Monday, September 7

No More Drama!!

Alhamdulillah.. today tak de monday blues.. walaupun lewat sikit sampai. yang penting tak dok drama dah hari ni. Mudahan berterusan sampai ke bila-bila.. Aminn..

Drama. Drama. Drama. Lately, 2 bulan kebelakangan ni Raisha ni macam ada 1 penyakit kot aku syak. yang mana dia nak ayah dia hantar dan ambil daripada rumah Wan dia. penyakit ni ok lagi. tapi yang tak ok nya bila dia menangis semahu-mahunya bila ayah dia tak dapat hantar maka aku yang kena hantar or ambil.

memang drama ok! menangis macam kena dera. Stress mak pagi petang.. 

since ayah dia dah dapat tukar sini, ade lah 2 3 hari aku suruh ayah dia hantarkan sebab aku dah terlewat. kebetulan office pun memang dekat dengan rumah, lalu jalan belakang tak sampai 5 minit je. So, aku pun ngelat suruh ayah dia hantar. Silap sendiri kan..

Tapi dah lama-lama tu dia tak boleh nak tolerated pulak. bila mana ayah dia ada kerja balik lambat, dia still tak nak aku ambil. Sampai je rumah MIL, belum turun kereta lagi dia dah menangis bagai nak rak. Berkepit dekat Wan dia tak nak balik. 

Dah explain elok-elok pun tak jalan jugak. If ayah dia lambat, nak tunggu Pak Lang (adik ipar) pulak hantar balik. Derrrr.. paklang nya pun selalu balik lambat jugak.. kadang tu pukul 10 baru dapat hantar. aku nak keluar balik ambil memang tak rajinlah ibunya pun..

Mula aku biarkan lagi. Eh, makin lama makin lemak pulak dia. Memang dia langsung taknak aku hantar or ambil. Aku dah jadi macam eh, asal pulak dah ni kan. sampai 1 masa aku rasa stress ada pulak setan gelakkan aku sambil cakap " hahahahaha..loser mother! anak sendiri tak nak dengan ko!"

Fine!! lepas ni takdak excuse dah.. Dialog aku dalam hati.. nak ke tak nak ke menangis ke tidak aku tetap hangkut jugak dia bawak masuk dalam kereta. No more excuse!! I'm not a loser mother ok!! haa. marah kat setan balik..

Puas dah aku fikir jalan macam mana nak buat supaya keadaan kembali tenang. Tanpa perlu menangis, tanpa perlu drama. Aku stress, dan i know Raisha pun stress jugak. yela, pagi-pagi dah nangis, kena marah. petang nangis lagi..kena marah lagi..

Ting ting!

I got the idea. Plan pertama aku buat sticker reward. buat list, dan akan reward if dia behave tak menangis masa aku ambil dan hantar. Mula-mula dia macam excited jugak sebab sticker kan. but end up, tak jalan jugak..mihmih.. Aku ugut cakap " ok, harini kakak tak dapat full sticker sebab kakak menangis" Dia jawab " kakak tak heran, nanti kakak boleh ajak ayah pergi beli" kau ghase??

Segala jenis pujukan ugutan tak jalan. Dia tak heran langsung. Ok, aku makin stress!! haha

1 hari tu, dia punya menangis bawak sampai ke rumah.. Aku diamkan je. Pujuk tak mau semua tak mau, aku biarkan je dia nak nagis lama mana. dah penat nanti berhenti lah dia. sampai ke rumah menangis memang macam kena dera. menangis sampai terkencing. Mujuq kencing kat luar rumah. Hoiiii, nak hantu terus mak ko ni..haaa

Aku angkut dia bawak masuk dalam bilik air, lalukan dia bawah shower tu sampai tak boleh bernapas budak tu.. memang geram sangat. kenapa begitu sangat dia buat perangai kan. dengan aku sekali menangis. betul aku feel loser giler..hukhuk.. T______T

But drama still berjalan seperti biasa. T__________________________T.

Jumaat malam kelmarin, dia ajak tido. Oh, Raisha memang nak tido dengan aku je. Taknak dengan ayah dia..

"Bu, jom kita tidur dalam bilik. Kakak dah ngantuk"

" Tak nak lah. Ibu tak nak dah tidur dengan kakak, sebab kakak selalu nangis bila ibu nak hantar ambil kakak kat rumah Wan"

Mulanya aku hanya nak gurau-gurau je. tapi dia punya pujuk tu beria-ia nak tidur dengan aku. Dah alang-alang kan. kita buat drama sikit malam ni.. hikhikhik.

Aku buat tak tahu je dia pujuk merayu menangis. Biorkan aje. Aku amik segala bantal selimut dia letak kat tilam ayahnya. lagilah bertambah kuat dia meraung..hahah. Hubby dah bising time ni sebab dah malam kan. Tapi aku buat tak tahu je.. Bawak Rania ajak tido sekali. Berpelukan dengan Rania. Meraung-raung dia berdiri sebelah katil tu mintak maaf, janji segala macam. janji tak nangis, janji tak nak ayah ambik dah..Hahaha.. 

Yesss!! macam berjaya je..

Dekat 30 minit jugak aku biarkan dia meraung. Sampai termuntah-muntah dibuatnya. Kesian sangat. last aku pun mengalah. but, aku pesan dalam tegas. "Lepas ni kalau kakak menangis lagi bila ibu hantar ambil kakak, ibu dah tak nak tidur dengan kakak lagi. Pandailah kakak tidur sendiri " Tersesak-esak dibuatnya. Dan dah janji segala. Ok. Will see..

malam semalam aku tanya, "kakak, esok kakak pergi rumah Wan dengan siapa? " Dengan ibu lah.." sambil senyum-senyum.. "kakak nangis tak? " Tak nangis lah bu, kan kakak dah janji. "Ok, good girl!!"

pagi tadi no more drama dah. Dia bangun elok je ambil beg mainan dan baby dia salam cium-cium dengan ayahnya dan masuk dalam kereta... mudahan petang ni tak de drama lagi ye nak!. ibu tak boleh nak stress stress, kesian baby..

I'm Happy mother now!!!!!!! yeayyy!!

Raisha Aneesa buah hati pengarang jantung. Walau suka buat perangai, ibu tatap sayang..
Cuma kadang-kadang je ibu naik hantu...grrrrrrrrr..

Notadirisendiri : Now tengah prepare fizikal dan mental untuk bergelar mother of three..miahahah.. good luck for me then.. *clapclap*

No comments:

Post a Comment

Tenkiu