Friday, October 31

Berwajah Baru

Assalammualaikum semua!
 
Hari jumaat yang penuh keberkatan. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumiNya untuk sentiasa bertaubat dan berbuat keabaikan.
 
Lama pulak menyepi. Busy sikit dengan prepare untuk meeting dan report meeting.. Mujur Allah permudahkan. Alhamdulillah. Kalau tak kena join meeting ke Kelantan. Adeehhh... Dahlah hubby jauh. Lepas tu nak kena tinggal anak-anak. Tak sanggup rasanya. Si adik Rania tu dahla malam-malam nak ngempeng je. Dua-dua orang anak aku pun macam tu jugak..
 
Masa kakak dulu. Kena kursus kat Langkawi. Malam tu dia punya mengamuk tak nak tidur nangis. Habis 1 rumah tak boleh tidur sama. Last-last hubby angkut sekali ngan Mil pergi Langkawi sanun.. So, tak mau pisang berbuah-buah lagi. Kita tolak awal-awal. Family always comes first.. Sorry le sesangat. Mujur dapat boss yang sangat-sangat memahami. Dia bagi excused tapi dengan pengganti. Alhamdulillah.
 
Haaaa.. so masa tengah konon-konon busy buat report tu. Blog pun under construction. ngheee.ngeehhh.. Upah orang je buat. Sebab aku tak kreatif.. Memang sebelum buat sendiri. Tapi aku rasa macam dah carca marba pulak. So kita ngupah jela. Setel.. Tak payah pening fikir desing, coding segala. Tau-tau dah siap then bayar.


Nih. Aku upah kat adik shedaucu. Adik la kot kan. Sebab aku tengok macam muda belia je lagi.. Ahkak dah anak dua.. Tua sikit dah. Sikit je tau! Hehehe.



Aku memang tercari-cari orang yang boleh edit full blog. Tanya en. google sana sini. Jumpa page sheda ni. Tengok portfolio semua pun cantik-cantik. So terus pm nak servis dia. Fast respon. Senang je nak deal. Tapi kena tunggu turn. So, tak kesah la kan. Yang penting selesai..

Seminggu je. Tup tup tap tap. Siap!! Cantik, simple as expected. TQ sheda.. Baru semangat nak ngupdate belog.


So, cantik tak desing baru blog kite??? hikhikhik.. Cantik kan...cantik kan. .. Nak cantik macam belog kite boleh tempeh kat Sheda ni. Cantik. dan Murah.. Mampu milik gitu..


o.k Daaaaaaaa.


p.s : next entry nak up testimony Maharani, Bio Seleza... Terperuk dah testimony nih..hukhuk..
Bio seleza dah ada stok.. Boleh wa 017 479 6944 ye untuk order!




Thursday, October 2

Tips and Tricks Membeli Proton Compact Car. Proton Baru Iriz

Salam korang.

Siapa dah tengok live Proton Iriz? Cun kan?
Siapa dah test Drive?
Ke siapa dah order??
Haaaaaaaaaa..

Syiokkkkkkk kalau dapat kereta baru kan.
Duduk dalam tu senyum melebar je rasa..
Lepas tu pulak orang dok toleh toleh tengok.
Tiba-tiba rasa bangga menyelebungi diri. Miahahaha.

Saja nak share tips sebelum korang yang berhasrat nak membeli. Haa.
Pastikan korang buat 5 lapisan soalan untuk Tanya diri sendiri tahap kemampuan korang.


Tengok Iriz. Terus jatuh cinta. Minat. Dalam hati meronta-ronta nak sangat beli.

1. Tanya diri. tengok kemampuan. Layak tak nak beli?
Ok layak. dan mampu. memandangkan hutang kereta pun dah selesai. Yess!

2. Ok. kenapa nak beli?
 Keperluan la. kan kereta tu penting. Kalau tak susah lah nak kemana-mana.
Ok keperluan penting. boleh beli. Yess lagi!!

3. Ok. Tapi kan dah ada kereta 2 ketul tu. Kenapa nak beli kereta lain?
Fikir sejenak..

4. Ok. kereta 2 ketul tu ok lagi tak?
Ok. 1 tu boleh jalan jauh. masih gagah perkasa di jalanan. 1 lagi boleh jalan dekat2 jimat minyak.
Fikir.. Hmmmmmm...

5. Ok. Sekarang rasa-rasa perlu tak kereta baru??

TAK PERLU!!! SEBAB NAK KENA HUTANG SEMULA. DAN HARGA MINYAK PUN DAH NAIK 20SEN..

hahahahaha. ok tu je cerita dia. Sebab tiba-tiba sangkut CPUV Proton- PCC ni.

Klik gambar untuk info lanjut ye.

Mamtik lah proton marah sebab tak galakkan orang membeli. hahaha
Akan tetapi kalau uolssssss mampu. Ada duit berlebih-lebih.
Kereta sedia ada tu dah tak gagah lagi.
Silalah bertukar yang baru.

Iolsssss 5 tahun lagi kot baru tukar. Huaaaaaa..
Syukur masih ada kenderaan yang gagah berlari jauh di jalanraya.

Perihal Hikmah

Dulu.
Aku pernah rasa macam cliché je ayat "Setiap Kejadian tu Pasti Ada Hikmah"
Padahal kita wajib percaya di setiap kejadian/ musibah ada hikmah.
Tapi tak sedar.
Memang Allah jadikan sesuati mesti ada sebab. Mesti ada Hikmah
Kenapa Allah tak jodohkan aku dengan sipolan. Ada Hikmah dia.
Kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku nak baby boy. Pasti ada Hikmah jugak.

Sampai  satu masa aku ditegur
Bilamana Hubby kena posting jauh.
Masa tu aku down sangat. Serius aku down. Rasa terduduk time tu.
Aku tak boleh kot nak berjauhan dengan hubby.
Masa tu aku sangat yakin. Aku siap boleh cakap
"tak ape. mesti dapat dekat je ni. Kan kita dah call dan mintak tolong dengan tuan tu"

Aku lupa.
Aku terlalu yakin dengan pertolongan manusia.
Yakin yang pegawai Putrajaya tu akan tempatkan posting hubby dekat area N. Sembilan je.

Manusia kan.
Lupa yang Allah tu ada.
Lupa yang Allah yang sebenarnya gerakkan hati pegawai tu.
Lupa kalau tanpa Keizinan Allah perkara tu tak akan terjadi.

Then bila hubby bagitau dia kena posting kat Johor.
Terpukul sekejap.
Aku rasa seolah-olah Dia cakap..
"Nah!! Nak mintak sangat pertolongan manusia. Yakin sangat dengan manusia tu. Haaa. Sekarang rasa. Dekat siapa kau nak mintak tolong"
Terduduk.
dan Muhasabah diri.

Hikmahnya
Act, aku dah Nampak.
Banyak hikmah yang Dia bagi since Dia jauhkan aku dengan Hubby.
Dia nak panggil aku dekat denganNya.
Dia nak aku hanya meletakkan kebergantungan Hanya pada Dia
Dia nak aku hanya mintak, merayu, memohon hanya pada Dia.

Dan paling terkesan.
Dia nak aku sedar.
Tanpa izin Dia. Tanpa pertolongan Dia.
Tak akan satu benda pun boleh jadi kenyataan.

Sekarang.
Aku sedang cuba untuk meletakkan kebergantungan sepenuhNya pada Dia.
Yakin dengan rezeki, ajal maut, jodoh semua ditanganNya.
Percaya bahawa tak ada satu pun kekal hak milik kita.
Semuanya kepunyaan Dia.

Sekurangnya
Bila tiba masa dia menjemput insan-insan kesayangan aku pulang.
Aku dah bersedia.
Bahawa setiap yang dipinjamkan, pasti akan diambil semula.


Dan.
Sematkan bahawa setiap pertolongan yang aku hulurkan bukan dari aku.
Tapi dari Dia.
Aku hanya perantara.
Nanti taklah rasa sakit bila hati terdetik
"Time susah cari aku. Time senang lupa. tak Nampak bayang. Gitu.


Sekarang
Aku lebih tenang.
Lebih Redha.
Lebih bahagia.
Alhamdulillah. Diberi kesedaran.
supaya tak terus leka dan hanyut..

Hikmah.
Perlu dicari.
Kenapa begitu
Dan kenapa begini.

Sesungguhnya Allah MAHA Pengasih lagi MAHA Penyayang.
Dan tidak sekali-kali Dia menzalimi Hamba-hambanya.
AllahuAkhbar.

p/s : Aku masih belum baik lagi. Masih belum cukup sempurna iman. Tapi sedang berusaha ke arah itu. Moga Allah beri petunjuk dan HidayahNya kepada kita semua. Aminnn..

Wednesday, October 1

CPUV Nuffnang Menari Tari

Alhamdulillah. Segala puji syukur hanya bagi Allah.

Happy sangat. sangat. sangat!!!
Pagi ni saja bukak Nuffnang
Aku memang suka jengah Nuffnang tu. Suka nak tengok berapa ramai yang dating melawat. Hehe
Pastu check keyword segala bagai. Kadang kelakar je keyword yang orang cari.
Tapi paling femes pasal Herba/ Jamu Ketika Berpantang
Bagus sangat sebab ambil berat pasal bab-bab pantang ni.
Untuk kesihatan dan kesejahteraan untuk masa hadapan.


Ok balik cerita CPUV.
Sekali tengok.

Sekali 4 on going..
Syukurrrrrrrrrrrrrrrrr... Rasa nak terus sujud syukur je tau.
Haaa. Poyo je kan.
Tapi memang betul-betul buat aku happy pagi ni.

Nak dapat 1 CPUV Nuffnang pun merangkak tau sebelum ni.
Aku selalu tengok orang dapat. Rasa macam bestnya. Bila lah turn aku plak kan.
Pastu dah dapat satu. Tiap bulan tu masuk satu satu je.
Mulalah rasa bila aku nak dapat banyak-banyak pulak.. Ha gitu...
Bukan tak bersyukur. Tapi nak lah jugak merasa kan.Hehe
Alhamdulillah. Allah izinkan. Heeeeeeeeeeeee.

TQ jugak kat Nuffnang ye sebab Nampak jugak blog kite yang suam2 kuku ni.
Bolehlah menabung sikit-sikit lama-lama jadi Gunung. Hee.

Ok. tu je nak story.