Thursday, September 27

Kekuatan Untukmu Untukku Jua

Selalu bila ada sesuatu perkara yang kita tak ingini berlaku pasti kita akan cakap "Ada hikmah disebaliknya" Ada hikmah tetapi sejauh mana kita dapat harungi masalah tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. Sejauh mana kita dapat meyakini hati ini bahawa memang ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Akan tetapi hati pasti sering menyalahkan, hati pasti akan menyalahkan dan hati pasti tidak dapat mengiakan segalanya.
 
Sejauh mana kita kuat untuk hadapi segala masalah yang mendatang? sejauh mana hati ini dapat mengiakan dan berharap everything will be ok. will be ok..will be...kenapa kadang kala terlalu berat untuk menerima hakikat dan terlalu berat untuk hati ini menerima segalanya denga Redha?
 
Redha dengan ikhlas menerima..tapi dalam hati adakah benar benar kita ikhlas?atau sekadar pasrah atau kita terpaksa? Mulut menyatakan ya aku Redha, akan tetapi hati? menepis sekeras-kerasnya..mulut mungkin dapat menipu akan tetapi detak hati??
 
Tetapi percayalah pasti segala yang berlaku ada hikmahnya..Janji Allah. DIA tak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan mereka..Allah MAHA Mengetahui. DIA Mengetahui segalanya. DIA Mengatur Segalanya..Setiap perancangannya pasti bersebab dan pastinya demi kebaikan hambaNya.
 
Sesuatu perkara yang berlaku, amiklah ia dari sudut yang positif..kerana apabila hati menerima dengan pandangan yang positif, pasti kita melihat bahawa ianya adalah suatu TAKDIR.. takdir yang telah ditetapkan. Takdir yang telah ditulis buat kita. Sekalis gus menyedarkan kita bahawa Allah sentiasa ada dan selalu ada.Dan segala yang terjadi adalah kehendaknya. Maka percayalah bahawa JODOH, PERTEMUAN, AJAL MAUT  ditanganNya..siapa kita untuk menidakkan? siapa kita untuk mempertikaikan?
 
Apabila ianya diambil dari sudut negatif, pasti hati akan lebih tersasar. sering menyalahkan. sering mengeluh. tapi pada siapa kita hendak salahkan? siapa yang salah? kenapa mesti aku? Why why whyyyyy??persoalan persetan yang akan membuatkan hati menjadi semakin rapuh..rapuh dan mungkin akan terus berderai........
 
Kembali kepada realiti. kehidupan harus diteruskan..by hook or by crook, harus ditempuhi. harus dilalui. harus diteruskan. betapa sakit sekalipun, betapa perit sekali pun, betapa seksa sekalipun..mesti diteruskan..MESTI.Bangkit semula. Bangun kembali. Kembali kepadaNya. teruskan berjalan, teruskan berlari.berkat kesabaran pasti dihadapan ada SINAR yang menanti.
 
Ujian yang diberi hanyalah sebagai ingatan agar kita tidak terlalu jauh dariNya.Peringatan tanda KasihNya. Perbaiki kelemahan, Mantapkan Keimanan, InsyaAllah, DIA tidak akan mengecewakan. TIDAK AKAN.

Wednesday, September 26

Expecting For Two..

Wottt.woootttttt.
Assalamualaikum.

yes.yes...actually aku nak bukannya sudah atau sedang ok..yela, sape tak nak tambah anak kau..aku nak dan aku suka..tapi untuk masa sekarang tidaklah. kena merancang jugeks untuk ekonomi rumah tangga yang lebih kukuh dan juga pastikan yang Raisha benar-benar sedia untuk jadi kakak..auuuuuwww!asyik panggil adik je mane nak sedianya pun..

Now pun Raisha tengah sangat-sangat lasak dan manja ++. jadi as a parents kami kena bagi sepenuh perhatian ke si Raisha tu lah kan. sekarang ni dia terlebih lebih manja dengan ayahnya..owhhh.jeles makkk!.dia nak ngan ibu time tido jela pun kan...sebab nak mengopek.
 
Raisha pun dah nak masuk 10 bulan bulan depan. sekarang ni dah berjinak jinak nak jalan.dah boleh berdiri tanpa bergantung benda dengan agak lama. dan baru semalam dah boleh melangkah untuk setapak dua..Alahmdulillah..tengok anak membesar depan mata adalah satu anugerah yang sangat-sangat terindah.hari-hari pun rindu dengan keletah Raisha..


tengoklah ini budak suke beno buat macam dia dah besar. macam dah pandai sangat. sekarang aku anta Raisha pegi umah bs a.k.a MIL aku letakkan aje dia kat seat sebelah tu dan aku pakaikan seatbelt. daripada kecik memang semua pun dia tak suka duduk.baik la storller, walker dan jugak car seat tu ha..mujur makkk tak beli yang memahal tu kalau tidak membazir sajo.

belajar ABC dengan ayah
A: A B C
R : Eaa eaaaa eeaaaa
A: B
R: eaaaaa.(masih tunjuk dekat abjad A)
A: B B B
R: eaaaa eaaaa eaaaaa
I: hahahahaahah (gelak je aku)
Bila cakap jer Raisha baca ABC,cecepat dia mencari buku abc dia tu..comelllllll!!!
Raisha cok gigi.cok gigi..dia pun nganga mulut.aku pun gosok ler dua tiga kerat gigi dia tu..kalau suruh dia gosok sendiri.abih di rodoh dan digigitnya berus tu..aku riso kot kot gusi dia sakit ke ape ke kan. tp suka je pulak dia..mak aku pernah tego aku sebabnya aku marah Raisha macam aku marah budak dah besar. macam dia dah paham apa yang aku cakap..contoh kan : dia main lasak alih alih terjatuh ke or terantuk ke mesti aku cakap dengan nada marah, haaa kan ibu dah cakap jangan, awak tak nak dengar. kan dah jatuh..pehtu aku bebel bebel kat dia.hehe.bagi aku lah dia paham je kot apa yang aku cakap. cuma dia kecik lagi dan tak reti..eh?
Nengok Rasiha buat muka macam ni cair lebur hati ibu nak oiiii.
Dear Raisha,
Sekarang ni apa je benda yang Raisha buat semuanya menghiburkan hati ayah ibu..tengok keletah Raisha hari hari pun rasa rindu je.sangat sangat menjadi pengubat dan ubat dan madu untuk kami. tapi kadang-kadang terasa pahitnya tapi ibu ayah telan dengan segala kemanisan yang ada..
Raisha sayang, semoga Raisha terus membesar menjadi anak yang solehah, bijak, cerdik, pandai, comel dengar ckp ibu ayah, taat pada agama bangsa dan negara. Ibu ayah akan lakukan yang terbaik untuk Raisha. dan kami juga sedang berusaha untuk menjadi ibu ayah yang terbaik buat Raisha. InsyaAllah.
Moga keluarga kita sentiasa berada di bawah Rahmat dan Kasih SayangNya. Diberkan segala kekuatan, keberkatan dan semoga kasih sayang kita sekeluarga sentiasa erat di bawah Tali kasih SayangNya.
Ibu sayangggggggggggggg Raisha dan Ayah a lottttt. kalian lah buah hati pengarang jantung ibu..always miss and luve both u my dearest! <3

Wednesday, September 19

_Entry Khas_(Buat S.A.H.A.B.A.T)

Bismillahirahmanirrahim......

Fuhhhhhh. first of all aku nak mintak maaf kalau kau rasa aku ni macam bz body ke.atau kau rasa yang luahan ini terlalu terbuka.cuma aku rasa ini je yang dapat aku buat sebagai seorang S.A.H.A.B.A.T.( as u mentioned it).aku nak kau terharu je.muahahahaha.

aku tahu, dua tiga menjak ni kau sedang diuji.walaupun aku dengar bukan dari mulut kau.tapi apa yang aku tahu dari sumber yang memang boleh dipercayai. dan kau jangan salahkan Dia. sebab dia bukan sengaja nak cerita dekat aku, cuma dia ada aku saja tempat untuk luahkan perasaan sedih. dan aku merasainya. bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".ye dakkk??

ok personally pandangan aku, tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan.semua masalah ada jalan penyelesaian. cuma kita yang perlu memilih jalan untuk selesaikan. samada selesai cara baik atau sebaliknya. seboleh-bolehnya masalah yang ada cuba selesaikan dengan penuh kebijaksanaan bukan keemosionalan.(ada perkataan emosinalan??adehhh~).tapi tak pelah cuma kau yang tahu apa yang kau nak dan perlukan.

cuma. nasihat aku. apa pun keputusan yang kau buat, biarlah ianya daripada hati kau sendiri. dengan kerelaan bukan keterpaksaan. yela, benda-benda macam tu bukan boleh dipaksa-paksa kelak makan diri. apa yang orang nak kata tentang kau, boo layankan aje. sebab hanya kau yang mengerti. dan hanya orang keliling kau saja yang mengetahui.

Pasti akan banyak hati yang terluka, tapi bersabar dan bertabahlah.pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. everything will be normal in no time.aicehhhh speaking pulop aku kennnn.hope kau dan mereka yang terlibat kuat untuk hadapi.

p.s: harapnya, entry ini dapat membuatkan ko tersenyum dan kembali ceria. aku nak kau tahu satu je, as a S.A.H.A.B.A.T aku sayang kau dan nak jugak tengok kau bahagia. itu sahaja.Aku dah anggap ko dan korang-korang macam family aku.seriusly!. dan cara ini je yang aku ada untuk menjalankan fungsi seorang sahabat tu. kau tahu kan kenapa?.
Moga lepas apa yang berlaku, sinar kebahagiaan milik kau dan mereka-mereka jugak..
psssttttt: tak payahla aku mention untuk sape kan..Kalau kau baca (kau la!! yang pergi tengok atok sebelah tu buat hape?) mesti kau tahu aku tujukan ni khas untuk kau. (tu pun kalau kau baca la kan???kau kan selalu lambat!) =p

Lepas dah baca sila ping pong aku eh...baru boleh aku perasan ko lambat ke tidak...miahahahahaha~

Tahukah Anda #1 l Gula-gula Getah Merangsang Otak

Tiada masa untuk bersarapan ?
apa kata cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas.
Pengkaji dari Coventry University berkatan, gula-gula getah berperisa pudina mampu menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain pula mendapati bahawa  mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%. Jadi, gula-gula getah mampu merangsang  kuasa pada otak manusia dan membolehkan otak bergerak lebih aktif.

Jom beli gula-gula getah banyk banyak dan makan!

Tetiba ofismate lelaki aku tegur pasal blog aku. okeh aku malu!!weiiiii, korang tak payah baca lah. nanti korang nak bahan aku je kan????grrrrrrrrr.

Saturday, September 15

"zyraroxx: follower datang bertubi-tubi"

Momelan sendirian:
Wah! segmen follower datang bertubi tubi la.
boleh join, follower aku pun tak ramai nih.
peluang peluang peluang!
alaaaa.......nak kene tempek jumlah follower ke?
malu~
ah, persetankan!
klik lelaju banner ni.
http://i.imgur.com/YOQHU.gif
tempek jumlah follower. nah tengok!

maluuuuuuuuuuuuuu!!(nyorok bawah selimut)
follow blog zyraroxx
tinggalkan link kat komen.
done!
tunggu follower datang bertubi-tubi =)
p/s: tengs to zyraoxx sebab buat segmen ni.peluang sangat ni. bak cium sikit!muaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhxxxxxxxxxxxx. *hugs ketat ketat sampai lemas* =p

Friday, September 14

Bangga diri?

Hebat sangat ke diri tu?
Hebat-hebat pun masih perlu kebergantungan kan?
bergantung pada siapa?
jadi siapa yang Hebat???

Kadang kala pelik dengan sifat manusia. yela, mungkin ada yang rezeki lebin dan mungkin jugak tidak. jadi kalau ada rezeki lebih, kan ke lebih baik dikongsi bersama. tidak pun kongsi dengan mereka yang memerlukan. kenapa perlu nak bangga yang korang ada rezeki lebih?

Bangga cmna tu?
Yela, anak aku tu, kalau exam mesti dapat nombor 1 je. tak pernah langsung dapat nombor selain nombor satu.
Ok! annoying gila bila orang cakap macam ni.dalam hati "entah entah nombor 1 dari belakang"

Eh. laki aku tu kan selalu sangat bagi hadiah kat aku. hari hari pun mesti ada je suprise hadiah dia nak bagi. seronokkkkkkkkk sangat!!
Ok! untunglah laki banyak duit. nak buat cmna laki aku tak banyak duit macam laki ko.dalam hati " sok sok dia suprise ko bawak hadiah besar. bini ke-2"

Family aku kan kalau shopping tak boleh nak shopping sikit-sikit. mesti berkoyan koyan plastik bawak balik. mami dedi aku memang suka berhabis untuk anak-anak dia.
Ok! beshnya ko. parents ko orang senang. aku tak pun. dalam hati "sekarang ko duduk kat atas, tgklah sok sok ko jatuh bawah"

bila ada orang sekeliling kita yang macam ni, mesti kita macam. eh. annoying giler! ye, tahu ko mampu. gaji ribu riban. laki kaya harta bertenggek tenggek. parents ada company besar makan tujuh keturunan pun tak habis. tapi perlukah?

alih-alih, orang akan mendoakan yang tak baik secara tidak sengaja sebab terlalu annoying giler dengan korang. owhhhh!. ko dapat dosa orang yang mengata tu pun dapat jugak dosa free.

ye, tahu ko memang orang senang. tapi senyap senyap sudah ler!
eh. ko senang kan? bak pinjam duit 20 ribu. nak p hong kong!
dush! dush! dush!

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamualaikum..

selama ni hanya angan angan saja untuk tempatkan blog aku yang picisan ini ke dalam bloglist blogger yang femes amos lagi gah di dalam dunia blog.owhhhhh~ (tangan di dahi, kepala lentok sikit)

tapi! kini tidak lagi kerana ianya bakal jadi kenyataan. bukan cobaan tapi kenyataan. benda la ko merepek bedah oiiiiii? eh. eh.

ni la nak cerita ni. korang jangan cakap tak kenal dengan blogger Hasrul Hassan a.k.a HH aku lempang ko kang! kalau pun tak kenal or tak pernah dengar nama HH pun sila buat-buat kenal tau!kredit la sikit kat blogger femes amos ni oiiiiii.*dush dush!

ok bebalik kepada blogger Hasrul Hassan tadi, beliau telah mengadakan satu segmen yang mana 200 blog terawal akan ditempatkan di bloglist beliau. wah! best best. macam blog ahkak ni tak femes kalau tersenarai dalam bloglist blogger femes amos, boleh jadi femes tak? agak agak? *dush dush dush!

menarik bukan? jadi jomlah join segmen beliau nih. 200 terawal sahaja ok! blog korang jugak akan tersenarai selama 3 bulan yakni sehingga hujung tahun di dalam bloglist beliau. *bangga bangga!

macam mana nak join kak bedah oiiiii?
haha. mudah saja. silalah korang menerjahkan diri korang ke blog beliau INI dan buatlah ikut suka hati korang. eh. buatlah seperti apa yang beliau mahukan. mudah kan??kacang goreng je!

jadi, ape tunggu lagi? cepatlah!! ingat, 200 terawal je!

Adiosssssss~

p/s : korang kalau singgah sini, silalah tinggalkan jejak. nanti bolehla aku lawat korang pulop ^.^

Thursday, September 13

Di Jamin Syurga!

Assalamualaikum pembuka bicara

Penuh kesopanan dan kesusilaan entry kali ini.
Bila disebut mengenai Syurga. oh indahnya tidak dapat dibayangkan. Andai kata kita boleh melihat keindahan syurga itu, pasti kita semua berlumba-lumba untuk dapatkannya kan?

Kaum Wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. akan tetapi ,
WANITA/ ISTERI dijamin syurga jika...
  1. TAAT selama menjadi Isteri
  2. TAAT menjaga maruah suami
  3. TAAT menjaga rumahtangga dan anak-anak suami.
Sabda Rasulullah SAW kepada anaknya Fatimah
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, 
Menyikat janggut suaminya, menggunting misainya, memotong kukunya,
maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan dia diringankan
seksaan ketika sakaratul maut, 
di dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga
dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada siksa neraka 
dan melintasi selamat Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."
-Hadis riwayat Hassan bin Sofwan, At Tabrani dan Ibnu Asakir-

Dengar macam mudah. tapi nak melaksanakan?? tepuk dada tanya selera!
Mudahan saya, kamu, awak dan isteri-isteri sekalian tergolong dalam golongan yang diredhai suami. kerana redha Allah terletak pada redhanya suami kepada isterinya.
 Oh.tetiba mood nak jadi mIsteri Solehah!.
 p/s: tiada manusia yang sempurna. sama-samalah kita perbaiki diri dan segala kelemahan yang ada. itu adalah lebih baik daripada terus dihimpit kealpaan.

 

 

Hantaran Melampau??

Apeke bendanya yang satu hari nanti harganya akan melambung-lambung sampai cucur atap tapi orang tetap nak jugak jugak. nak jugak dapatkan. ape benda???
benda tulah namanya 'sebuah perkahwinan'. yela, hantaran tinggi melambung pun orang nak jugak kahwen. sape yang tak nak kahwen ye dak??Nabi tak mengaku umat tue..takmo..takmo.
Cakap pasal hantaran ni, mau bertahun pikio mana nak cekau duit. bukan makan sehinggit dua weh. makan seriban riban. "duit tak ada, tapi ati ingin kawen,blalalalala.lalalal.pinjam sama teman,pinjam sama kawan, pinjam sanun pinjam sinin.adehhhh~
sebab tu ramai tak kawen lagi sebab? duit tak cukup katanya. nak kumpul duit dulu lah. ape lah. masalahnya terkumpul ke duit korang tu??asal kumpul je pasti ade je benda yang mendatang. terpaksa jugaklah guna duit yang kumpul untuk kawen tu. ye dakk??
Yang jadi masalahnya sekarang ni ialah hantaran yang mak pak perempuan letak tu melampau! eh. macam nak jual anak pun ado. ikut education level lah. anak perempuan cun melencun kalah siti nurhalija lah. macam-macam kau kan. abeh tak pikir yang pihak lelaki mampu ke tidok? kau nak kawen kan pandai-pandailah carik duit wehhh. nak anak orang bukan anak ayam..gila keji!

Jadi yang perempuan tu, apa function dia? dok geleng angguk geleng angguk jela kan. ala, dah mak i mintak macam tu, u sediakan jela. ok! tak membantu langsung membantut lagi ada. tu yang kadang-kadang tunang sampai 5-6 tahun sebab nak kumpul duit. *kumpul sangat!(mata ke bawah plak).

Tips untuk korang yang melalui perkara macam ni.
  1. si perempuan kena main peranan pujuk dan explain dekat parents korang tentang kemampuan bakal suami korang. bincang elok-elok pasal duit hantaran tu tanpa perlu pihak lelaki datang hegeh hegeh nak mintak diskaun (maruah parents bakal suami pun kena jaga beb!)sepatutnya si perempuan main peranan sebelum majlis perminangan berlangsung ok!
  2. kalau tak menjadi, cuba amik anisiatif lain dengan mengeSHARE untuk belanja hantaran. means, bakal suami bagi berapa yang termampu dan korang topup sikit untuk cukupkan amaun tersebut.
eh. 2 je? ingat banyak tadi.biahahahaha.

tak salahkan kalau BERKONGSI?

pendapat aku memang tak salah sama sekali. sebab sok sok korang nak berkongsi hidup jugek kan? yela, hantaran ko nak letak tinggi-tinggi nak buat apa? nak tunjuk kat orang yang majlis korang tu grand? meriah? mewah? gah? suami orang kaya? ewah.ewah.ewah. lepas tu ko hidup melarat laki bini ada orang nak amik kisah? nan hado dik non oiiiii.so? buat ala kadar mengikut kemampuan kedua belah pihak. bukan majlis gilang gemilang yang kita nak. tapi KEBERKATAN majlis tu yang kita harapkan agar ikatan perkahwinan tu mendapat keberkatan!.kahwen gah gah dua tiga bulan cerai berai.upppppppppppa gangnam style! =p
 
tu belum mas kahwen lagi ye dak?nak nak pulak mas kahwen nak emas penoh satu lengan kau tu pon kan. aissshhhh.jahanam!

"Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.
                                                                                                          "(An-Nisa' : 4)

Jadi kalau bakal suami korang bagi mas kahwin senaskah al-Quran pun terimalah dengan hati yang ikhlas juga dan tenang. jangan bebankan bakal suami korang kalau korang sayangkan dia dan memang nak hidup dengan dia sampai syurga hakiki.

berjela pula kak bedah kau ni merempek. ape pon andai ada tersalah bahasa atau terkena batang hidung sesiapa silalah maafkan kak bedah! kak bedah tak sengaja.ini cuma pendapat ahkak je dikk non oiiiiii. sebab ahkak rasa isu ni bukan masalah besar menyebabkan korang-korang taknak kahwen.

Percayalah rezeki pengantin baru sangat melimpah ruah. korang-korang pasti tak menjangkakannya. janji Allah itu pasti!

ok? Adios.

korang kalau singgah sila lah tinggalkan jejak. nanti boleh ahkak lawat korang pulop =0
Eh eh eh. Double A? bukan Azwan Ali ye dik non oiiiii. amboi.amboi.amboi (buat tangan sekali) ni Aaron Aziz. double A jugak kan???

Sekarang kan tengah menggila drama Adam & Hawa dekat Astro Mustika HD. dulu Seth Tan, Sekarang AdamHawa pulak kau. Haihhh lah. aku pun tengah tangkap cintan je setiap kali tengok cerita AdamHawa ni. Maula Nadia Nisaa a.k.a Ain Hawani tu pun buleh tangkap feeling kan belakon dengan Aaron Aziz ni..parah parah*

Lah! korang tak tahu ke yang Aaron ni ada kembar??kesian~ Adalah! .
tau dah korang nak kata aku tipu kan?ok aku tipu! tapi tapi betul aku ada nampak iras-iras Jejakan idaman malaya. kira Aaron kuasa2 gituuu!. tak caya??
Nah! tengok sendirik.

hahahahaha.tak sama kan? aku tau korang nak cakap tak sama. AA lagik ensem kan? lagi tuff
tapi ada aku kesah? time kejadian ni berlaku aku rasa hubby macam sama sangat dengan AA. tuff pun sama.hik tapi mungkin hubby agak kembong sikit mukanya. bukan mungkin tapi kenyataan.bahahahahaha.
Entah apa yang korang gilakan sangat dengan AA pun tak tau. aku? gila sikit je. gila AA kuasa2 banyak! laki aku le tuee!meng!
Adios
p/s: korang kalau singgah, tinggalkan lah jejak boleh aku lawat korang pulop! tq

Thursday, September 6

3 Tip dan Teknik Menawan Pasangan?

holllaaaaaaaaa!!
aku tak pernah lah nak masuk contest nuffnang ni sebelum-sebelum ni. pandang nuffnang pun sebelah mata jer *giler belagak*(sebab tak pernah dah earning dari nuffnang) blog ko tak femes pun weh! tapi sejak dua menjak ni rajin ler kau menengok apa yang menarik dekat Nuffnang ni. Sekali tengok eh, ada contest! 3 Tip dan Teknik menawan hati si dia. tu je??? Senang giler kot ( ayat macam boleh menang grand prizes. puiiihhhhhhh!) takpe lah kita cuba je ye dakkk? menang kalah kan adat pertandingan.
Oklah kita strait to the pointer!lalalala. macam aku kan dah kahwen ni ha kenala selalu menawan hati pasangan a.k.a hubby ku itu. iyelah takut-takuiiittt ler jugak nanti cepat bosan kennnn? lelaki kan cepat bosannn.jadi kenalah sentiasa menawan dan tertawan awwwwwwww!. Ni teknik yang selalu aku buat dekat hubby aku la kannn tak kan hubby kau pulakkkkkk..wakakakaka.panggg!
Pertama.
Buat suara ala-ala Nora Danish gitu.
Acamane suara Nora Danish tu wehhh?? entah aku pun tak tahu.kah kah kah.. Buat suara manja la maksud aku. Suara yang ala-ala kalau pasangan kau dengar tu rasa macam nak terkam rarww.rarrwwwww..aummmmmm!hahaha. bagi pasangan yang berkahwin oklah kan kalau tak kahwen lagi tu tak tahula boleh pakai ke tidak.kang tak pasal-pasal malam ni jugak boipren korang ajak pegi menikah!tapi jangan buat selalu manja-manja gitu. kena tengok keadaan jugekkk.
Teknik : macam aku selalu buat.kalau nak makan ke,hubby aku tak makan malam okehhh! diet katanya. ok fine. jadi kalau aku nak makan dan taknak gemuk sorang-sorang mesti aku buat suara ala-ala nora Danish dan berkata " b, jom lah makan. ala.....tak biasalah makan sorang-sorang, tak besttttt!!jomlah.aaaaaaaaaaaaaaaa merengek-rengek sikit sambil buat-buat nak suap hubby.hahaha.
Kedua
Do Something Unexpected
Teknik : buatlah sesuatu yang diluar jangkaan pasangan korang. contohnya tulis puisi cinta pastu poskan ke alamat rumah korang sendiri. tak pun tulis note " b, aaron aziz nampak macam u lah hari ni" then selitkan kat phone dia. tak pun buat suprise birthday party ke. kan sweet gitu~

Ketiga
Mendengar dan Memahami
Teknik : Senang sajo. ko dengar jela segala luahan perasaan apa yang pasangan ko nak cerita kat ko. macam aku and hubby, setiap petang bila balik kerja je mesti kami saling bercerita. Aku akan cerita the whole thing happen masa kat ofis dan begitu juga hubby. Aku cerita dia dengar dan dia cerita aku dengar la kan. dan kami juga saling bertukar pendapat dan pandangan.jadi segala perkara yang menjengkelkan kat ofis tu kami akan luahkan. so, end up nya kami sama-sama dapat release tension! Dan memahami. ko kenalah faham situasi pasangan ko. macam aku plak, yela as a hubby and wifey kami da merasa hidup susah senang bersama dan kami bukanlah daripada keluarga yang senang, so aku sebagai isteri kenalah faham keadaan suami. Contoh: aku tak kan meminta-meminta benda yang aku rasa aku tak patut untuk bebankan suami walaupun aku nak sangat-sangat benda tu.faham? walaupun aku bekerja dan punyai pendapatan sendiri tapi bagi aku tak adil untuk aku berjoli sendiri gaji aku tu sedangkan suami perlu bayar itu ini. aku kan mIsteri mithali haruslah membantu suami seadanya. senang sama susah sama ketawa dan menangis bersama. walllaaaa~

so, itu sajela tips aku. ada banyak lagi sebenarnya tapi nak 3 je kan??ala, nak menawan hati seseorang tu kan senang je sebenarnya. yang penting jadi diri sendiri. oklah, harap-harap dapat lah nak pergi honeymooonnnnnnn lagi dekat hape tah nama tempat tu ea en. Nuffnang =p


Tuesday, September 4

Si Comel Smurfs

Sekarang aku menggila je nak record cerita kat astro. rumah ada PVR kan!*motip sangat nak heboh kat sini kau* Best kau ada PVR ni. aku boleh record cerita sesuka hati aku. Selalunya aku akan bukak tv pagi-pagi dan nengok ada cerita apa yang best then aku recordkan je siap-siap. Nanti bila time cerita tu main, tak lah aku heran sangat kan. nanti-nanti pun boleh tengok..yela ada anak kecik kan. kalau nak feeling-feeling kena lah tunggu Raisha tido dulu.haihhh! Eh, cerita Adam & Hawa. alah, lakonan abe AA kita tu pun aku record the all series.haha. bising laki aku..=p
Sekarang aku menggilak pulak nengok cerita The Smurfs ni ulang-ulang. Comel gila kot!
"Kau selalu lambat kan Yah?"Suka aku lah Jah oiiiiii. PVR aku, TV aku kan.heiihhhh. Benarnya cerita The Smurfs ni disiarkan pada 19 Ogos 2012 haritu lagi (Raya Pertama) tapi baru harini aku nak menceceh kan. hehe. Lantaklah aku pun baru tengok je Ahad lepas.
Seriusly memang comel giler. Rasa macam nak beli satu bela kat rumah. *Ada jual ke?*ngeehhhh~.Cerita ni memang best kan dan di suarakan semula oleh artis-artis terkenal tanah air antaranya ialah Lisa Surihani, Yusri Abd Halim, Hanif & Ray Era.fm, Hafiz, Pak Nil, Elfira Loy dan adalah lagilah yang aku dah tak ingat. Aku rasa suara Pak Nil paling kena dengan watak Gargamel. Kelakar! aku suka.aku suka.
 Yang paling aku addicted ni ha! Smursfette a.k.a Lisa Surihani. Kena je suara Lisa dengan watak smursfette ni. Ke aku memang fan Lisa? Eh. Manja and awsome!.Comel giler..berapa banyak da perkataan comel dalam entry aku ni?.Siap aku pun nyanyi sama lalalalalalala (ikut rentak smurfs ok!).Ceria je rasa. Korang tak rasa camtu ke? Lah, ada pulak yang kata project laki dia wajiblah masuk sekali. Suke dia lah Jah oiiiii bukan laki ko kan???hahaha. Kalau aku pun, laki aku buat project besar mestilah aku nak masuk sekali tak gitu Jahh? kau pun sama kenn?
Korang kalau rasa yang tak dapat tengok The Smurfs versi Melayu atau yang tak ada HBO kat rumah tu, mehla jemput datang tengok kat rumah aku. sambil tu boleh beraya sekali.miaahahaha. tapi aku rasa nanti akan ada jugak ulangannya kat Astro. Astro kan suka tayang siaran ulangan. Eh!
Sumber : Google
Nah, amik seketul gambar smurfsfette ni ha. Lisa memang berjaya menjiwai watak Smurfsfette ni sebab aku suka. Korang tak suka? Bolayan kan ajeee..
Eh, lupa pule nak kredit gambar kat google..kang kene banned pulak kau Yahhh oiiiii!
Agak-agak ada tak jual patung smurfsfette ni? nak belilah!
p/s: Korang kalau dah singgah tinggalkan lah jejak. Bolehla aku pergi melawat korang pulak nanti. ok?

Monday, September 3

Minyak Kelapa Dara ( VCO )


Yang dara jer boleh makan okeh?eh eh eh
iye-iye je ko kan....
Rupanya minyak kelapa dara a.k.a VCO ni dah lama dah orang dok canang-canang kehebatannya. cuma aku jela yang lambat sikit..sikit??sangat okeh.. rasanya memang ramai dah tahu khasiat VCO ni kan..
aku start makan VCO ni masa bulan puasa hari tu. seminggu selepas puasa. Permulaan puasa memang ak lemah je. pagi pergi keje balik petang memang dah lembik terkulai layu je. Mane nak layan ci kenit Raisha lagi. adehhhh~ memang tak bermaya langsung. Malam pulak pukul 9 aku dah hanyut sensorang. kenalah hubby yang layan Raisha sampai dia mengantukss. Omak ea dah hanyut di buai mimpi..awwwww!
Selepas 2, 3 hari aku makan VCO ni, terasa effectnya yang mana pagi kat ofis dah tak menguap dohplohenambelasratuskali dan tak mengantukss tahap nak letak pen untuk tahan mata ni. haha~ Petang pulak balik kerja boleh siap basuh2 baju, basuh bilik air dan so on.... malam pun masih boleh bertahan lagi yawww...bahagia kan gitu??
Then aku pun menghasut hubby untuk try! yelah kau hubby ku itu dah la ride motor senawang-nilai hari-hari yang mana memakan masa selama 45minit. pergi-balik = 90 minit bersamaan dengan 1jam 30 minit tu. kesian kan~nak buek cmno caghi rejeki ken. hubby pun try lah. 2,3 hari selepas itu, dia pun komen mengatakan badan terasa segar! okeh la cmtu kan.
kitorang makan pun bukan sebab ada masalah kulit ke hape. tapi as a supplement. masuk kali ni dah 3 botol dah! insyaAllah akan diteruskan pemakanan VCO ni. nt mane tau kulits jadi gebus halus mulus ken..miaahahahaha.*verangans nokss*.
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang di proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamanya dapat dikekalkan keasliannya.
Antara kebaikan dan khasiat VCO ni untuk Kecantikan Luaran, Kesihatan Dalaman, Meningkatkan Daya Tahan Tubuh, Membunuh Virus & Bakteria, juga baik untuk Hubungan Suami Isteri *wink.wink.wink*
Lagi Kesan segera pengambilan VCO ni.
Eh eh. nak kurus pun boleh tau amalkan VCO ni. Nak naik kan berat badan pun boleh! best kan? Info yang aku dapat daripada orang-orang yang dah lama makan VCO ni, katanya~ kalau nak kuruskan badan ambil selepas makan. kalau nak gemuks kan badan ambil sebelum makan. 2 biji sehari ye. Aku ambil sehari pagi selepas minum pagi dan malam selepas makan. Kalau lupa makan pagi tu aku lamsump kan sekali 2 biji pun boleh..
VCo ni boleh didapati dalam dua bentuk gel dan softgel. macam aku prefer lah softgel ni haa. senang.masuk mulut pehtu minum air beteguk-teguk tak rasa apa-apa. kalau gel tu tak tahula pulak kan. tapi tak rasa apa pun. kelat-kelat sikit macam minyak pehtu bau kelapa.
lagi.lagi kalau nak sapu pun boleh lah! sesape yang ada masalah kulit atau anak-anak baby- baby yang ada penyakit kulit boleh sapu. kita pong boleh sapu kat muka jugak untuk kesan kulit yang lebih gebus gedebasss.aku kadang-kadang je sapu kalau rajin. hueheuhue.
so? hape tunggu lagi cepat-cepatlah dapatkan daripada pengedar sah atau stokis-stokis berhampiran anda! cubalah! korang pasti berpuas hati.aiiiceeehhhhh!
untuk info lebih lanjut ce cikidaut kat sini Catalyst2u.