Thursday, September 13

Hantaran Melampau??

Apeke bendanya yang satu hari nanti harganya akan melambung-lambung sampai cucur atap tapi orang tetap nak jugak jugak. nak jugak dapatkan. ape benda???
benda tulah namanya 'sebuah perkahwinan'. yela, hantaran tinggi melambung pun orang nak jugak kahwen. sape yang tak nak kahwen ye dak??Nabi tak mengaku umat tue..takmo..takmo.
Cakap pasal hantaran ni, mau bertahun pikio mana nak cekau duit. bukan makan sehinggit dua weh. makan seriban riban. "duit tak ada, tapi ati ingin kawen,blalalalala.lalalal.pinjam sama teman,pinjam sama kawan, pinjam sanun pinjam sinin.adehhhh~
sebab tu ramai tak kawen lagi sebab? duit tak cukup katanya. nak kumpul duit dulu lah. ape lah. masalahnya terkumpul ke duit korang tu??asal kumpul je pasti ade je benda yang mendatang. terpaksa jugaklah guna duit yang kumpul untuk kawen tu. ye dakk??
Yang jadi masalahnya sekarang ni ialah hantaran yang mak pak perempuan letak tu melampau! eh. macam nak jual anak pun ado. ikut education level lah. anak perempuan cun melencun kalah siti nurhalija lah. macam-macam kau kan. abeh tak pikir yang pihak lelaki mampu ke tidok? kau nak kawen kan pandai-pandailah carik duit wehhh. nak anak orang bukan anak ayam..gila keji!

Jadi yang perempuan tu, apa function dia? dok geleng angguk geleng angguk jela kan. ala, dah mak i mintak macam tu, u sediakan jela. ok! tak membantu langsung membantut lagi ada. tu yang kadang-kadang tunang sampai 5-6 tahun sebab nak kumpul duit. *kumpul sangat!(mata ke bawah plak).

Tips untuk korang yang melalui perkara macam ni.
  1. si perempuan kena main peranan pujuk dan explain dekat parents korang tentang kemampuan bakal suami korang. bincang elok-elok pasal duit hantaran tu tanpa perlu pihak lelaki datang hegeh hegeh nak mintak diskaun (maruah parents bakal suami pun kena jaga beb!)sepatutnya si perempuan main peranan sebelum majlis perminangan berlangsung ok!
  2. kalau tak menjadi, cuba amik anisiatif lain dengan mengeSHARE untuk belanja hantaran. means, bakal suami bagi berapa yang termampu dan korang topup sikit untuk cukupkan amaun tersebut.
eh. 2 je? ingat banyak tadi.biahahahaha.

tak salahkan kalau BERKONGSI?

pendapat aku memang tak salah sama sekali. sebab sok sok korang nak berkongsi hidup jugek kan? yela, hantaran ko nak letak tinggi-tinggi nak buat apa? nak tunjuk kat orang yang majlis korang tu grand? meriah? mewah? gah? suami orang kaya? ewah.ewah.ewah. lepas tu ko hidup melarat laki bini ada orang nak amik kisah? nan hado dik non oiiiii.so? buat ala kadar mengikut kemampuan kedua belah pihak. bukan majlis gilang gemilang yang kita nak. tapi KEBERKATAN majlis tu yang kita harapkan agar ikatan perkahwinan tu mendapat keberkatan!.kahwen gah gah dua tiga bulan cerai berai.upppppppppppa gangnam style! =p
 
tu belum mas kahwen lagi ye dak?nak nak pulak mas kahwen nak emas penoh satu lengan kau tu pon kan. aissshhhh.jahanam!

"Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.
                                                                                                          "(An-Nisa' : 4)

Jadi kalau bakal suami korang bagi mas kahwin senaskah al-Quran pun terimalah dengan hati yang ikhlas juga dan tenang. jangan bebankan bakal suami korang kalau korang sayangkan dia dan memang nak hidup dengan dia sampai syurga hakiki.

berjela pula kak bedah kau ni merempek. ape pon andai ada tersalah bahasa atau terkena batang hidung sesiapa silalah maafkan kak bedah! kak bedah tak sengaja.ini cuma pendapat ahkak je dikk non oiiiiii. sebab ahkak rasa isu ni bukan masalah besar menyebabkan korang-korang taknak kahwen.

Percayalah rezeki pengantin baru sangat melimpah ruah. korang-korang pasti tak menjangkakannya. janji Allah itu pasti!

ok? Adios.

korang kalau singgah sila lah tinggalkan jejak. nanti boleh ahkak lawat korang pulop =0

No comments:

Post a Comment

Tenkiu