Thursday, September 11

Raisha Aneesa ke Klinik Gigi for the First Time!!

To do task yang dah lama gila nak buat. Tapi asyik bertangguh je. Mungkin ibunya yang belum bersedia kot. Ntah.

Tapi sejak dah ada niat nak bawak Raisha. Aku selalu cakap kat dia nanti kita pergi jumpa doctor gigi ye. Always. Sampai kalau aku cek nak tengok gigi dia. Mesti dia cakap
Cantik tak gigi kakak ibu.
Eeeee.. tak cantik. Ada ulat.. yerrrrrrrkk!!
Ok. nanti kita pergi jumpa doctor ye bu. pegi cucuk gigi.

Haa. gitulah pemahamannya. Maybe belum dapat gambaran lagi kot jumpa doctor gigi tu macam mana ye.

So, today is the day! memandangkan boss pun tak ada kat office. Meeting. Kita pun amik masa keluar sekejap untuk setel urusan gigi Raisha. Lolss.

Klinik pergigian, Klinik Kesihatan Senawang.
Tak ramai orang pun. Aku sampai dalam pukul 11.00 pagi lebih kurang. Ada dalam 5 orang je.
Semua orang pun takut nak pergi klinik gigi ekkk??
Sama macam aku. Bahahah.

Act, Raisha tak ada masalah pun dengan gigi dia. So far ok je. Cuma macam ada 1 gigi tu je macam nak berlubang.
Biasa ah, budak. Gula-gula, aiskrim. Semua tu kegemaran. Raisha pulak memang suka benda manis-manis ni. kalau tak jaga gigi memang senanglah nak rosak kan.

Plus nak gosok gigi pun kadang-kadang liat. Kadang-kadang ibu yang malas. Miahahah. Kadang-kadang dia nak gosok sendiri.
Confirm la cincai je gosoknya. Asal sudah.

Oh. btw aku nak biasakan Raisha dengan suasana klinik gigi, dengan doctor gigi.
supaya dia tak takut dengan doctor gigi. Macam ibu dia.
Aku sakit macam mana pun gigi tak akan pergi klinik
Tanggung sendiri-sendiri. Trauma ke camne ntah.
So, tak nak anak-anak ibu nanti macam tu ye.

Aku nak anak-anak nanti gigi  cantik-cantik je.
Sebab bila gigi tak cantik nanti mesti selalu rasa rendah diri.
Nak bergaul dengan orang pun macam malu-malu -_________-
So so. kita jaga dari kecil ye nak. Biar gigi cantik nanti senyuman manis saje.. (=


Pagi otw nak hantar pergi rumah Wan aku dah siap pesan.
Nanti pukul 10.00 ibu dating ambil kakak bawak pergi klinik gigi tau.
Dia dah macam excited je.
Oh cukup suka kalau dapat pergi jalan berdua je tanpa adik.
Suka nak jadi anak tunggal eh? boleh manja lebih-lebih eh?

Nah! tepek gambar ibu sikit.
Setengah jam tunggu. Okla tak lama sangat.

Ini rare. Alat pergigian tahun bila tak tahu. Tak da tulis pun.
Ke aku yang tak baca.
Yang dia tulis awasi anak anda. Sebarang kecelakaan tanggungjawab sendiri. gitu..

Masuk dalam bilik rawatan tu Raisha dah macam pelik-pelik dah. Mesti macam..
Eh. ni ke klinik gigi. macam ni ke. Macam upin ipin ke.
Aku syak jela.
Tapi Raisha memang cool gila. Ibu yang rasa macam nebes tak tentu pasal. Miahahaha.


Suruh pandang buat peace nak ambik gambar pun mata dah melilau lilau.
Habis satu bilik dia pandang tengok tapi tak Tanya apa-apa pulak.
Raisha kan suka apa tu bu. Apa ni? Kenapa tu? kenapa ni?
Dia teruja sampai tak terkata maybe. Tapi tetap cool.
Ibu bangga nak!!

Lepas tu akak nurse suruh baring.
Nurse je yang handle ni. maybe sebab check biasa je kan.
Tapi nurse ok. baik. manis. Pandai amik hati budak Raisha ni.
Muka cuak tu. Tapi masih lagi cool.
Aku risau dia menangis ke. Terus tak nak check ke.
Tapi mood dia baik sangat pulak time ni.
Dua kali lagi ibu bangga.

Masa ni pun baik jugak.
Nurse suruh nganga bukak mulut nak tengok gigi.
Raisha ikut je. Tak ekk ke ukkk sikit pun.
Tiga kali lagi ibu bangga!!
Akak nurse pun bukan main puji lagi.
Nama sedapla. Comel la. Baik la. Pandai la.
Budak kan. Kau puji dia comel dia punya bangga tu. macam
Akulah paling comel dalam dunia!!

Aku selalu perasan. Kalau aku puji-puji Raisha cakap dia baik. pandai. behave
Memang dia akan behave sangat.
Dan  aku paling tak suka parents yang suka cakap nakal la. Degil. kat anak-anak
Tu satu doa kot. Dah kau kata dia degil. nakal.
Dia degil dan nakal betul-betul kau marah.
Dah tu??

Ok. Act gigi Raisha memang tak ada masalah pun. Budak lagi.
Nanti gigi susu akan gugur jugak tumbuh gigi baru.
Tapi tak nak lah nanti sementara nak tunggu gigi baru tu
Rongak je. Tak comel ah anak ibu.
Kesian anak ibu nanti orang ejek rongak la. Sighhhhhhh~
Moms always being a Mom. Paranoid tak pepasal.
Cube jadi ayah. Watlek Watpis je. Huh!

Dah siap!
Sekejap saje. Ni tunggu akak nurse tu nak sapu ubat Florida kalau tak silap
Perisa pisang. heheh.
So, conclude nya Raisha suka pergi klinik gigi.
Yeayyyyyyy!!
Mission accomplished!

p/s : Nurse pesan kena selalu kerap gosok gigi. Esp sebelum tido. Sebab budak selalu menyusu botol kan sebelum tido. So, kena jaga yang itulah. Btw kalau lepas susu tak gosok pun tak apa tapi kena kumur. Tak pun bagi anak minum air masak sebelum tido.

Tips : Agak sebulan sebelum nak bawak anak pergi klinik gigi. Always cakap nak bawak dia pergi klinik jumpa doctor gigi. Nak cek gigi. Bagi gigi cantik. Bla. Bla. Bla.
Bila kita dah selalu ulang benda yang sama. Dia akan faham dan bersedia.
Taklah nanti kejutan budaya.
Sampai klinik gigi je hysteria. Hahah.
ok. Sekian.


Ibu,
yang bangga tiga kali.

4 comments:

  1. salam kenal :)

    comey nye die ..hehe
    berani pulak tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Salam kenal jugak.

      tq unti ziera. Berani-berani takut tu..

      Delete

Tenkiu