Wednesday, April 18

Wordless Wednesday.

Kenapa Wordless Wednesday??
Bukan Wordless Monday??
selalu kan semua orang pun Monday Blues je
So, buatlah Wordless Monday.
ape kena mengena?
lepas ni nak try buat Wordless Monday lah.
boleh????
okebai.sekian.

Monday, April 16

Surat Cinta Buat NRA

Buat NRA yang dicintai...


Ibu sayang sangat dekat awak. Ibu terlalu menyayangi dan mencintai awak. Ibu nak awak tahu itu. Ibu juga mahu yang terbaik saja untuk awak. dan ibu sedang dan akan selalu berusaha yang terbaik untuk awak.

Sejak kebelakangan ini, ibu sangat resah. ibu terlalu susah hati. pelbagai perkara negatif yang ibu fikirkan. bermacam-macam banyangan yang tidak enak selalu ibu bayangkan.. semuanya mengenai awak sayang..Ibu bukan apa, ibu sebenarnya belum siap untuk hidup tanpa awak. ibu belum siap untuk merasa kehilangan awak. ibu juga belum siap dan tidak pernah sanggup untuk menanggung rindu yang teramat sangat pada awak untuk bertahun-tahun lamanya kelak.

NRA sayang, ibu nak awak tahu, sedangkan ibu baca pengalaman ibu-ibu di luar sana yang kehilangan bayi mereka, sudah cukup buat ibu sesak dada. cukup buat air mata ibu mengalir tanpa henti. inikan pula jika ibu yang berada ditempat mereka. ya Allah, tak sanggupnya ibu, sayang. bagaimana akan ibu hadapinya. apakah ibu mampu untuk menanggungnya.

Sesungguhnya ibu benar-benar tidak sanggup, tidak mampu untu menghadapinya sayang. ibu resah sangat tatkala berada di tempat kerja. setiap detik pun ibu fikirkan tentang awak. setiap detak jantung ibu hanya ada awak, awak dan awak..

Ibu selalu fikir yang terbaik untuk awak. tapi kadang kala ibu sendiri keliru dan tak tahu apa yang terbaik untuk awak sebenarnya. ikutkan hati ibu sayang, ibu hanya mahu berikan awak susu ibu sepenuhnya sehingga awak benar-benar kuat untuk menerima makanan lain. tapi ibu gagal sayang. ibu tak mampu untuk pertahankan. banyak hati yang perlu dijaga, banyak pihak yang perlu dijaga kepentingannya. sehinggakan kadang kala ibu telan segala kepahitan itu sendiri.

sesungguhnya ibu rasa ibu benar-benar gagal. Seawal usiamu 4 bulan ibu terpaksa berikan nestum @ cereal. akan tetapi ketahuilah bahawa dalam hati ibu hanya tuhan yang tahu. segala ketakutan itu, segala kerisauan itu ibu pendam sendiri. tidak mampu dan takut untuk ibu luahkannya walaupun pada ayahmu sendiri, sayang.

Alangkah bagusnya jika ibu sendiri dapat menjaga awak. dapat mendidik awak. alangkah indahnya sayang!.tapi, maafkan kami. maafkan ibu dan ayah kerana kesederhanaan kami membuatkan ibu perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan seharian kita kelak.

Raisha sayang, hari ini pada waktu ini, ibu berasa tersangat sangat 'down' segala keresahan itu tidak dapat ibu bendung lagi. apatah melihat awak yang mengalami selsema. dan sehari dua yang lepas awak kelihatan lesu dan tidak seceria selalu membuatkan hati ibu mula dihimpit keresahan yang amat sangat. sehinggakan keresahan itu, ketakutan itu ibu luahkan dengan tangisan yang sangat pada yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ibu pohon sangat diberi kekuatan dalam menghadapai segala-galanya.

Raisha yang ibu kasihi, ketahuilah bahawa ibu terlalu menyayangimu. awak adalah anugerah terindah buat ibu dan ibu pasti ayah juga begitu. ibu tahu, awak hanya pinjaman daripadaNya sebagai penyeri dan pengerat kasih sayang dan cinta diantara ibu dan ayah. ibu juga tahu, akan sampai masanya kelak, awak, ibu dan ayah semua akan dijemput pulang juga olehNya. namun, doa ibu andai sudah tiba masanya itu nanti, biarlah DIA menjemput kita bertiga pulang bersama-sama..Dan terus adakan kita bersama di syurga yang hakiki kelak.

Akhir kata sayang, andai satu saat nanti awak sudah pandai membaca. bacalah isi hati ibu ini. sesungguhnya ianya lahir daripada hati ibu yang paling dalam. segalanya untuk awak, Raisha sayang. Doa ibu, moga Raisha menjadi anak yang baik, taat, patuh pada ibu, ayah dan dan taat padaNya juga. jadilah permata yang bersinar dan boleh menyinari apa yang ada disekelilingmu sayang. moga Raisha menjadi kebanggaan ibu dan ayah..


 
p/s : entry ini ditaip penuh dengan perasaan kasih dan kecintaan seorang ibu kepada anaknya!.

Tuesday, April 10

Selamat Ulangtahun Hubby!


Selamat Ulangtahun Hubby!!

Sebenarnya birthday hubby dah lepas dah. 7 April haritu.
Tak sambut pun. Eh, sambut tapi kecil-kecilan saja.
Hanya ada saya dan Hubby. Raisha?
Raisha dah tido. hik. Bagi peluang dekat ibu dengan ayah. Muahaha.

Niat hati nak supprise hubby on dat that.
Maknanya tepat-tepat 12 malam pada 7 April haritu.
Tapi tak dapat nak supprise sangat. huk!
Sebab saya yang telah disupprise dulu oleh hubby!! haha~
Kelakar.

Tap...tapi... saya tahu hubby agak terharu dengan usaha saya untuk suprisekan dia..
kan sayang?????he.
Love U lah!

Hadiah????????
Rahsia!!!!!! hik.
rasanya hubby suka kot hadiah yang dia dapat haritu.
suka tak sayanggggggggggg??
Menda yang diidam-idamkan..=p

Oklah nak dedicate sikit untuk hubby.

Dear Hubby,
Selamat ulang tahun ke-26 sayang!
Semoga B dipanjangkan umur, dilimpah ruahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan,
ditenangkan hati dan semoga semoga B sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya.Aminnnn.

B,
dah tua!!
jangan nak perasan muda sangat tau.hik

B,
semoga hubungan kita akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.
semoga kebahagiaan, kesenangan, ketengangan,
milik kita bersama.

B,
akhir kata, tak tahu nak kata apa dah.

cinta dan sayang U selalu lah!
tiap hari sayanggggggggggggggggggggg~


Friday, April 6

Alkisah Raisha Dan Botol Susu

Di suatu petang yang hening. Di saat awan mulai gelap. Guruh berdentum-dentum dan angin bertiup kencang. Haha. Dah macam nak buat karangan " Di suatu petang yang hening....................... sila sambung ayat tersebut menjadi sebuah cerita yang menarik. Tidak melebih daripada 800 patah perkataan.. Boleh????
~ Sungguh Adorable!!

Bila sebut pasal botol susu ni, sebenarnya aku ni bukanlah seorang ibu yang berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif. Sebab Raisha dah start minum FM mase umur dia 2 hari. ~SEDIH~. Susu tak mandang.

Malam pertama selepas keluar hospital, Raisha menangis tak henti-henti. Disebabkan susu tak berapa nak mandang, TERPAKSA bagi minum FM. Tapi mungkin juga sebab malam tu arwah ayah mertuaku dijemput Ilahi, jadi Raisha turut sama rasa sedih kot.

Sejak tu Raisha suka sangat hisap botol. Minum FM. Sebab susu aku masih tak mandang. Adala, tapi sikit sangat. Raisha tak puas hisap. Mujur ada Mama AyuArissa yang baik hati bagi Raisha susunya. Tengs Mama. Hik.

Lepas tu dah balik Perak ( berpantang ) urut kat sana, baru air susu mencurah-curah ke ladang gandum. Suke! Tapi Raisha pulak dah seronok hisap pakai botol. Tak nak dircet BF dengan aku. Sedih sangat. Siap paksa-paksa suruh Raisha BF jugak. Raisha menangis mengamuk tak nak BF, aku pun nanges sama. Haha.

Tak lama lepas aku nangis sama Raisha dan ngadu dekat hubby, tetibe je Raisha refused untuk menyusu guna botol dan nak BF. Menempel jela dekat aku. Mungkin berkat doa aku + hubby sama. Alhamdulillah. Dan sejak tulah Raisha terus tak nak guna botol. Kalau bagi je, mesti Raisha tolak-tolak guna lidah. Pelik!

So semalam, tergerak pulak hati aku nak bagi Raisha guna botol ( susu ibu ok, bukan fm ). Excited!! Raisha pegang botol sendiri weh!. Menjerit aku sorang-sorang. Seronok! ( Tak dapat share dengan hubby sebab hubby balik lambat T.T ).



Raisha pun seronok dapat pegang botol tu. Mule-mule Raisha macam main-main je. Tapi lepas dah dapat rentak hisap tue, bukan main laju lagi dia hisap. Sampai susu dah habis pun, tak lepas lagi puting tue. Hehe. Sumpah comel!! 3oz habis. Alhamdulillah.

Lega sikit aku. At least Raisha nak jugak guna botol. Tapi kena praktik selalu bagi mahir. Kan praktis make perfect. He. Lepas ni tak la susah hati kalau nak tinggal Raisha. Mane tau kene pergi kursus ke kan. Fuhhhh~.

Terima kasih Allah, Kau permudahkan urusanku.


Si kecil ini memang sangat-sangat sentiasa buat ibu rindu. Raisha yang sangat manis + comel + bijak. Owhhhhhh. Bahaginya. xoxoxoxox.

Pssssssst : *weh, meluat orang baca asyik nak angkat anak ko tinggi-tinggi je.*

Ade aku k??? Anak aku memang comel ape. Haha. Larikkkkkkkkkkkkk~

Okebai!


Thursday, April 5

Raisha Aneesa di Majalah PA & MA

Verangan gambar Raisha ni jadi Penghias Kulit Majalah Pa & Ma. Hik~

Tetiba terexcited nak join contest Bayi Bulan Ini dekat Majalah Pa & Ma.

Alkisahnya, semalam on9 fb through phone. Tetiba eh, ada contest untuk Bayi Bulan Ini dekat Majalah Pa & Ma. Cepat-cepat klik link nak join contest. Time tu tengah pegang Raisha terus suruh hubby yang jaga Raisha jap sementara ibu nak join contest ni..hik~

Sekali, alahai kecik pulak screen phone nih, susah nak tengok. Terus bukak TAB yang konon-kononnya harta sendiri itu.. ha, puas!

Terus join contest. Jom cikidaut! Antara syarat-syarat penyertaan :

1.Peraduan BAYI BULAN INI - Terbuka kepada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.
2.Hanya penyertaan dengan gambar “close-up” terbaru yang jelas dan menarik sahaja yang akan dinilai. Gambar kabur atau imej terlalu kecil tidak akan dilayan.
3.Pertandingan akan berterusan setiap bulan sehinggalah dimaklumkan oleh pihak editorial web kelak.
4.Bukti e-mel tidak boleh menjadi bukti penghantaran.
5.Pihak kami tidak bertanggung jawab terhadap gambar yang tidak sampai atau dengan borang penyertaan yang tidak lengkap.
6.Sebarang pengesahan mengenai penerimaan gambar tidak dapat dilakukan oleh pihak kami sepanjang pertandingan ini berjalan.
7.Sebarang perubahan hadiah tertakluk kepada pihak editorial web.
8.Pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi. Peratusan markah dibahagi kepada dua iaitu 30% undian melalui web dan 70% undian dari pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Pihak editorial web berhak menggunakan gambar-gambar yang dihantar untuk tujuan promosi dan aktiviti berkaitan laman web dan majalah Pa&Ma.
9.Setiap peserta boleh menghantar HANYA SATU penyertaan sahaja.

Nak join?? Klik SINI

Act, senang je nak join contest ni. Tak renyah pun. Agak-agak anak korang comel-comel sokmo macam anak i *pangggggg!* haha, jom la join.

Tapi yang bestnya pulak plus pelik sikit, kita boleh undi seberapa banyak mana yang kita suka. Maknanya, korang boleh klik undi untuk bayi mana yang korang suka banyak kali. Sampai bosan!

Dan aku sendiri klik untuk Raisha entah untuk berapa kali dah. Haha~

So, kalau korang nak tolong aku UNDI Raisha, silalah Klik Sini.
Klik dekat UNDI Peraduan Bayi Bulan Ini. Cari nama Nur Raisha Aneesa bt Muhd Farizan yang ada gambar seperti di atas dan sila klik UNDI itu banyak-banyak kali ye. hik~ ( Jangan Klik nama Raisha yang tak ada gambar ye. Aku tersilap mase mula-mula join. Huk~)

pssstttttt : Mane tahu ada rezeki Raisha dapat jadi Penghias Kulit Majalah Pa & Ma. *verangan* ^^,