Monday, April 16

Surat Cinta Buat NRA

Buat NRA yang dicintai...


Ibu sayang sangat dekat awak. Ibu terlalu menyayangi dan mencintai awak. Ibu nak awak tahu itu. Ibu juga mahu yang terbaik saja untuk awak. dan ibu sedang dan akan selalu berusaha yang terbaik untuk awak.

Sejak kebelakangan ini, ibu sangat resah. ibu terlalu susah hati. pelbagai perkara negatif yang ibu fikirkan. bermacam-macam banyangan yang tidak enak selalu ibu bayangkan.. semuanya mengenai awak sayang..Ibu bukan apa, ibu sebenarnya belum siap untuk hidup tanpa awak. ibu belum siap untuk merasa kehilangan awak. ibu juga belum siap dan tidak pernah sanggup untuk menanggung rindu yang teramat sangat pada awak untuk bertahun-tahun lamanya kelak.

NRA sayang, ibu nak awak tahu, sedangkan ibu baca pengalaman ibu-ibu di luar sana yang kehilangan bayi mereka, sudah cukup buat ibu sesak dada. cukup buat air mata ibu mengalir tanpa henti. inikan pula jika ibu yang berada ditempat mereka. ya Allah, tak sanggupnya ibu, sayang. bagaimana akan ibu hadapinya. apakah ibu mampu untuk menanggungnya.

Sesungguhnya ibu benar-benar tidak sanggup, tidak mampu untu menghadapinya sayang. ibu resah sangat tatkala berada di tempat kerja. setiap detik pun ibu fikirkan tentang awak. setiap detak jantung ibu hanya ada awak, awak dan awak..

Ibu selalu fikir yang terbaik untuk awak. tapi kadang kala ibu sendiri keliru dan tak tahu apa yang terbaik untuk awak sebenarnya. ikutkan hati ibu sayang, ibu hanya mahu berikan awak susu ibu sepenuhnya sehingga awak benar-benar kuat untuk menerima makanan lain. tapi ibu gagal sayang. ibu tak mampu untuk pertahankan. banyak hati yang perlu dijaga, banyak pihak yang perlu dijaga kepentingannya. sehinggakan kadang kala ibu telan segala kepahitan itu sendiri.

sesungguhnya ibu rasa ibu benar-benar gagal. Seawal usiamu 4 bulan ibu terpaksa berikan nestum @ cereal. akan tetapi ketahuilah bahawa dalam hati ibu hanya tuhan yang tahu. segala ketakutan itu, segala kerisauan itu ibu pendam sendiri. tidak mampu dan takut untuk ibu luahkannya walaupun pada ayahmu sendiri, sayang.

Alangkah bagusnya jika ibu sendiri dapat menjaga awak. dapat mendidik awak. alangkah indahnya sayang!.tapi, maafkan kami. maafkan ibu dan ayah kerana kesederhanaan kami membuatkan ibu perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan seharian kita kelak.

Raisha sayang, hari ini pada waktu ini, ibu berasa tersangat sangat 'down' segala keresahan itu tidak dapat ibu bendung lagi. apatah melihat awak yang mengalami selsema. dan sehari dua yang lepas awak kelihatan lesu dan tidak seceria selalu membuatkan hati ibu mula dihimpit keresahan yang amat sangat. sehinggakan keresahan itu, ketakutan itu ibu luahkan dengan tangisan yang sangat pada yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ibu pohon sangat diberi kekuatan dalam menghadapai segala-galanya.

Raisha yang ibu kasihi, ketahuilah bahawa ibu terlalu menyayangimu. awak adalah anugerah terindah buat ibu dan ibu pasti ayah juga begitu. ibu tahu, awak hanya pinjaman daripadaNya sebagai penyeri dan pengerat kasih sayang dan cinta diantara ibu dan ayah. ibu juga tahu, akan sampai masanya kelak, awak, ibu dan ayah semua akan dijemput pulang juga olehNya. namun, doa ibu andai sudah tiba masanya itu nanti, biarlah DIA menjemput kita bertiga pulang bersama-sama..Dan terus adakan kita bersama di syurga yang hakiki kelak.

Akhir kata sayang, andai satu saat nanti awak sudah pandai membaca. bacalah isi hati ibu ini. sesungguhnya ianya lahir daripada hati ibu yang paling dalam. segalanya untuk awak, Raisha sayang. Doa ibu, moga Raisha menjadi anak yang baik, taat, patuh pada ibu, ayah dan dan taat padaNya juga. jadilah permata yang bersinar dan boleh menyinari apa yang ada disekelilingmu sayang. moga Raisha menjadi kebanggaan ibu dan ayah..


 
p/s : entry ini ditaip penuh dengan perasaan kasih dan kecintaan seorang ibu kepada anaknya!.

1 comment:

Tenkiu