Thursday, September 27

Kekuatan Untukmu Untukku Jua

Selalu bila ada sesuatu perkara yang kita tak ingini berlaku pasti kita akan cakap "Ada hikmah disebaliknya" Ada hikmah tetapi sejauh mana kita dapat harungi masalah tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. Sejauh mana kita dapat meyakini hati ini bahawa memang ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Akan tetapi hati pasti sering menyalahkan, hati pasti akan menyalahkan dan hati pasti tidak dapat mengiakan segalanya.
 
Sejauh mana kita kuat untuk hadapi segala masalah yang mendatang? sejauh mana hati ini dapat mengiakan dan berharap everything will be ok. will be ok..will be...kenapa kadang kala terlalu berat untuk menerima hakikat dan terlalu berat untuk hati ini menerima segalanya denga Redha?
 
Redha dengan ikhlas menerima..tapi dalam hati adakah benar benar kita ikhlas?atau sekadar pasrah atau kita terpaksa? Mulut menyatakan ya aku Redha, akan tetapi hati? menepis sekeras-kerasnya..mulut mungkin dapat menipu akan tetapi detak hati??
 
Tetapi percayalah pasti segala yang berlaku ada hikmahnya..Janji Allah. DIA tak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan mereka..Allah MAHA Mengetahui. DIA Mengetahui segalanya. DIA Mengatur Segalanya..Setiap perancangannya pasti bersebab dan pastinya demi kebaikan hambaNya.
 
Sesuatu perkara yang berlaku, amiklah ia dari sudut yang positif..kerana apabila hati menerima dengan pandangan yang positif, pasti kita melihat bahawa ianya adalah suatu TAKDIR.. takdir yang telah ditetapkan. Takdir yang telah ditulis buat kita. Sekalis gus menyedarkan kita bahawa Allah sentiasa ada dan selalu ada.Dan segala yang terjadi adalah kehendaknya. Maka percayalah bahawa JODOH, PERTEMUAN, AJAL MAUT  ditanganNya..siapa kita untuk menidakkan? siapa kita untuk mempertikaikan?
 
Apabila ianya diambil dari sudut negatif, pasti hati akan lebih tersasar. sering menyalahkan. sering mengeluh. tapi pada siapa kita hendak salahkan? siapa yang salah? kenapa mesti aku? Why why whyyyyy??persoalan persetan yang akan membuatkan hati menjadi semakin rapuh..rapuh dan mungkin akan terus berderai........
 
Kembali kepada realiti. kehidupan harus diteruskan..by hook or by crook, harus ditempuhi. harus dilalui. harus diteruskan. betapa sakit sekalipun, betapa perit sekali pun, betapa seksa sekalipun..mesti diteruskan..MESTI.Bangkit semula. Bangun kembali. Kembali kepadaNya. teruskan berjalan, teruskan berlari.berkat kesabaran pasti dihadapan ada SINAR yang menanti.
 
Ujian yang diberi hanyalah sebagai ingatan agar kita tidak terlalu jauh dariNya.Peringatan tanda KasihNya. Perbaiki kelemahan, Mantapkan Keimanan, InsyaAllah, DIA tidak akan mengecewakan. TIDAK AKAN.

No comments:

Post a Comment

Tenkiu