Thursday, October 4

Cara-cara Nak buang Rasa Meluat!

Eh. korang pernah tak rasa ada satu masa masa tertentu kita akan rasa meluat semeluatnya dengan seseorang yang kadang-kadang takde sebab? orang tu tak buat salah pun dengan kita, tapi rasa annoying gila dekat dia..pernah??

Aku pernah. aku rasa macam nak lempang diri senirik enamplohsemilanratuskali sebab tak pasal-pasal meluat dengan somebody.haihh! mungkin dia tak salah. tapi cara dia kot yang macam bajet bajet so so dan macam nak menayang membuatkan aku rasa macam erkkkkkkkk!

Asal aku bukak fb je aku stress sebab tengok status dia yang melambak lambak dekat home aku..yang aku lagi nyampass tu luar ko sembang lain, tapi yang ko dok show off tu lain pulop.ape kesss? lantak dia lah kan, jadi daripada aku dok meluat menengok status dia yang membolehkan haku jadi stress aku buat cenggini..

Contohlah aku dok meluat dengan adik aku senirik..kang nak unfriend dia perasan pulak kan. tak syok lah kate adik beradik..ko pergi dekat page dia
Ko nampak yang Show in News Feed tu? ko klik kat situ.bagi hilang tanda right tu..tadaaaaaaaaaaa!!!lepas tu ko boleh hidup dengan aman damai ketika berfb sebab status dia dah tak kan keluor dekat home engkorang..bahagia kan?.ce teka mane satu adik saya????*tetibe*

Senang kan??semudah a b c..tapi aku haremm pun tak tahu sebenarnya..sampaila kau nengok kat blog cik sepet ni..lepas tu lelaju aku buat cenggitu kat somebody tu..hahahaha.dia tak tahu kan?*harap-harap lah.

Tuesday, October 2

Kematian Semakin Hampiri

Assalammualaikum..
 
Semenjak dua menjak ni mood aku rasa macam down sesangat. entah ape pasal..mungking sebab aku stress atau jiwa kacau.jiwa kacau? udah sape pulak yang mengkacau kacau jiwa kau tu pong!
 
Hari Sabtu lepas 29 September 2012, aku telah kehilangan seorang atok (ayah kepada ayah aku) ok sedih*.kali ni dah 3 orang dari keluarga terdekat aku dijemputNya.
 
Disember 2011
Ayah mertua aku. Yang ni memang aku terkilan sangat sangat. sebab aku tak sempat pun nak jumpa arwah. ditakdirkan arwah ayah pergi sehari selepas aku selamat melahirkan. Raisha lahir 9 Dis 2011 arwah ayah pergi 10 dis 2011.
 
Arwah ada pendarahan di kepala. Doc ckp strok. ditakdirkan jugak, tarikh arwah koma dan dimasukkan ke hospital sama dengan aku admitted untuk melahirkan.memang aku tak dapat tengok arwah masa arwah di hospital Klang. *sedih*.
 
Kira tak sampai setahun pun aku jadi menantu arwah. tapi bagi aku arwah adalah seorang ayah yang baik dan penyayang. layanan arwah dekat aku memang sangat baik. rasa disayangi. aku ingat lagi masa aku preggy, nak bawak seketul cawan letak kat sinki pun arwah tegur hubby kenapa biarkan aku bawak seketul cawan tu kat sinki.kikikiki..seronok bila kena layan macam permaisuri..=)
 
Seingat aku, 2 bulan sebelum arwah pergi. ada dia singgah dan lepak lepak kat rumah kitorang. ingat lagi masa tu arwah duk lepak lepak kat rumah sambil tengok bola dengan hubby. pastu sebelum balik arwah siap pesan supaya jaga diri elok-elok dan arwah cakap "InsyaAllah, ida nanti senang bersalin nanti ni".Ok nak nangis dah rasa ni*
 
Semoga arwah ayah tenang di SANA. ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan ditetapkan Syurga di sana.Amiinn. Alfatihah.
 
Mac 2012
Nenek aku (Mak kepada mak aku). Sedih ++. Sebab mak aku anak tunggal. jadinya hanyalah kami (7beradik) cucu yang nenek ada. ktorang panggil uwo..
 
Uwo meninggal sebab sakit tua. meniggal dekat rumah mak aku kat manjung, perak. Banyak kenangan dengan arwah wo. disebabkan kami je cucu yang ada (cucu sedara ramaila) jadi wo memang manjakan kami sangat sangat. cakap je ape nak mesti wo cuba dapatkan.
 
Aku sedih sangat, sebab rasanya aku langsung tak da berkhidmat untuk wo pun masa wo sakit. rasa macam cucu tak mengenang budi. rasa macam cucu tak guna. Aku ingat lagi, dulu arwah selalu tanya nanti kalau dia dah meninggal nak tak aku bacakan al-fatihah untuk dia, nak tak aku bacakan yasiin untuk dia..mesti aku cakap nak..Allahuakhbar. sedih sangat.* tapi rasanya aku masih cucu yang tak berguna. sebab rasa macam baru berapa kali je aku bacakan yasiin untuk arwah.Ya Allah..
 
Wo, akak (aku gelarkan diri akak sebab anak perempuan sulong) mintak maaf kalau akak tak selalu sedekahkan yasiin untuk wo.akak selalu leka.alpa.kalau dulu wo ada wo selalu marah dan bising-bising suruh akak solat.akak suka, sebab terasa diri disayangi..hari tu akak ada mimpi wo, mungkin wo nak sampaikan dan nak ingatkan akak supaya selalu sedekahkan al-fatihah dan yasiin untuk wo kan... InsyaAllah, akak akan cuba selalu untuk sedekahkan fatihah dan yasiin buat bekalan wo di sana..maafkan akak.
 
Semoga arwah uwo ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan ditetapkan syurga di sana.Amiin. Alfatihah.
 
September 2012
Arwah atok (sebelah ayah). aku tak sempat pun nak tengok atok dikebumikan. atok meninggal sabtu malam. cadangnya nak gerak pagi subuh ahad tu. tapi Raisha pulak meragam hari tu. menangis je dari pukul 4 pagi. serba tak kena. rupanya nak demam.
 
Atok dikebumikan sebelum zohor. tak sempat tengok. tapi seminggu sebelum atok meninggal, aku dan hubby ada balik jengok atok. masa tu atok dah terlantar dah. sakit tua. sama jugak macam arwah wo dulu.
 
Dengan arwah atok pun banyak kenangan. atok pun suka melayan cucu cucunya. kalau dulu balik kampung. mesti atok rajin nak bawak cucu cucu dia pergi pasar. pagi-pagi atok mesti pergi pasar nak beli lauk untuk wo masak. jadinya kalau pergi tu, apa je yang cucunya nak mesti atok belikan. atok jugak suka singgah kedai minum. mengeteh orang cakap. Ish banyak sangat kenangannya. cucu cucu atok semua, mesti rindu saat saat dengan atok dulu kan?
 
Semoga arwah atok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan ditetapkan syurga di sana. Alfatihah. Amiin.
 
3orang dah dari keluarga terdekat aku yang pergi menghadap Illahi. kadang-kadang aku rasa kematian tu semakin menghampiri. kadang-kadang rasa takut sangat sebab amal ibadah masih kurang lagi. masih tak cukup lagi bekalan untuk dibawa nanti. macam-macam fikir. kadang kala resah sendirian. Allahu Akhbar.
 
Now aku tak tahu kenapa aku rasa macam down sangat sangat. rasa macam nak menangis yang tak tahu apa sebabnya. rasa macam nak meraung sesungguhnya.kenapakah?
 
Dan, now jugak dalam hati aku, aku nak dan teringin sangat sangat untuk jadi tetamu Allah. aku nak sangat-sangat pergi Mekah. mengadap Kaabah. Jadi tetamu Allah. Allahu Akhbar!Semoga suatu hari nanti terlaksana jugak impian aku. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar kepingin untuk menjadi tetamu di tanah Suci Mu itu....................
 
Orang kata, kalau kita ada niat untuk ke sana, insyaAllah akan dipermudahkan kan.perkara baik kan..mudah-mudahan dapat aku dan hubby ke sana nanti. Amiin..