan kertas!

Dah guna bahan terbuang satu hal.
Nak bagi putih, bersih sesuci embun pagi tu. Dilunturkan pulak dengan bahan kimia atau KLOROX.
Guna pulak SOFTLAN atau pelembut untuk melebutkan nak jadikan selembut kapas.


Ngeri sangat!!

Proses pelunturan. Daripada hitam terus jadi putih bersih gitu...

Bagaimana DIOKSIN boleh membunuh??

 
Ibarat.
 
Ketika period (Rahim panas) mengeluarkan haba- mengalir ke tuala wanita- Haba tidak dapat dikeluarkan akan menghasilkan DIOKSIN akibat tindakbalas daripada TOKSIN dan bahan peluntur yang digunakan tadi - terkumpul di dalam tuala wanita - dan akan diserap masuk semula ke dalam Rahim melaluti uterus dan terus sampai ke ovary.
 
DIOKSIN = 130x ganda bahaya daripada arsenic.
 
Bahayanya DIOKSIN boleh menyebabkan..
 
KANSER RAHIM
MELEMAHKAN SISTEM IMUN BADAN
FIBROID
KEGUGURAN
KETIDAKSTABILAN HORMON
KEMANDULAN
JANGKITAN PADA UTERUS.
 
dan paling bahaya adalah DIOKSIN dapat MENGAKTIFKAN SEL-SEL KANSER!
 

 
WHO pun ada bagitau ni ha..
 
 
Apa PENEYELESAIANNYA??
 
 
Bertukarlah kepada BIO SELEZA!!
 

 

* Tuala Wanita dengan 9 lapisan perlindungan.
 
* 100% menggunakan kapas Gred Hospital.
 
* Menggunakan Gel yang diiktiraf WHO.
 
* Mempunyai Tengan BIO VELOCITY yang membekalkan oksigen dan membantu keseimbangan hormone.
 
* 200% Kadar penyerapan. Tiada lagi masalah BOCOR.
 
* Mengandungi nano perak & ion negative untuk membasmi 99.99% bakteria & Far Infrared Rays (FIR) untuk melancarkan peredaran darah
 
* Penyelesaiaan kepada semua masalah. KEPUTIHAN, SENGGUGUT TERUK, CYST, FIBROID dsb.
 
 
Btw, keistimewaan Bio Seleza. bukan hanya untuk wanita yang didatangi Haid sahaja.
 
Tetapi, sesuai juga untuk IBU MENGANDUNG dapat memberi tenaga, mengelakkan masalah keputihan, ‘kencing kotor’ & terkencing semasa batuk/bersin
 
 LELAKI/ PARA SUAMI sekalian kerana dapat membantu masalah angin pasang, buasir, memelihara “kelelakian” & pelbagai lagi fungsi lain melalui tenaga Bio Velocity & FIR

BAYI/ Kanak-kanak dapat membantu masalah kembung perut dan sekiranya demam kerana Bio Seleza membantu menyerap haba.
dan Kegunaan lain :
* letakkan di dalam kasut (utk keseimbangan badan, nyahbau)
* ‘kool fever’ semasa demam
* tampal dalam anak tudung utk kesegaran & masalah migrain
* koyok utk melegakan kesakitan sementara
 
 
Antara Keistimewaan..
 



 
 dan.. Dengan Bio Seleza. tiada lagi masalah KEBOCORAN!!

 What are u Waiting for??

Berbelanja untuk kesihatan adalah 1 ibadah. Kerana kesihatan adalah anugerah. Kita diamanahkan untuk menjaga kesihatan kita.

dan. melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri juga tidak digalakkan..
Dah tahu kan tuala wanita yang biasa itu BERBAHAYA kan??

So? Tepuk dada Tanya diri.

PM/ TELEGRAM 017 479 6944

untuk lihat FREE DEMO area senawang/ Seremban Negeri Sembilan.
jangan malu contact je kita.
 

Monday, September 15

Libster Award

Salam.

Terima kasih kepada +Putri Ieja - princesshealthybeautyshoppe sebab nominated saya dalam Libster Award ni. Terharu.. Sobssss.



Mula-mula tu tertanya-tanya jugak apa tu Libster Award?
Dengar Award tu macam gah la jugak kan.
Terasa blogku diiktiraf kalau dapat award ni. Gitu..

Cari-cari maklumat.
Rupanya yela. Macam penghargaan dari blogger kepada bloggers yang lain.
Macam game pun ada sebab kena jawab-jawab soalan bagai.
Tapi jangan risau semua soalan senang je.
pejam mata pun boleh Jawab. Confirm!

Tapi ada syarat untuk Libster Award ni. Cikidaut ;-

1. Membuat entry Libster Award di blog anda.
2. Meletakkan gambar Libster Award di dalam entry anda.
3. Mention nama blogger yang mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam entry anda.
4. Tuliskan peraturan Libster Award dalam entry anda.
5. Menjawab 11 soalan dari blogger yang mencalonkan anda.
6. Memilih 11 blogger lain yang followernya kurang dari 1000
7. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut.
8. Maklumkan kepada blogger tersebut.

Aku pun tak sure kenapa mesti kena 11. Tapi takpe kita anggap je ni sebagai penghargaan dan join untuk suka-suka disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara bloggers. Gitu.

Support la sikit ye dak?

So, Setelah di listed kan untuk meragkul Libster Award ni.
Here we go..
Kena jawab soalan.

1. Apakah status anda? (bekerja, belajar atau suri rumah?) Jika bekerja apakah pekerjaan anda.
- Status saya adalah bekerja dalam agensi kerajaan. How I wish one day jadi suri rumah sepenuh masa sambil menyambung pengajian ke peringkat seterusnya....

2. Sejak bila berblog dan  kenapa anda berminat berblog?
- Blog ni ditubuhkan pada tahun 2009 tak silap. Minat sebab saya suka menulis dan suka bercerita. Baru-baru ni je nak aktif berblog dan menulis dari hati.

3. Apakah hobi anda dan kenapa.
- Act, tak ada specific hobi yang mesti dilakukan waktu senggang. Cuma saya suka lakukan apa yang saya suka. =)

4. Adakah anda peminat novel? Jika ya, siapa penulis kegemaran anda?
- Memang pecinta novel sangat. sangat. sangat. Minat novel dari Alaf 21 dengan KAKI. Asal jalan cerita sedap je. Semua pun pulun.

5. Siapakah idola anda dan kenapa?
- Siapa erk.. Sy suka jadikan sesiapa sahaja yang Berjaya sebagai idola. Yang baik jadikan ikutan dan yang buruk jadikan sempadan. Gitu.

6. Apakah warna kesukaan anda?
- Kuning kot. Tapi tengok keadaan. Asal cantik je saya suka.

7. Apakah kereta impian anda?
- Saya sangat-sangat suka Honda Jazz. Tak tahu kenapa. Tapi memang berimpian nak memilikinya satu hari nanti.. Tunggu~....

8. Apakah cita-cita anda. Kalau ada banyak senaraikan... tercapai atau tidak?
- Cita-cita dulu sebenarnya nak jadi lawyer. Tapi rasanya lawyer buruk pun belum tentu tercapai lagi..miahahaha. Tapi cita-cita nak jadi seorang isteri telah tercapai. =)

9. Apakah hadiah yang paling best/ istimewa yang anda pernah dapat?
- Hadiah? Rasanya ada keluarga kecil yang cukup sempuran. Ada suami, dan puteri-puteri yang membahagiakan.

10. Apakah anda menjalankan perniagaa/ bisness? Jika ya, nyatakan bisness anda dan kenapa?
- Ya. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan. Saya nak sampaikan kebaikan dan betapa pentingnya penjagaan dalam wanita.
- Kalau ada masalah berkaitan dalaman spt keputihan, senggugut dan sbg boleh hubungi saya. Consultant for free. =)

11. Nyatakan 3 perkara/benda yang disukai dan 3 perkara/ benda yang tak disukai.
- Suka : Makan. Jalan-jalan, Shopping
-Tak suka : Si hipokrit, Tempat yg crowded, Kegelapan

Pffffffffwwwwww.. Ok berpeluh jugak nak jawab soalan ni sebenarnya. Ingat macam senang je.


Nah 11 orang bloggers yang dicalonkan dalam Libster Award!!

1.  cikmanissweet.blogspot.com - Inani Hazwani
2.  notasebelumtidur.blogspot.com - Faridza Mastura
3.  fahirafusdi.blogspot.com - Fahira Fuadi
4.  izzahazryna.blogspot.com - Izzah Azryna Mazlan
5.  meezamaureen.blogspot.com - Maureen Lini
6.  sumaiyyah1.blogspot.com - Sumayyah
7.  mama3farhanah.blogspot.com - Norihan Yusof
8. seronoknyamelukis.blogspot.com - At Tarmizi
9.  eidashazana.blogspot.com - Rozaida Omar
10. asha_hana.blogspot.com - Asha Hana Gonzales
11. fluffypocoyogirl.blogspot.com - Alis Natasha

Ok. Soalannya.........

1. Siapakah anda? Describe secara simple.
2. Benda yang menjadi kesayangan anda?
3. Seseorang yang berada dalam ingatan anda sekarang. Dan kenapa?
4. Perkara paling lucu pernah anda lakukan
5. Kenangan yang tak dapat dilupakan
6. Perkara yang anda ingin lakukan dalam masa terdekat
7. Ada facebook tak? Nak add boleh?
8. Sukan kegemaran?
9. Suka Pantai atau Jeram? Kenapa?
10. Minuman kegemaran?
11. Komen blog saya sikit. Jujur ea..

Haaa..Senang je kan. So. Good luck ye semua yang telah dicalonkan.
Harap dapat habiskan task yang diberi.
Support la sikit. hikhik.

Dah completed task tinggalkan link kat ruangan komen ye.. Senang nak terjah..

Muchass Graciass.

Wanita dan Masalah Keputihan.

Salam Semua.

Sharing and Caring Time!!

Sekarang ni ramai wanita yang suka ambil remeh perihal penjagaan kesihatan terutama di bahagian intim. Saya suka gelarkan Mahkota Wanita. Yang mana Mahkota yang kita perlu jaga dan hargai. Sebab ia tiada ganti.

Kalau dah rosak yang tu, rosaklah ia. Tak boleh dah nak tukar lama ganti baru. Macam yang lori besi buruk tu.

Peti lama tukar baru.
Tilam lama tukar baru.
Bini lama tukar baru.
hahaha.haruu... Gitu..

Siapa tahu yang keputihan tu sebenarnya juga adalah penyakit?

Tapi kena tahu jugak keputihan yang macam mana yang dikatakan normal dan yang mana yang dikatakan penyakit.

Dan tahu tak korang bahawa keputihan yang tidak dirawat boleh memudaratkan??

Bahaya apabila ledir/ keputihan yang keluar berbau busuk macam bau ikan kering. Itu tanda Rahim dah kena infection. Akibat dari lendir dari Rahim yang tidak dikeluarkan dan bertakung dan melekat dekat pintu Rahim.

Mudarat yang boleh menyebabkan kanser Rahim. Tiub Fallapio tersumbat. Cyst. Dan pelbagai lagi masalah kesihatan dalaman wanita.

Dan juga boleh menyebabkan potensi untuk mengandung agak rendah. Dan juga keputihan yang teruk boleh menyebabkan keguguran.

Psssttttt...
Boleh juga menyebabkan masalah dalam hubungan intim suami isteri.
Ada suami yang tak berterus terang terus mencari alasan menolak.
Ada yang berterus terang dan sama-sama mencari penyelesaian.

 
So, bagi wanita yang bermasalah seperti ini.
Jagalah.
Jangan biarkan Mahkota kita terbiar tanpa jagaan rapi. Kelak merana diri.
 
Suami, yang isterinya bermasalah seperti ini.
Bantulah.
Berikan sokongan anda sebagai suami.
 
Don't Wait Until It's Too Late!!
 
Asking me how.
 
pm/ whatsapp
 
017 479 6944
 
Consultant for free!!


Friday, September 12

#JJCM | Chamek Kopitiam Senawang

Semalam hubby balik terus Tanya nak makan tak?

Nak!! memang tengah lapar. Lepastu memang tak ada beli makan apa-apa pun. Sebab hubby balik.
Time ni lah nak merap pun. Hikhik.

Lepastu Tanya nak makan kat mana.
Jawapan aku standard. Ntah ikutlah. Kahkahkah.
Aku yang nak makan tapi tak tahu kat mana.
Dok ikut ikut ikut.
Aku syak laki aku mesti stress dengan perangai aku yang 1 ni.

Di Tanya lagi. Nak makan apa
Macam nak makan char kuey tiaw.. Tapi tak nak kat Juara.
Char kuey tiaw kat Juara macam tak kena dengan selera aku kot.
Aku dok terbayang bayang teringat-ingat Char Kuey Tiaw Bandar Perda Penang nun..
Haihhhhh. Bila lah dapar pergi sana.
Macam-macam teringin nak makan.
Nasi Set ikan Bawal.
Char Kuey Tiaw
Sizzling Mee Telur 2.
Ahhhhhhhh. Rindu.
K.Nana nanti ada rezeki p sana akak belanja na??hehehe

Ok. sambung.
Dah tu tak tahu kat mana nak makan Char Kuey Tiaw selain daripada kat Juara sana.

Lalu depan deretan kedai. Terbau kedai baru.
Chamek Kopitiam.

Hubby Tanya nak try?
ikutlah..ermmmm. boleh lah.

Selagi aku tak bagi keputusan dok ikut ikut ikut
selagi tulah kereta tu berjalan je tak ada destinasi.
So, kita try jela kedai kopitiam ni
Walaupun kopitiam ni bukan favvy aku laki bini.


Soalan :
Chamek Kopitiam | Kopitiam Chamek?

Sama macam
Goreng pisang | Pisang Goreng?

atau
Temujanji | Janjitemu?

Haa.. fikir situ.

Sementara tunggu makanan.
Hadap dulu gambar selfi melfie kami



 
Pandai dah senyum tengok kamera.
tau orang nak ambil gambar dia.


Pemalu.
Posing tapi mata tak mau pandang kamera.
Macam ibu. Pemalu sangat. ',)


B, gambar tak cantiklah amik pakai henset ni. Kena tukar henset la rasanya.
ada duit nak tukar?
terus kena cantas tuntas.
Tak sempat nak gosok lebih-lebih bodek henset baru. -___-
Takpe kumpul duit blog beli henset baru.
Tunggu situ.~

Char Kuey Tiaw Special. Specialnya ada kerang dan udang.
Rezeki dapat jugak makan Char kuey tiaw ni
Tq Allah.
Nampak menyelerakan kan?Aku bagi 8/10
Portion besar. Aku makan separuh pun dah kenyang.
Tapi habis je aku makan.
Tak baik membazir. Amalan syaitoonnnnnn.Gitu.
 
 
Hubby punya. Nasi Goreng Ayam Kunyit.
Errmmmmmmmm. aku rate 3/10 jelah.
Tak nak komen lebih-lebih.
Rezeki. Nanti ada yang kata tak reti bersyukur.
 

Air aku sedap. 10/10
Mocha Ice Blended.
Hubby punya tak snap pun.
Tapi rasa sedap gak. Kaw liawwww rasa kopi dia.

Sekian.
Jalan-jalan cari Makan musim pertama.

Tiba-tiba rajin nak ambil gambar segala sebelum makan.
Sebelum ni kuasa sangat nak bawak fon kehulur kehilir.
Saja.
Buat modal nak update blog. hehehe.

Thursday, September 11

Raisha Aneesa ke Klinik Gigi for the First Time!!

To do task yang dah lama gila nak buat. Tapi asyik bertangguh je. Mungkin ibunya yang belum bersedia kot. Ntah.

Tapi sejak dah ada niat nak bawak Raisha. Aku selalu cakap kat dia nanti kita pergi jumpa doctor gigi ye. Always. Sampai kalau aku cek nak tengok gigi dia. Mesti dia cakap
Cantik tak gigi kakak ibu.
Eeeee.. tak cantik. Ada ulat.. yerrrrrrrkk!!
Ok. nanti kita pergi jumpa doctor ye bu. pegi cucuk gigi.

Haa. gitulah pemahamannya. Maybe belum dapat gambaran lagi kot jumpa doctor gigi tu macam mana ye.

So, today is the day! memandangkan boss pun tak ada kat office. Meeting. Kita pun amik masa keluar sekejap untuk setel urusan gigi Raisha. Lolss.

Klinik pergigian, Klinik Kesihatan Senawang.
Tak ramai orang pun. Aku sampai dalam pukul 11.00 pagi lebih kurang. Ada dalam 5 orang je.
Semua orang pun takut nak pergi klinik gigi ekkk??
Sama macam aku. Bahahah.

Act, Raisha tak ada masalah pun dengan gigi dia. So far ok je. Cuma macam ada 1 gigi tu je macam nak berlubang.
Biasa ah, budak. Gula-gula, aiskrim. Semua tu kegemaran. Raisha pulak memang suka benda manis-manis ni. kalau tak jaga gigi memang senanglah nak rosak kan.

Plus nak gosok gigi pun kadang-kadang liat. Kadang-kadang ibu yang malas. Miahahah. Kadang-kadang dia nak gosok sendiri.
Confirm la cincai je gosoknya. Asal sudah.

Oh. btw aku nak biasakan Raisha dengan suasana klinik gigi, dengan doctor gigi.
supaya dia tak takut dengan doctor gigi. Macam ibu dia.
Aku sakit macam mana pun gigi tak akan pergi klinik
Tanggung sendiri-sendiri. Trauma ke camne ntah.
So, tak nak anak-anak ibu nanti macam tu ye.

Aku nak anak-anak nanti gigi  cantik-cantik je.
Sebab bila gigi tak cantik nanti mesti selalu rasa rendah diri.
Nak bergaul dengan orang pun macam malu-malu -_________-
So so. kita jaga dari kecil ye nak. Biar gigi cantik nanti senyuman manis saje.. (=


Pagi otw nak hantar pergi rumah Wan aku dah siap pesan.
Nanti pukul 10.00 ibu dating ambil kakak bawak pergi klinik gigi tau.
Dia dah macam excited je.
Oh cukup suka kalau dapat pergi jalan berdua je tanpa adik.
Suka nak jadi anak tunggal eh? boleh manja lebih-lebih eh?

Nah! tepek gambar ibu sikit.
Setengah jam tunggu. Okla tak lama sangat.

Ini rare. Alat pergigian tahun bila tak tahu. Tak da tulis pun.
Ke aku yang tak baca.
Yang dia tulis awasi anak anda. Sebarang kecelakaan tanggungjawab sendiri. gitu..

Masuk dalam bilik rawatan tu Raisha dah macam pelik-pelik dah. Mesti macam..
Eh. ni ke klinik gigi. macam ni ke. Macam upin ipin ke.
Aku syak jela.
Tapi Raisha memang cool gila. Ibu yang rasa macam nebes tak tentu pasal. Miahahaha.


Suruh pandang buat peace nak ambik gambar pun mata dah melilau lilau.
Habis satu bilik dia pandang tengok tapi tak Tanya apa-apa pulak.
Raisha kan suka apa tu bu. Apa ni? Kenapa tu? kenapa ni?
Dia teruja sampai tak terkata maybe. Tapi tetap cool.
Ibu bangga nak!!

Lepas tu akak nurse suruh baring.
Nurse je yang handle ni. maybe sebab check biasa je kan.
Tapi nurse ok. baik. manis. Pandai amik hati budak Raisha ni.
Muka cuak tu. Tapi masih lagi cool.
Aku risau dia menangis ke. Terus tak nak check ke.
Tapi mood dia baik sangat pulak time ni.
Dua kali lagi ibu bangga.

Masa ni pun baik jugak.
Nurse suruh nganga bukak mulut nak tengok gigi.
Raisha ikut je. Tak ekk ke ukkk sikit pun.
Tiga kali lagi ibu bangga!!
Akak nurse pun bukan main puji lagi.
Nama sedapla. Comel la. Baik la. Pandai la.
Budak kan. Kau puji dia comel dia punya bangga tu. macam
Akulah paling comel dalam dunia!!

Aku selalu perasan. Kalau aku puji-puji Raisha cakap dia baik. pandai. behave
Memang dia akan behave sangat.
Dan  aku paling tak suka parents yang suka cakap nakal la. Degil. kat anak-anak
Tu satu doa kot. Dah kau kata dia degil. nakal.
Dia degil dan nakal betul-betul kau marah.
Dah tu??

Ok. Act gigi Raisha memang tak ada masalah pun. Budak lagi.
Nanti gigi susu akan gugur jugak tumbuh gigi baru.
Tapi tak nak lah nanti sementara nak tunggu gigi baru tu
Rongak je. Tak comel ah anak ibu.
Kesian anak ibu nanti orang ejek rongak la. Sighhhhhhh~
Moms always being a Mom. Paranoid tak pepasal.
Cube jadi ayah. Watlek Watpis je. Huh!

Dah siap!
Sekejap saje. Ni tunggu akak nurse tu nak sapu ubat Florida kalau tak silap
Perisa pisang. heheh.
So, conclude nya Raisha suka pergi klinik gigi.
Yeayyyyyyy!!
Mission accomplished!

p/s : Nurse pesan kena selalu kerap gosok gigi. Esp sebelum tido. Sebab budak selalu menyusu botol kan sebelum tido. So, kena jaga yang itulah. Btw kalau lepas susu tak gosok pun tak apa tapi kena kumur. Tak pun bagi anak minum air masak sebelum tido.

Tips : Agak sebulan sebelum nak bawak anak pergi klinik gigi. Always cakap nak bawak dia pergi klinik jumpa doctor gigi. Nak cek gigi. Bagi gigi cantik. Bla. Bla. Bla.
Bila kita dah selalu ulang benda yang sama. Dia akan faham dan bersedia.
Taklah nanti kejutan budaya.
Sampai klinik gigi je hysteria. Hahah.
ok. Sekian.


Ibu,
yang bangga tiga kali.

Tuesday, September 2

Natural Remedy. Tips Untuk Merawat Demam Anak-Anak

Something to Ponder!
 
Bukan daripada pakar kesihatan
Bukan jugak bomoh pawang segala.
Tapi its all based on my experience.
Ambil mana yang perlu.
Tinggalkan apa yang tiada mengena tanpa cerca.
 
Aku perhati anak kalau demam, rawat dengan ubat demam mesti amik masa 4-5 hari atau kadang-kadang sampai seminggu untuk betul-betul recovered.  Itu pun make sure ambil ubat ikut waktu yang di-time-ing-kan. 6-8 jam. Bergantung pada doctor yang merawat.
 
Tapi sejak aku amalkan natural remedy ni, 1-2 hari dah recovered lepastu ambil masa yang agak lama jugak untuk serangan demam sekali lagi.
 
Anak demam.
 
Ibaratnya gini. Deman disebabkan oleh virus @ bakteria yang menyerang. Ibaratkan lah Virus @ bakteria tu tentera jahat.
 
Bila tentera jahat dating menyerang. Tentera-tentera baik (antibody) badan akan automatic bangun untuk melawan dan menghalang tentera jahat tu. So, suhu badan meninggi menandakan antibody sedang bertindak melawan.
 
Lepastu kita bagi ubat demam. Ibaratnya seperti ubat tido @ pelali kepada tentera jahat tu. Bila bagi ubat tentera-tentera jahat akan lemah dan tertido untuk beberapa jam 6-8 jam. Maka suhu badan kembali normal sebab tentera baik tidak perlu angkat senjata untuk berperang melawan. Tapi bila dah habis kelalian ubat tersebut. Tentera jahat bangun dan menyerang, tentera baik angkat senjata melawan, suhu badan meninggi semula.
 
Begitulah kitarannya. Pusing-pusing macam tu sampailah tentera jahat tu mundur sendiri. Mianahaha. So, antibody pun tak dapat nak menjalankan tugas untuk melawan dan menghalang virus @ bakteria tu secara alami, semulajadi. Tak function la antibody tu kiranya.
 
Bila dah faham jalan cerita gini. Aku pun ambil keputusan untuk amalkan natural remedy je setiap kali anak-anak demam. Sebab biar betul-betul recover dan kat situ antibody semakin kuat untuk melawan virus @ bakteria next next time.
 
 
Jangan panic
Biasa anak demam ni mak-mak mesti panic terus pecut je nak bawak pergi klinik kan. Relaks dulu. Biasa budak demam ni nak membesar je. atau beralih bulan. atau nak pandai berjalan, merangkak, bercakap, pandai akal.
 
Alert.
Cek suhu. nak tahu paras demam samada mild je or demam panas.
Perhatikan belek, telek badan anak kot ada bintik-bintik merah ke. atau something yang macam mencurigakan.
Perhatikan juga ragam anak. Dia merengek lain macam ke, Or lembik semacam @ sama je aktif macam selalu. (kalau anak lembik @ merengek menangis semacam tu elok bawak ke klinik or hospital secepat mungkin) Jangan nak relaks sangat. Kena pandai ok! depends on situation. Guna naluri keibuan tu.
 
Decision
ok. buat keputusan. Either nak go with natural remedy @ tetap nak bawak klinik bagi ubat macam biasa. Yang ni penting. Kena guna 6sense dan naluri seorang ibu. Sebab biasa mak-mak ni boleh rasa anak tu demam biasa @ demam lain macam yang ada something wrong somewhere. Gitu. Sebab keputsan tu nanti korang mak-mak yang kena tanggung kalau jadi apa-apa dengan anak memasing ye. So, be a mother!!
 
Then,kalau anak demam suhu cecah 39- 40'C aku memang akan bawak ke klinik. Untuk pastikan dia punya jantung, saluran pernafasan, tekak, perut semua dalam keadaan baik. Tu kena refer dengan doctor la kan. Ubat tetap ambil untuk buat backup plan. Kalau semua pun ok tak ada masalah aku teruskan juga dengan cara natural.
 
Natural Remedy
 
1. Kawal suhu badan
Selalu aku tak pakaikan baju terus kalau anak demam. Tapi balut dengan tuala basah. Tuala yang dibasahkan dengan air asam jawa. Make sure badan dan bawah ketiak sentiasa balut dengan tuala basah.
 
Kepala lumur dengan air asam jawa. Atau tuam dengan kain basah dengan air asam jawa jugak. Kain tu kena sentiasa basah tau. Kering je basahkan lagi.
 
Always cek suhu. Every minutes. Sebab suhu budak ni cepat naik. Lagi-lagi kalau dia asyik tido je. Kalau malam selalu memang tido-tido ayam je. sebab keep on cek suhu. Takut kita terlena suhu mencanak naik. Bahaya ok!
 
2. Garlic Sock
Lama dah aku amalkan yang ni. Kalau anak demam extra dengan selsema batuk memang aku buat kaedah ni. Tapi jangan letak garlic tu banyak sebab panassssss.. Hati-hati tau boleh melecur kaki budak. Tapi kalau anak tak tahan boleh je rendam socks dengan air asam jawa lepastu pakaikan.
 
Kalau setakat anak demam je aku tak buat garlic sock ni. Cuma rendam sock dengan air asam jawa je untuk redakan panas badan. Baru-baru aku letak cool fever kat tapak kaki. pun boleh jugak.
 
Aku lagi suka buat rawatan stim and tepukan percussion. Berkesan sangat. Esok dah lega selsema. Boleh google cara stim and percussion.
 
 
3. Tingkatkan Sistem Imun.
Anak yang bawah umur 6 bulan boleh breasfeed sekerap dan selama yang mungkin. Kalau anak nak ngempeng je tu biarkan. Lagi bagus. sebab susu ibu bagus untuk antibody anak.
 
Kalau anak yang sudah putus bf, boleh amalkan bagi sup ayam. Kalau boleh sup tu direneh agak lama 12-18 jam. Lebihkan garlic dalam sup. Hirup je sup tu. Kalau Raisha suka sangatlah dia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Antara makanan yang boleh tingkatkan system imun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Itu jela kot yang aku amalkan kalau anak-anak demam. Yang aku perasan ambil masa 1-2 hari je untuk baik demam. Lepas tu ambil masa dekat 3-4 bulan jugak nak demam balik. Alhamdulillah. Cuba kalau ambil ubat mesti lama. Lepastu tiap-tiap bulan pun nak demam. Tapi ubat sentiasa standby in case. Tidaklah aku anti ubat sangat pun.
 
oh. btw paling penting doa moga disembuhkan anak tu. Doa jugak moga dihindarkan dari segala bahaya penyakit. Method ni usaha kita je, ubat tu pun perantara je. Sesungguhnya Allah juga yang menyembuhkan.
 
Budak baru baik demam. Alhamdulillah 2 hari je panas badan. Semlam dah ok. Last demam tak silap masa bulan 5 kot.
Semoga Allah melindungi anak-anak ibu.
 
p/s : Ini pengalaman semata-mata ye. Anak aku serasi je dengan cara natural. Boleh try and error. Tapi kalau demam melebihi 3 hari terus zaaaaassssss ke hospital ok mommies!!
 

TQ!