Thursday, September 10

Persediaan dan Amalan Ketika Mengadung

Phewwwww..Now on dah 27w of pregnancy..Sekejap je masa berlalu.. Nak masuk 7 bulan tapi perut kecik nampak macam 5 bulan gitu.. Jangan baby lagi kecik daripada kakaknya sudah. But berat aku naik mendadak dadak je.. 2kg sebulan tanpa syak..Dasat.

Sekarang memang tak nak fikir pasal jantina ke, Nak beli baju ke nak beli segala macam. Cuma nak fokus lebih masa labor je nanti.. Mudahan lebih mudah, lebih cepat dan lebih natural. Aminnn.

Aku memang join group ICAN/ VBAC kat facebook walaupun aku tak ada sejarah csect pun sebenarnya. Ntah macam mana terjoin group tu pun tak tahu ler. Tapi yang pasti aku sangat-sangat suka ilmu yang ada dalam group tu. Macam-macam ada ilmu pasal kelahiran secara natural ni. So, hari-hari pun jengah group bukak files baca dan hadam..

Tengah plan jugak nak join kelas AMANI. walaupun bukan tergolong dalam golongan yang nak vbac. tapi 3rd pregnancy ni kalau boleh surge tu dah tahap 3:1:1 baru ke hospital. (hospital seremban wad bersalin baru oiiiiii..tak sabar hakakk) Oh masih nak bersalin di hospital. belum pernah terfikir lagi nak bersalin di rumah.. mihmih. maybe anak last nanti kot.. nak jugak merasa. haha

Sekarang tengah recall balik pengalaman yang lepas saat labor. Lama mana. Sakit tahap mana sebab nk tahu tahap kebolehan badan sendiri untuk kali ke 3.. Fuhhh. nebes jugak sebenarnya.. boleh ke tidak ni.

Act, anak 1st and 2nd pun dua dua induced. memang sakit.. orang cakap induced lagi sakit daripada natural surge sebab kita paksa baby untuk keluar. So, kalau induced pun aku boleh tahan daripada amik epidural (ubat tahan sakit yg cucuk kat montot tu still ambil) means mesti aku boleh tahan natural surges dengan lebih relaks.. Gambateeee!. haha

Persedian fizikal dan mental kena mula dari sekarang!!!. haha, so saat kandungan masuk 2bulan yang aku tengah sibuk squats, sit up, workout tu (tak tau mengandung lagi) aku anggap sebagai permulaan yang baik.. Ye, ibu mengandung kena banyak workout.. jangan banyak duduk tido baring malas je.. tu yang dalam labor low progress tu.. sebab banyak tido..Rahim pun tak banyak eksesais sebelum labor..

Antara amalan yang aku buat untuk capai matlamat adalah :

1. Workout and Keep Fit
Workout ibu mengandung ni tak susah. Goyang goyang punggung. Gelek gelek. jejoget ikut rentak muzik. Squat. jalan itik pun boleh.. eh. banyak..sila google sendiri. yang ringan ringan je. Selalu dalam toilet je aku dok tergedik goyang goyang. kang nampak dek laki den. kato buang tebiat pulak..hahaha.

Memang aku keep aktif untuk badan sentiasa fit. kemas rumah, vaccum, mop lantai. cuci sental bilik air. Dan rajinkan diri memasak setiap hari.. memang penat. tapi best! So, sekarang pun aku dah mula rasa surge. perut dah mengeras je sikit-sikit. Means rahim pun dah mula bersedia la kan. Mungkinkah akan bersalin awal??

Sumber : Google

2. Breathing teknik.
Pun dah mula amalkan. Eh. pun boleh google tak pun youtube..macam-macam jenis breathing ado. so memang sedang biasakan diri supaya sampai masa nanti dah perfect dah bab pernafasan ni. Praktis make perfect kan..Pun boleh google pasal hypnorbirthing. Bagus untuk lebih relaks ketika active labor nanti.

3. Pemakanan.
memang no fastfood dah.(haritu je sekali KFC Rice Wrap. teringin kebeno tengok iklan tu). mcd memang dah boikot langsung. jangan bby mengidam nak macdi sudah. ibu lepuk nanti. haaaaaa..haha. makan luar pun dah jarang. masak sendiri je. Sayur pun dah kerap jugak masak sebab dah ade geng pemakan sayur..hehehe.

4. Supplement & Makanan Sunnah.
ok ni belum start ape ape lagi. baru rajin rajin kan diri ambil madu je pagi dan malam. Next insyaAllah nak amalkan vco, kurma, habbatusauda dan pati delima. On 36w nak ambil homeopathy birth mix. InsyaAllah..

5. Baca Al-quran
Yang ni on off. Subhanallah. ape la kan.. huhu. tapi yang pasti memang rajin baca yassin dan surah Maryam je. Surah yang lain insyaAllah akan dijadualkan bacaan nanti. 

6. Doa
Yang ni senjata paling penting. Doa, doa doa. Doa biar spesifik. Bagitau kat Allah yang kita nak mudah bersalin kalau bole biar sejam je dalam labor room. Doalah apa juga keinginan kita masa saat kelahiran tu nanti. InsyaAllah..

ok. mudahan tercapai impian dan hasrat menjadi kenyataan. Aicehhhhhh. gambaq makyong tak dak lagi. Maleh pulak nak bergambar. Ok see ya!

notauntukkorang : korang yang tengah mengandung tu, jangan layankan sangat malas dan sakit tu tau. Kalau dah rasa early contraction tu. yang mild manja-manja tu, jangan terus nak baring je. buat la squat sikit. jalan jalan itik sikit supaya rahim pun dapat eksesais sama. supaya progress tu lebih lancar nanti tau tau.. ingat pesan akak ni..mihmih.. insyaAllah.

nak berpantang dengan Maharani boleh Wassup ye. 017-479 6944. Kita ade sediakan set kebabom untuk berpantang..hiksss

Wednesday, September 9

What Moms Need!!

Masa first time jadi mak-mak ni memang gelabah habis.. semua benda pun nak prepare.. Dari segi bajunya, macam-macam lah sampai tak cukup kertas punya nak tulis list.. Dengan stroller sampai beli 2 3 jenis..hahaha. macam batak sangat. padahal anak tak nak duduk pun dalam tu.

Bila anak nak masuk 2, dah macam relaks sikit kan. Tak da kaluit nak beli baju banyak banyak. Nak beli barang macam macam yang kadang-kadang tu tak perlu pun sebenarnya..hehe.. Dah pandai sikit dah jadi 2nd time mother ni..

Lagi pulak bila anak no 2 sama je jantina dengan si kakak. so, semua benda pun recycle je..mihmih..Sian adik..

Nak masuk anak ke 3 ni lagilah nan hadooo.. hahahah..terlebih lebih relaks pulak rasanya.. tak de pun kaluit nak prepare memacam. Jantina baby pun macam malas dah nak ambil tahu. Kalut nak p scan 4d ke ape.. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza.. Cuma sibuk nak tambah ilmu tentang kelahiran je. Supaya lebih tenang, lebih natural dan lebih baik daripada pengalaman-pengalaman sebelum ni.

Pluss kena sedia fizikal mental wwooo. anak dah 3. kekecik lagi.. ommmggeeeee.. Mampukah mak??


Nampak tu..3rd time mother perlukan kesabaran yang tinggi tahap langit ke 7 tu. "Ya Allah, berikanlah kepada ku kesabaran yang jitu dan kekuatan untuk menhadapinya.. Aminn"..Hikss.

Notadirisendiri : Maybe lagi senang kot nak kurusmurus selimmelim lepas bersalin ni bila anak dah 3orang nak kena handle.. Mudahan..Chaiiiyoooooookk!

Monday, September 7

No More Drama!!

Alhamdulillah.. today tak de monday blues.. walaupun lewat sikit sampai. yang penting tak dok drama dah hari ni. Mudahan berterusan sampai ke bila-bila.. Aminn..

Drama. Drama. Drama. Lately, 2 bulan kebelakangan ni Raisha ni macam ada 1 penyakit kot aku syak. yang mana dia nak ayah dia hantar dan ambil daripada rumah Wan dia. penyakit ni ok lagi. tapi yang tak ok nya bila dia menangis semahu-mahunya bila ayah dia tak dapat hantar maka aku yang kena hantar or ambil.

memang drama ok! menangis macam kena dera. Stress mak pagi petang.. 

since ayah dia dah dapat tukar sini, ade lah 2 3 hari aku suruh ayah dia hantarkan sebab aku dah terlewat. kebetulan office pun memang dekat dengan rumah, lalu jalan belakang tak sampai 5 minit je. So, aku pun ngelat suruh ayah dia hantar. Silap sendiri kan..

Tapi dah lama-lama tu dia tak boleh nak tolerated pulak. bila mana ayah dia ada kerja balik lambat, dia still tak nak aku ambil. Sampai je rumah MIL, belum turun kereta lagi dia dah menangis bagai nak rak. Berkepit dekat Wan dia tak nak balik. 

Dah explain elok-elok pun tak jalan jugak. If ayah dia lambat, nak tunggu Pak Lang (adik ipar) pulak hantar balik. Derrrr.. paklang nya pun selalu balik lambat jugak.. kadang tu pukul 10 baru dapat hantar. aku nak keluar balik ambil memang tak rajinlah ibunya pun..

Mula aku biarkan lagi. Eh, makin lama makin lemak pulak dia. Memang dia langsung taknak aku hantar or ambil. Aku dah jadi macam eh, asal pulak dah ni kan. sampai 1 masa aku rasa stress ada pulak setan gelakkan aku sambil cakap " hahahahaha..loser mother! anak sendiri tak nak dengan ko!"

Fine!! lepas ni takdak excuse dah.. Dialog aku dalam hati.. nak ke tak nak ke menangis ke tidak aku tetap hangkut jugak dia bawak masuk dalam kereta. No more excuse!! I'm not a loser mother ok!! haa. marah kat setan balik..

Puas dah aku fikir jalan macam mana nak buat supaya keadaan kembali tenang. Tanpa perlu menangis, tanpa perlu drama. Aku stress, dan i know Raisha pun stress jugak. yela, pagi-pagi dah nangis, kena marah. petang nangis lagi..kena marah lagi..

Ting ting!

I got the idea. Plan pertama aku buat sticker reward. buat list, dan akan reward if dia behave tak menangis masa aku ambil dan hantar. Mula-mula dia macam excited jugak sebab sticker kan. but end up, tak jalan jugak..mihmih.. Aku ugut cakap " ok, harini kakak tak dapat full sticker sebab kakak menangis" Dia jawab " kakak tak heran, nanti kakak boleh ajak ayah pergi beli" kau ghase??

Segala jenis pujukan ugutan tak jalan. Dia tak heran langsung. Ok, aku makin stress!! haha

1 hari tu, dia punya menangis bawak sampai ke rumah.. Aku diamkan je. Pujuk tak mau semua tak mau, aku biarkan je dia nak nagis lama mana. dah penat nanti berhenti lah dia. sampai ke rumah menangis memang macam kena dera. menangis sampai terkencing. Mujuq kencing kat luar rumah. Hoiiii, nak hantu terus mak ko ni..haaa

Aku angkut dia bawak masuk dalam bilik air, lalukan dia bawah shower tu sampai tak boleh bernapas budak tu.. memang geram sangat. kenapa begitu sangat dia buat perangai kan. dengan aku sekali menangis. betul aku feel loser giler..hukhuk.. T______T

But drama still berjalan seperti biasa. T__________________________T.

Jumaat malam kelmarin, dia ajak tido. Oh, Raisha memang nak tido dengan aku je. Taknak dengan ayah dia..

"Bu, jom kita tidur dalam bilik. Kakak dah ngantuk"

" Tak nak lah. Ibu tak nak dah tidur dengan kakak, sebab kakak selalu nangis bila ibu nak hantar ambil kakak kat rumah Wan"

Mulanya aku hanya nak gurau-gurau je. tapi dia punya pujuk tu beria-ia nak tidur dengan aku. Dah alang-alang kan. kita buat drama sikit malam ni.. hikhikhik.

Aku buat tak tahu je dia pujuk merayu menangis. Biorkan aje. Aku amik segala bantal selimut dia letak kat tilam ayahnya. lagilah bertambah kuat dia meraung..hahah. Hubby dah bising time ni sebab dah malam kan. Tapi aku buat tak tahu je.. Bawak Rania ajak tido sekali. Berpelukan dengan Rania. Meraung-raung dia berdiri sebelah katil tu mintak maaf, janji segala macam. janji tak nangis, janji tak nak ayah ambik dah..Hahaha.. 

Yesss!! macam berjaya je..

Dekat 30 minit jugak aku biarkan dia meraung. Sampai termuntah-muntah dibuatnya. Kesian sangat. last aku pun mengalah. but, aku pesan dalam tegas. "Lepas ni kalau kakak menangis lagi bila ibu hantar ambil kakak, ibu dah tak nak tidur dengan kakak lagi. Pandailah kakak tidur sendiri " Tersesak-esak dibuatnya. Dan dah janji segala. Ok. Will see..

malam semalam aku tanya, "kakak, esok kakak pergi rumah Wan dengan siapa? " Dengan ibu lah.." sambil senyum-senyum.. "kakak nangis tak? " Tak nangis lah bu, kan kakak dah janji. "Ok, good girl!!"

pagi tadi no more drama dah. Dia bangun elok je ambil beg mainan dan baby dia salam cium-cium dengan ayahnya dan masuk dalam kereta... mudahan petang ni tak de drama lagi ye nak!. ibu tak boleh nak stress stress, kesian baby..

I'm Happy mother now!!!!!!! yeayyy!!

Raisha Aneesa buah hati pengarang jantung. Walau suka buat perangai, ibu tatap sayang..
Cuma kadang-kadang je ibu naik hantu...grrrrrrrrr..

Notadirisendiri : Now tengah prepare fizikal dan mental untuk bergelar mother of three..miahahah.. good luck for me then.. *clapclap*