Thursday, August 20

Malang Tidak Berbau ~ Kereta Dilanggar Momokkkkkkkkkkkkk



Malang memang tak berbau ye dak. kereta parking baik depan rumah tak cari pasal dengan orang lain pun jadi mangsa..alahaiiiiii..sedih! jaat tau momok nihh *babab* haaa

Misterius sangat momok langgar kereta aku kan..dah orang yang melanggar tu tak nak mengaku salah. berlapang dada jela anggap momok yang langgar. ~sighhhh~

Alkisah ni ade dekat 3 minggu dah kot berlalu. masa dalam mood dan suasana raya lagi. masa kejadian tu memang ktorang semua tak ada rumah. pergi beraya kat Putrajaya rumah abang aku dia ada buat makan makan sikit. kereta ni park je kat luar memang malas nak bawak masuk.

Tengah sedap lepak lepak kat rumah angah aku tu, jiran sebelah rumah kol hubby. dia tanya kereta rosak ke. bumper kereta jatuh dia cakap. masa tu aku ngan hubb bajet macam jatuh sikit je. sebab aku memang pernah langgar divider bumper tu patah sikit tapi hubb dah pasang balik dah. kot yang tu ke terjatuh ke kan. sekali jiran tu kata jap nak wassup gamba. 

tengok gamba yang dia wassup tergamam masing masing laki bini. terkedu jap. Allah. ni teruk ni..huaaaaaaaaa!! menangis dalam hati.. sobbbbbbss

laki aku dah tak senang duduk dah. mujuq jugak bukan kereta kesayangan dia yang kena.. huhu. tidak kalu mau dia moody 7 hari 7 malam aku syak.. ni dia macam ileks ilekss lagi. dalam pada jom balik jom balik tu dan jugak duduk lepak lepak jap. 

Sampai rumah. jiran jiran kiri kanan semua pun keluar. masing masing pun cerita pung pang pung pang. aku tak amik port sangat. dorang geng suami suami je cerita kat hubby. tapi kesimpulannya masa kejadian tu memang jiran kiri kanan aku ni nampak. cuma diorang duk ngintai dari dalam rumah je. masing masing pun macam takut takut nak buat statement. takut silap kan.

ko tengokk!! bengkok oiiii.. bumper depan tu memang jatuh terus..sportim tayar belah kanan tu pun bengkok. tak taulah cmne momok ni langgar..

berdasarkan cerita jiran ni, dia nampak kereta putih orang perempuan yang langgar. dan kebetulan orang depan rumah aku ni memang ada kereta Alza warna putih. dan memang orang rumah dia yang bawak kereta tu. aku biasa nampak. dan nak sedapkan cerita lagi, jiran tu pun baru pandai pandai bawa kereta. *dengggggg!* ntah ada lesen ke tidak pun tak tau.... Allahu.

suspek masa tu tengah reversed kereta pastu dah terlanggar kereta aku, terus kelam kabut dia bawak kereta masuk rumah sampai ter langgar langgar tong sampah sendiri. jiran aku cakap. tapi silapnya jiran tu pun tgk dari dalam rumah je. dia pun tak keluar. urmmmmmmm..

tak lama lepas tu suami suspek tu pun balik. dorang ni ada bukak kedai makan kt seremban sanun tu. so, laki dia balik hubby aku pun cakap la bla bla bla. terus suami suspek masuk dalam nak tanya orang rumah dia..

keluar je dia cakap " isteri saya kata tak da dia tak langgar. kereta saya pun tak rosak apa apa. kalau abang tak percaya boleh tengok sendiri"

tapi memang pulak kereta dia tak de plak kemek ke calar ke benda. elok je pulak. ntahlah.. dah 3 orang jiran aku nampak kejadian tu. tapi orang tu tak nak mengaku pulak. nak buat guane dak?? berlapang dada lah sayang kataku kepada suami..miaahahaha..

terpaksalah claim insurang sendiri..huaaaaaaaaaaa!. mahal lah tahun depan nak renew insurans asbestos sungguh! malam tu jugak hubby aku setelkan buat report pastu towing terus masuk bengkel.. pukul 3 pagi baru hubby balik rumah. kesian dia.. 

dah 3 minggu kereta di hospital sanun tak tahulah apa kabarnya disana.. hubby ku tu sibuk kebeno nak kol bengkel pun tak dok masa.. bertabahla memasing. InsyaAllah mudahan ada hikmah yang baik baik disebalik kejadian. tetiba dapat derma kereta baru pulop ke. anda menang kereta ke. ye dak??????? mihmihmih.

sedih tau keto ni tak dok. aku suka bawak kereta ni sebab dia auto...bahahaha!


ok. sekian melaporkan. kesian momok tak pepasal dipersalahkan. eh.panjang pulak story aku ye dak..

notadirisendiri : aku ngan hubby beranggapan yang ni semua memang angkara jiran aku tu. berdasarkan kepada saksi kejadian dan jugak tindak tanduk suspek semasa soal siasat..aiceeeeehhh.. memang muka akk tu takut takut macam orang bersalah.. (lepas kejadian pun kereta tu 2 minggu tak keluar rumah ko tau tak) tapi tak mengapalah. pasrah~

No comments:

Post a Comment

Tenkiu