Wednesday, August 29

Mengetest Lagi

Ahaaaa! kali ni mengetest update via wonder aku plak..menjakon je ko kan...haha.

macam best pulop..rase nk tulis,tulis je.eh,tulis ke taip??huk! tapi kenapa kalu attach gambo keluo cenonet cenggitu je?mcm tak best plak cennonet gamba tu kan..hmmm~


gambo ma famalia at melaka raya ke6 ritu.ni tak cukup lagi sorang.abang de ku.last minit kena koje pulak.~kesian ko de~

ce nengok plak kalu hupdate via wonder ku ini jadi cenggana pulak kan?

Sent from Ma Wonder. ko hade?

Wordless Wednesday


Ha! Nampak tak kereta kat belakang kami tu. Tula kereta baru kami. Syhhhhhhh! Sesenyap je tau. Haritu jenjalan pestime bawak naik cameron haighlands. Best ku cakap kau. Very the smooth perjalanan kami itu. Nak pinjam?? Sila tinggalkan komen ye.sape cepat dia dapat. Hikkks.

Pssstt: Nampak macam keluarga bahagia kan sekali dengan kereta gah itu.hehe. Jap, tetibe rase cam nak tambah ahli baru. Tapi hubby suh tunggu dulu. Hmmmmm.
Korang rase????

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Testing Powering

 
Power sangatla kan. Kihkih. Entah apa yang power pon tak tau! Sebelum tu nk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 0-0 ok?
Yang nak testing tu ialah update blog through BB dan yang power tu mestilah BB ku dan ku jua.hahaha.

Actually ku da tahu boleh update melalui BB je tapi ku tak tahu gimana caranya nak explore sendiri malas kann. Jadinya secara tak sengaja berblogwalkings terjumpa tutorial acamane nak ngupdate.

Best jugak ken kalu dapat update cmni. Mudah dan senang.aku pun bukan rajin sangat nk update bagai bukak lappy ke pc ke. Kurang kerajinannya. Ipad? Tab? Lagila tak rajin kau.leceh. Dapatla guna boss ku punya tab berbulan-bulan. Jenuh makkk! Memula je excited pastu hampeh! Nasib tak beli 1 hahaha.

Agak2 menjadila kan. Hik. Dah! Jom cikidaut gambo cikenit ku itu menggosok gigi.
Gosok gigi ke gosok gusi wehhh? Gigi baru 2 batang kau! Sumpah comelllll!grrrrr

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, August 15

Wordless Wednesday


psssstttt : Sebelah rumah aku ini baru masuk orang baru..Ada anak sorang boy n now tengah prggy for two! Yang bestnya nama anak sulung dia Raiqal Iskandar ( 1 tahun 8 bulan ) and dah reserve nama for 2nd baby Raisha Izara..heheheh. Sekali sembang-sembang nama anak aku pun Raisha..hak2. sama pulak nama anak kita kennn..sedap kot nama Raisha ni kannnn???

*gambar besday girll senyum lebor ken..yang boy sebelah tu pening mikior kang besday girl mintak macam2..hikkksssssss. Birthday aku last monday haritu. Dapat 2 handbag. 1 handbag raya and 1 handbag birthday..yeaaayyyyyyy! boleh?

Wednesday, August 1

~Sekian Lama

Blog dah cantik.Nak kata buzy sangat pun tidak. Nak kata hectic sangat life kau pun tidak. Dah tu tak reti-retik nak update blog kau ni????( sound dirik sendirik.)
Buzy pun tidak,  ape pon tidak tapi tak tahu nak mula dari mana dan macam mana. Ikutkan banyak rasanya yang nak dicoretkan disini.Tapi tidak tahu gimana.ha ha ha.

Sebelum tu, nak kredit dulu untuk Cik Nabila kita ni.. Sebab dia dah buatkan blog cantik dan nampak sweet gituuuuu. Sedap je mata memandangkan..Tengs Nabila!!!Rasanya Nabila ni muda lagi. Muda belia hokehhh.tapi sangat kreatif.. i Likeeeeeeeeee..Ahkak sukaaa deeekkkkk.
Hokeh kita update cepat-cepat dan simple-simple.. flasback jela ye...
1. Puasa
Sekarang ni dah 11 hari kita berpuasa. Pengakuan ikhlas nihhhh..Ahkak belum berkesempatan lagi masak juadah berbuka untuk hubby.. Sob.Sob.Sob. Sedeyhhhhh~ (Mak mertua ahkak baca sumpah ahkak kena maki berjela-jela..Menhantu pemalas..ha ha ha).
Niat hati kau memang nak sangat masak untuk hubby. Tapi entah kenapa tahun ini puasa tersangatlah letih rasanya kalau nak compare dengan tahun lepas *preggy* steady jeh. Tapi tahun ini balik rumah je dah lembik badan. Mane nak layan si kenit Raisha lagi. Dan bila tanya hubby je, 
'B, nak buka apa hari ni? Nak masak apa? 
'X yah la yang. Kita beli jela.
'Okeyyyyyyy-panjang okey kau kan.. seronok sebab tak payah masak.
Haihhhlaaa. Mudah-mudahan diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk masak juga juadah berbuka hubby sebelum berakhirnya Ramadhan. Amiinnnnnn..
2. Alkisah Raisha.
Okeh bab ni banyak sangat nak di-story-mory-kan. Anak dara ahkak sorang tuh semakin besar dan semakin lasak. Sejak-sejak dah expert merangkak dan sudah mula meniti, berdiri ni adehhhhhhhh! Makin tak terkawal ahkak. Tak boleh duduk diam walau sesaat jua. Ada saje kerjanya. Ke sini, Ke sana. Ahkak letihhhh. Tu belum lagi dia dah pandai berjalan nanti.. Mau jadi mak Lampir ahkak kau ni jerit "Aichaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Aichaaaaaaa sini!! Aichaaaaaaa jangaaannnnnn!!! Aichaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!. pfttttt~
- Jatuh Katil
Adehh. ni paling sadis. Aku punya la berjaga-jaga. Punyala menantang anak ku itu bagai menatang minyak yang penuh, sekali akibat kelalaian sendiri, jatuh jugak katil..*padah*. Dah tahu anak kau dah lasak biar tido lagi atas katil buat hape??SEdeyhhhhhh sangat. Rasanya aku la yang menangis paling over.ha ha ha. Raisha da berhenti nangis, aku masih lagi nangis. Kene sound dengan hubby, baru senyap. hik.. Serba salah sebenarnya tau + takut jadi hape-hape kat anak aku kan.. Ibu janji tak akan berulang lagi ye Raisha sayang...*PROMISE*
 -Muka sehari lepas jatuh katil..Alhamdulillah tak ada apa-apa yang memudaratkan. Parut pun tak ada jugak..pfffftttttttt~.

- Raisha Sepanjang 7 bulan
Now umur Raisha dah 7 bulan dan nak menginjak ke 8 bulan.. Seronok sebenarnya tengok anak membesar depan mata. *BAHAGIA*. Semua kelakuan dia sangat menghiburkan hati. Meh nak review sikit  sepanjang tumbesaran Raisha hingga 7 bulan ni.
 1 bulan
okey bulan pertama ni agak mencabar. Dalam pantang kan. Raisha pun asyik meragam je malam-malam. Sampai pagi kadang-kadang. Tapi bukan ahkak tak tido malam jaga, tapi uwo dia yang berjaga sebab masa dalam pantang Raisha tak nak sangat dengan ahkak kau ni..belum boleh cope lagi hagaknya. Masa ni dah pandai kena agah. Orang agah je mesti muka dia ada sinyummmmmm..manissss =).
 2 bulan
Habis je pantang, terus balik nogori.. Tak sampai hati kau nak tinggal incik hubby lama-lama kan. Kesian. Mula-mula takut jugak tak boleh nak handle sendiri kan. Tapi Alhamdulillah, semuanya run smoothly. Raisha pun tak meragam malam. Tido lena je. Cuma siang je dia asyik cranky. Ahkak kan coti 3 bulan. Heaven je rasa duduk berdua kat rumah.
- Dah pandai gelak-gelak.
- Mulut pot pet nak menyembang
- Dah pandai nak memegang barang.

 3 bulan
Semakin besar Raisha, semakin senang nak jaga. Mase Raisha 3 bulan badan dia dah agak tegap. Kepala, leher pun dah tegap sebenarnya since dari 2 bulan lagi. Jadinya, aku pun dah mula ajar-ajar dia untuk duduk. Tapi ramai yang tegur sebab nanti takut dah besar dia bongkok sebab tulang dia kan lembut lagi. Raisha memang tak suka baring. Mesti dia marah. Dia nak duduk macam orang dah besar.
- Dah mula bergolek kiri kanan
- Mula belajar nak meniarap. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak lepas.
- Kuat memegang barang.
4 bulan
- Dah expert meniarap. Meniarap-telentang-meniarap semula.
- Paling best dah pandai pegang botol sendiri..yeaaayyyyyyyyyy!!!
- Angkat kaki. Hisap ibu jari kaki. Adehhhhh~
5 bulan
- Murah dengan senyuman. Dekat semua orang pun dia akan senyum.
- Dah mula menyusup. Tapi selalunya ke belakang je perginya.
- Angkat-angkat punggung sikit-sikit.
- Boleh duduk dengan sokongan.
6 bulan
- Boleh duduk dengan jayanya tanpa sokongan. Yeaayyyyyyyy!!
- Mengangkat punggung dengan lebih tinggi seperti nak merangkak.
- Dah kenal orang dan tak nak dengan semua orang kecuali dengan orang yang dia biasa.
- Dah mula merangkak. Tapi slow. Lepas tak lepas je.
- Pandai senyum depan kamera. " Raisha amik gambar, amik gambar"- Ngeeeeeeeee- Snap!!!

7 bulan
- Main.Main.Main.Nak main je kejenya.
- Sangat expert merangkak. Lajuuuuuuuuuuu je.
- Merangkak- duduk- Merangkak semula. Memang kegemaran Raisha. Kadang-kadang pusing-pusing kot tu je dia.
- Dah mula berdiri dan meniti. yeaaayyyyyy! xlama lagi boleh jalan.
- Tengok muka ayah= Main. Ibu= Tido. ha ha ha
- Semakin lasak + aktif. Letih ahkak dah tau.

3. Pengesahan Jawatan.
Alhamdulillah..Ini yang sangat-sangat ditunggu-tunggu. Sah dalam  jawatan!!. Sekarang dah hampir dekat 3tahun ++ ahkak berkhidmat dekat FAMA ni. Jadinya, lega sebab dah sampai surat ini dan tak perlu nak pergi induksi untuk kedua kalinya. Yessss!!!. ha ha ha. Bila dah dapat surat sah ni, macam-macam dalam kepala hotak ahkak ni dok pikir. Dah tentu-tentunya mestilah nak miliki rumah sendiri kan??? *Excited*. Duit KWSP. Hurmmmmmm, tak banyak pun dapat. Yela, sebelum ni ahkak tak pernah ada pemotongan pun kan. Duit ni pun dah plan siap-siap untuk buat rumah je. (Tak dapat nak coti-coti Malaysia ke Singaporian. *sedeyhhh* T.T)

4. Rumah
Alhamdulillah jugak pasal yang ini. Sebab dipermudahkan oleh-Nya. Alkisahnya aku nak beli rumah 2nd je. Yela, mana nak mampu sekarang ni nak beli rumah baru yang harganya ribu riban tu wehhhhhh. Tapi dah rezeki kan dapat juga beli rumah baru yang mengikut kemampuan ahkak di Negeri Sembilan ini. Rumah tu pun betul-betul tinggal 1 lot je. Fuh, lega dapat juga dekat kami. Hik..*Excited ++++* Ahkak kau ni memang tak pernak impi pun nak beli rumah besar yang bertingkat-tingkat sebab penakut kan?? Tunggu ahkak beranak 18 dulu baru boleh beli. Ha Ha Ha..Tunggu hujung tahun depan baru boleh duduk..* Hari-hari pun nak lalu depan rumah tu nak tengok progresssssss.*
Rasanya tu jela kot yang nak di riview. Nanti kalau ada lagi kita buat next entry pulak ye. Semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan Rahmat-Nya. Aminnnnn.

notakakitangan : patutnya hari ni Wordless Wednesday kan, tapi suka hati ahkak la nak buat entry berjela. Hari ni ada Iftar dekat ofis. Nak bawak Raisha datang sekali nanti. Mudahan mood dia ok dan tak meragam bila tengok ramai orang yang tak dikenali..Kbai.