Tuesday, April 7

Negative People...

Assalammualaikum

Korangkan kalau ade orang sekeliling yang selalu bawak perkara-perkara negative ni cepat-cepatlah bawak diri korang tu jauh-jauh.

Aura negative dia akan mempengaruhi aura-aura positif yang ada dalam diri korang. Baiklah nyah jauh-jauh. Nanti terpengaruh sama.. Tak elok untuk kesihatan.

Kalau kat fb tu, korang block je dia. Tak pun unfren laju-laju.. Hahaha. Tak rugi sesen pun. Malah hidup korang akan lebih aman damai tenang je. Takde la setiap kali login fb tu bila terbaca status negative dia kita pun sama naik nak meroyan.. Spoilll betul.. Block kan aje!!
 
Orang yang negative ni biasa dia akan ambil apa sahaja pandangan ke, pendapat ke, or nasihat orang sebagai sesuatu yang buruk. Tak elok. Contoh, bila kita nasihat bagi pandangan dikatanya kita dengki, sakit hati la dan sebagainya.
 
Contoh :
 
Senah : Minah, baju kau tu kan macam ketat sikitla. Kalau ada baju yang longgar sikit. kan Nampak lebih manis.. (tegur senah dengah penuh berhemah)
 
Minah : (tanpa sepatah kata, hanya menjeling dan terus berlalu)
 
Minah : "Sibuk je hal orang. suka hatilah nak pakai ketat ke taknak pakai baju ke ape ke. Yang dia tu nak sibuk-sibuk apahal?? sakit pulak hati aku ni. Bukannya pakai duit dia pun beli baju. Macam lah dia tu baik sangat.. blaaa..blaaa..blaaa..baaaalaaaa..
 
Bukan main marah lagi si Minah tu. Lantas dia pun hupdate kat facebook ketidakpuasanhati dia terhadap Senah. Daripada tak ada orang yang tahu, sekarang 1 dunia pun dah tahu.. Dan biasa orang-orang yang negative juga akan komen bacekup si Minah..

atau :
 
Bedah : "Tipah!! lama tak jumpa.. Eh. badan kau Nampak macam berisi sikit ek.. hehehe.hahahah.
 
Tipah : (tipah kebengangngan ) Macamlah dia tuh kurus sangat! poodahhhhhhhhh..Sibuk hal orang.. blablabla.. (detik hati Tipah).
 
Kahkahkah. Kalau gurau pun Bedah ni tak kena langsung.. Setengah orang kan sensetip bab-bab berat ni.. Tapi kalau aku, aku iyakan aje.. Sebab dah memang hakikat badan tu berisi kan. Iyakan jela. bahaha. Lepas tu ambil positif side.. "oooooo kata aku berisi ye. Takpe aku diet sikit jaga makan, exercise sikit-sikit.. Biar kurus.." Kan mudah??
 
Ini tidak habis berbakul dimakinya Bedah tu. Dan last-last badan pun makin membesar sebab terlalu negative dan ego. Ahhhhhhhh sukati aku lah. Badan aku. Duit aku. Mulut aku.. macam ni kalau biarkan Labi terjun dengan labunya.. =p
 
Fenomena biasakan. Apalah salahnya kalau ambil teguran/ nasihat seseorang tu sebagi sesuatu yang positif. Anggap apa sahaja yang ditegur tu sebagai tanda prihatin. Tanda sayang. Kan aman damai je dunia Mihmih.
 
Tapi biasalah kadang tu ada teguran yang tak kena cara. Atau tanpa adab yang betul. Tapi apa salah kalau kita tetap ambil positif. Berdiam diri dan berlapang dada. Tak susah pun. Kalau rasa geram sangat-sangat sakit hati terlampau tu cepat-cepat istighfar.. Ingat suami. Maruah suami kena jaga uolsssss.. Begitu juga ibu bapa dan keluarga..
 
Yang kesian selalu artis la kan. Tp nak buat macam mana. Public Figure. Semua benda orang nak tegur. Artis ni selalu dua je Negatif or Positif. Kalau kata peminat memang semuanya positif. kalau kata haters tu, buatlah benda baikpun memang negative je dorang bagi.. So hadap jela ye dak..
 
Aku kalau artis ni aku neutral je. Tak la kipas mati sangat. Kalau suka aku follow dan usha-usah tengok. kalau tak suka aku buat dunno je. Kondem pun tidak puji pun tidak. Setellllllll..
 
Aku sembang macam good-good je kan.. Miahahaha. Sometimes tu aku pun ade jugak negativenya. Nama pun manusia kan. Tapi janganlah sampai negative sokmo.. Dah langsung tak ada yang positif dalam diri tu.. Tapi aku selalu negative dengan hubby je.. Tu namanya negative mioww miowww.. Gaduh-gaduh manja. Dengan orang lain insyaAllah positif..
Muhasabahdiri
Tepuk dada Tanya haluan memasing.. Ikut selera sendiri ye uolssss..
 
 
Aku tengah berkira-kira jugak nak block beberapa frenlist fb yang negative sokmo ni. Yang puak-puak nak menang sokmo walaupun salah..Mihmih.. Tapi nanti-nanti lah.. sebab tak efek sikit pun. Ahakssss..
 
 
Notakaki: Korang ade tak story negative people ni? meh share sikti..

No comments:

Post a Comment

Tenkiu