Friday, September 12

#JJCM | Chamek Kopitiam Senawang

Semalam hubby balik terus Tanya nak makan tak?

Nak!! memang tengah lapar. Lepastu memang tak ada beli makan apa-apa pun. Sebab hubby balik.
Time ni lah nak merap pun. Hikhik.

Lepastu Tanya nak makan kat mana.
Jawapan aku standard. Ntah ikutlah. Kahkahkah.
Aku yang nak makan tapi tak tahu kat mana.
Dok ikut ikut ikut.
Aku syak laki aku mesti stress dengan perangai aku yang 1 ni.

Di Tanya lagi. Nak makan apa
Macam nak makan char kuey tiaw.. Tapi tak nak kat Juara.
Char kuey tiaw kat Juara macam tak kena dengan selera aku kot.
Aku dok terbayang bayang teringat-ingat Char Kuey Tiaw Bandar Perda Penang nun..
Haihhhhh. Bila lah dapar pergi sana.
Macam-macam teringin nak makan.
Nasi Set ikan Bawal.
Char Kuey Tiaw
Sizzling Mee Telur 2.
Ahhhhhhhh. Rindu.
K.Nana nanti ada rezeki p sana akak belanja na??hehehe

Ok. sambung.
Dah tu tak tahu kat mana nak makan Char Kuey Tiaw selain daripada kat Juara sana.

Lalu depan deretan kedai. Terbau kedai baru.
Chamek Kopitiam.

Hubby Tanya nak try?
ikutlah..ermmmm. boleh lah.

Selagi aku tak bagi keputusan dok ikut ikut ikut
selagi tulah kereta tu berjalan je tak ada destinasi.
So, kita try jela kedai kopitiam ni
Walaupun kopitiam ni bukan favvy aku laki bini.


Soalan :
Chamek Kopitiam | Kopitiam Chamek?

Sama macam
Goreng pisang | Pisang Goreng?

atau
Temujanji | Janjitemu?

Haa.. fikir situ.

Sementara tunggu makanan.
Hadap dulu gambar selfi melfie kami



 
Pandai dah senyum tengok kamera.
tau orang nak ambil gambar dia.


Pemalu.
Posing tapi mata tak mau pandang kamera.
Macam ibu. Pemalu sangat. ',)


B, gambar tak cantiklah amik pakai henset ni. Kena tukar henset la rasanya.
ada duit nak tukar?
terus kena cantas tuntas.
Tak sempat nak gosok lebih-lebih bodek henset baru. -___-
Takpe kumpul duit blog beli henset baru.
Tunggu situ.~

Char Kuey Tiaw Special. Specialnya ada kerang dan udang.
Rezeki dapat jugak makan Char kuey tiaw ni
Tq Allah.
Nampak menyelerakan kan?Aku bagi 8/10
Portion besar. Aku makan separuh pun dah kenyang.
Tapi habis je aku makan.
Tak baik membazir. Amalan syaitoonnnnnn.Gitu.
 
 
Hubby punya. Nasi Goreng Ayam Kunyit.
Errmmmmmmmm. aku rate 3/10 jelah.
Tak nak komen lebih-lebih.
Rezeki. Nanti ada yang kata tak reti bersyukur.
 

Air aku sedap. 10/10
Mocha Ice Blended.
Hubby punya tak snap pun.
Tapi rasa sedap gak. Kaw liawwww rasa kopi dia.

Sekian.
Jalan-jalan cari Makan musim pertama.

Tiba-tiba rajin nak ambil gambar segala sebelum makan.
Sebelum ni kuasa sangat nak bawak fon kehulur kehilir.
Saja.
Buat modal nak update blog. hehehe.

21 comments:

  1. Salam kenal ...

    Fuyoooo mee nya macam menyelerakan .. yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Salam kenal.

      Memang sedap. Nanti jalan-jalan senawang boleh singgah. hehe =)

      Delete
  2. Hai,

    saya dah nominate awak untuk Liebster Award. Jom tengok dekat sini

    http://ismahasmi.blogspot.com/2014/09/liebster-award-kali-kedua.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.

      Nanti kite sahut cabaran ye. btw tq singgah. =)

      Delete
  3. tengok air tu buat mama haus.. kejap.. pegi dapur teguk air jap.. hihi

    ReplyDelete
  4. Aaaa, chamek kopitiam ni kat manaaa? teringin pulak nak tryy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat senawang awak. Dekat trafik light simpang empat dekat dominos kalau awak perasan. Kedai tepi je.

      Delete
  5. Nampak sedaplah..bole singgah ni nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kueytiaw tu sedap. Nanti singgahlah..he

      Delete
  6. boleh carik nanti kopitiam ni. hihi.
    saya follow awak ye :)

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan...air tu nampak menarik sangat..boleh cuba ni..
    jom bw di www.bazliaamoza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal. Air tu memang sedap tau.

      Ok nanti kite singgah bw ye.

      Delete
  8. as salam tuan tanah..
    tahniah anda ada blog yg menarik..

    jemput blogworking

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. tq awak.

      Nanti kite balas kunjungan ye.

      Delete
  9. jalan-jalan cari makan ni saya suka...
    blog awak listed dlm Liebster Award blog saya...jom sahut cabaran...
    link ==> http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html
    jemput singgah...
    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun suka bab makan. Food lovers kata kan.

      nanti sy sahut cabaran ye. tq awak

      Delete
  10. done folow, wahh sedapnyaaa airrr

    ReplyDelete

Tenkiu