Tuesday, September 17

Bio Velocity Sleep Mate Bukti Kekuasaan Waktu Dhuha..

Apa itu Bio Velocity Sleep Mate @ BVSM??
BVSM adalah 1 teknologi daripada German yang mana ianya menggunakan garam dari dasar laut yang dijemur hanya pada waktu DHUHA dan disuntik ke BVSM..Maka terjadilah teknologi "Bio Velocity"
 
Velocity ni merupakan 1 tenaga yang luar biasa yang fungsinya boleh menghidupkan sel-sel yang mati dalam badan.. Setiap hari sebanyak 3 Juta sel/ minit yang mati dalam badan..Dan sel-sel yang mati akan bertambah apabila terdedah dengan radiasi. ( Semua yang berkaitan elektrik adalah radiasi. cth : Televisyen, Lampu, Handphone, dsb).
 
Effect radiasi adalah paling bahaya sebab boleh mematikan sel. Apabila sel-sel banyak mati yang boleh menyebabkan berbagai penyakit spt jantung, darah tinggi, gout, strok dll.
 
(Fakta  mengatakan : Tido dengan lampu yang terbuka boleh menyebabkan kanser kerana radiasi mengaktifkan sel-sel kanser)
 
Sel-sel yang mati boleh diganti dengan tido yang berkualiti..Tido yang berkualiti dapat menghidupkan sel-sel. Jadi, dengan teknologi velocity yang ada pada Sleepmate ini akan menghidupkan sel-sel mati dalam badan.
 
Ok..Kenapa waktu Dhuha???

Para Saintis German membuat kajian berdasarkan Al-Quran..Terdapat 3 surah, antaranya Surah Matahari, dan Surah Dhuha.
 
Dan berdasarkan kajian bahawa rupa-rupanya hanya matahari yang bersinar pada waktu dhuha sahaja yang dapat menghidupkan sel-sel pada tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan pada waktu ini mengeluarkan klorofil. Yang mana pada waktu ini adalah waktu oksigen yang paling tinggi manusia dapat.
 
Semuanya dengan izin Allah..kita hanya perlu ikhtiar..

Untuk maklumat lanjut hubungi 017-4796944 ida.

Herba Terbaik Dunia!!!

Herba terbaik dunia!!!
 
Maharani disenaraikan sebagai antara herba terbaik dunia untuk kaum wanita. Antara khasiat maharani adalah seperti berikut :
* Melegakan kesakitan akibat senggugut
* Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
* Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
* Melancarkan peredaran darah
* Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
* Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
* Menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin
* Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan

Maharani ni halal ke???
Sebab Herba Maharani ni produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya. Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalah confirm halal. 




 Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan ini mendapat pengiktirafan Halal olehPertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim).Pengeluar Herba Maharani iaitu Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing.

bagi gadis-gadis diluar sana...yang belum berkahwin...mengalami masalah senggugut dan keputihan...boleh ambil maharani sebelum kahwin..tahukah anda..mereka yang senggugut terlalu kuat dan keputihan juga menjadi salah satu faktor sukar hamil?

dan bagi mereka2 yang dah berkahwin, boleh ambil maharani untuk mengembalikan keremajaan, dan segala yang dah kendur2, gelebeh2 ..

bagi mereka2 yang dah kahwin tapi belum diberi rezeki untuk menimang cahayamata..amat disarankan untuk mencuba maharani...kerana maharani merawat 337 jenis penyakit yang dialami wanita dan menguatkan juga menyuburkan rahim...maharani didapati 'menembak' segala blockage yang ada dalam sistem reproduktif kita...ikhtiar terlebih dahulu sebelum menyerah kalah...insyaAllah...Allah itu maha pemurah!

sebarang pertanyaan mengenai produk dan sekiranya berminat utk dapatkan herba terbaik dunia ini boleh directly pm/whatsapp/call 017-4796944 - ida

Friday, September 13

Al-kisah Raisha Nak Jadi Kakak..


Lama dah tak bersiaran al-kisah Raisha ni..dah membesar bagaikan juara, mulut pot pet bagaikan mak nenek, dan si propaganda sangat..
gambar terbaru..asal suruh buat peace je, gitulah tangan dia heh..kenapa ntah mesti kena cucuk hidung..haha..yang penting homeiiiiii!!

Alhamdulillah perkembangan Raisha ni agak memberangsangkan la jugak.. bersesuaian lah dengan tumbesaran umurnya..tak lambat dan mungkin agak cepat sikit..bagus..bagus.. *clap.clap.*

Lately sejak-sejak nk jadi kakak ni, makin manja sangat dia tau..macam tau tau je nak ada adik tak lama lagi..dan-dan dia nk tarik perhatian ibu ayah sangat..pantang kena marah, tegur sikit terus mencibik pastu lari nyorok kat ceruk dapur..merajuk konon..

Pastu sekarang suka nk buat macam baby..tiba-tiba baring atas riba ibu haa pastu terhokk terheekkk macam bebaby tu..ibunya pun melayan kan aje..suka beno la dia pun..

Dah boleh buat kawan borak..nak buat geng gaduh pun boleh dah jugak..budak ini banyak sangat akalnya haa...

Semalam tengah seronok tengok tv..tetiba datang, "bu..bu...apaaa..nk acik..nk acik..apaa..apaa.."
lapor kekdahnya, nak makan nasik..hahaha..kesian, bila ibunya masak idak nak makan.bila tak masak dok terlapar-lapar..padahal petangnya tu dah bagi makan kuih plus mee rebus dah haa..

Kebetulan ayahnya balik lambat sikit..kita tunggu ayah balik la ye nakkkk..bila ayah balik, tak menyempat ayahnya nk duduk pun, terus je "jom..jom..pat..pat.." kelam kabut je dia nak terus keluar...haihhhla anakkk..Sehari kalau tak bawak jalan keluar, mesti dia macam stresssssss..terus semua benda pun nak dikacaunya..

Walau apa pun..kakak tetap cinta hati pertama ibu ayah..tetap menjadi keutamaan, tetap menjadi kepentingan ibu ayah....sebab sehari tak dengar dan tengok keletah kakak, rinduuuuuuu amat kami tau..Dah besar jadi anak yang solehah, taat pada agama, bangsa ibu ayah juga tak lupa..

Sok-sok jadi kakak yang baik ye..kalau dapat geng, boleh la main masak sama-sama..kalau tak geng pun, boleh main gaduh sama-sama..kakak kan kaki gaduh jugak..miahahahan..

Testimoni Maharani..Customer Mengandung!!

Act, aku ni sekarang tengah menunggu atau menghitung hari je nak bersalin..almost dah 9 month..fuhhhhhhhhh..neves tu tak lah, maybe sebab dah ada pengalaman kan..aku rasa macam cepatlah bersalian, cepatlah bersalin..yang pasti kalini dah betul-betul sakit sampai tak boleh nak senyum baru nak ke hospital..tak nak dah 2, 3 kali pergi tapi false labour..keciwa mak hencik.

Yang penting tak nak checkout lama-lama kt hospital nun..kesian kat Raisha nanti..dah sekarang tido mesti nak " bu, yuk..yuk.." tido sambil berpelukan..pfffttttt  anak ibu..

Kira tahun ni mak ayah aku dapat sorang cucu baru, tahun depan dapat lagi sorang cucu baru..wahhhhhh!!! 4 orang dah cucu woo dengan atuk ye..family aku kalau nenek memang panggil wo @ uwo..jangan Tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu..miahahaha..

Salah seorang customer aku a.k.a akak ipar aku yang mana ambil Maharani dah pun selamat mengandung..almost 6weeks gitu..TAHNIAH KAK NGAH!!.. Aku tak kata makan Maharani yang buat dia mengandung..kang ada plak yang kata "aku makan Maharani tak mengandung-mengandung pun" huhhh!.

Customer aku a.k.a hakak ipar aku ni ikhtiar dengan ambil Maharani..Maharani ni penyebab saja..yang beri rezeki tetaplah Allah yang MAHA kuasa..so, tak bolehlah nk assume yang makan Maharani mesti mengandung, aku seligi nanti baru tau..

So, aku ringkaskan cerita...masa cust a.ka akk ipar aku mengandung anak first dia dulu, secara c-sect..jadi orang kata, kalau c-sect ni tak boleh berurut la, kena tunggu 2 tahun baru boleh urut dan bla..bla..bla..jadi selama 2 tahun ni, dia tak pernah berurut untuk menaikkan Rahim dia..

Jadi dia pun berminat nak cuba Maharani..Alhamdulillah..aku pun galakkan..lepas sembang-sembang, pantang itu ini dia pun makan 1 kotak..first, dia ada rasa pening2 dan badan dia ada lenguh2 sikit..aku pun terangkan pening-pening tu sebab samada terdapat gangguan peredaran darah dan bla bla bla ( tindakbalas Maharani terhadap masalah kesihatan yang kita tak sedar )..dan lenguh2 tu pulak sebab bla..bla..dan bla...


Owh, ya..untuk setiap customer yang beli Maharani dengan aku, aku akan guide dia kalau dia ada rasa sebarang tindak balas..


Then, aku nasihatkan akk ipar aku ni teruskan makan macam biasa..lepastu dia pun ada rasa sakit kat perut, dekat ari-ari..aku cakap tu maknanya Rahim, peranakan kita naik secara semulajadi...itu memang fungsi Maharani ye..(sebab tu elok dan digalakkan ambil Maharani lepas bersalin..)


Lepas tu dah senyap je..aku assume semuanya okla kan..tetiba 1 hari aku Tanya perkembangan, macam mana dengan Maharani..ada apa-apa perubahan tak..sekali........ dia kata ada perubahan sangat..dia preggy..

Aku pun punya senyummmmmmmm Alhamdulillah..aku tau dorang suami isteri memang nak sangat2 zuriat dalam masa terdekat since anak yang sulung pun dah 2 tahun lebih kan..so, bersyukur sangat2lah..tumpang gembira..


Yang penting aku bersyukur ssangat sebab dapat share sesuatu yang dapat memberi manfaat buat customer a.k.a akak ipar aku dan keluarga..

 2 kali beliau buat UPT..sbb takut kot2 salah ke kan..dan dua2 double line..bagi aku kalau dah cek double line, almost 99.9% adalah tepat..now beliau pun dah mula morning sickness..aku doakan semoga dipermudahkan, ibu dan bby sihat dan tercapai hajat nk boboi pulak..hiksssss..
 whatsapp/ sms 
017-4796944 (ida)
Postage ke seluruh Malaysia..

Friday, August 30

Jamu/ Herba Terbaik Ketika Berpantang | Diiktiraf Herba Terbaik Dunia!

Assalammualaikummm ladies sekaliannnn!!

Sedar tak sedar tinggal lebih kurang sebulan je lagi nak melahirkan..semoga ku dapat merasakan kelahiran alami dan tak tersasar dpd EDD mcm kakak Raisha dulu..kalau boleh nk rasa sakit yang lebih natural tanpa perlu di induce atau dipaksa2..Mudah-mudahan..

So, kat sini nak share sikit lah pengambilan jamu @ herba ketika berpantang..Mana ibu2 yang menunggu masa sama mcm sy tu, mohon sedikit masa untuk baca ye..

Bagi ibu2 yang 1st time ni mesti tercari2 dan tertanya2 jamu apa yang bagus diambil untuk tempoh berpantang nantikan..ok let me share my pengalaman ye..hiksssss...Masa 1st baby, sy ada amik jamu xxx (terpaksa dirahsiakan)..Pagi kena ambil 2biji, mlm ambil lagi 2 biji..dahla jamunya besar2 jugak..seksa ok nak makan..dan apa yang terjadi, sy mengalami sembelit..dahla lepas bersalin mmg nk membuang tu agak payah..plus makan jamu tu lagi bertambah sembelitnya..so, langsung tak makan dah..

Sekarang kalau orang Tanya nak makan jamu apa time berpantang, or ada yang nk promote jamu2 ni, mahapla yee...sy dah ada dah...tak lain tak bukan mestilah MAHARANI..

Boleh ke ambil Maharani time pantang??

Of course boleh!!! Dan memang digalakkan sesangat pung..Sebab khasiat Maharani sangat sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang dan juga Maharani is a baby friendly..don’t worry!!Antaranya ialah :-

* Menaikkan peranakan secara semula jadi..
* Awet muda ( muka lebih berseri-seri ketika berpantang )
* Memperbanyakkan susu badan (Milk Booster )
* Membantu mengecutkan rahim, urat saraf.
* Menyuburkan semula badan selepas bersalin.
* Melancarkan peredaran Darah.
* Memberikan tenaga, Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan.
Dan yang paling penting, Maharani juga membantu melawaskan..Tak perlu risau dengan sembelit or susahnya nak membuang sampai nangis-nangis..huhu..

So, semuanya dalam 1..Maharani!!..tak perlu nak ambil sampai 2,3 jamu dalam sehari.. hanya dengan Maharani sudah mencukupi..kalau nak tahu kehebatannya, cubalah sendiri!!

Eh, haaaaaaaa..lagi 1..masa pantang2 ni la ibu2 semua pun mesti dah aim nk kurus ken...dah target nak turun berat berapa kg ken?????ok, sy ada package untuk ibu berpantang + nak kuruskan badan dan yang penting haruslah mesra baby!!!..yukkkkkkkk, sesame kita berpantang bersama Maharani!!!

Boleh sms/ Whastapp 017-4796944 (Ida) untuk maklumat lanjut..


 
Pengalaman saya sendiri yang berpantang hanya mengamalkan Maharani. Banyak keistimewaannya.
 

Friday, June 14

Masalah Rahim Jatuh atau Prolapse Uterus

Prolapse Uterus..
Ape benda tu?? atau lebih dikenali sebagi Rahim Jatuh..Atau kalau orang tua dulu-dulu menggelarkannya sebagai Ombong.

Masalah ini boleh berlaku jika ada kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan Rahim jatuh atau berada di luar lubang rahim.

Kebanyankkan wanita mengalami masalah Rahim Jatuh ni..tapi kadang-kadang ada yang take it easy seolah-olah ia bukannya satu masalah yang perlu dirisaukan..aahhhaaa!! jangan begitu ye jelitawan sekalian.. Masalah Prolapse Uterus ni ada 3 tahap..yang mana ;

Tahap 1 - Apabila rahim turun dari kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj.
Tahap 2 - Apabila sehabagian rahim keluar dari lubang faraj ; dan
Tahap 3 - Apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Dalam kes Rahim jatuh Tahap 3 sering kali akan berlaku pintu rahim bergesel pada seluar dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan boleh berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko mengidap Kaser Serviks ( Barah Pangkal Rahim )

Pergghhhhhh.Ngeri dengarnya ok!! Rahim ni merupakan Mahkota kita wahai Jelitawan sekalian yang WAJIB dijaga!! Masalah ini juga boleh menimbulkan masalah dalam rumah tangga sebab ianya sedikit sebanyak akan mengaggu gugat dalam 'hubungan suami isteri'..

So apa tunggu lagi??? dapatkan rawatan alternatif anda dengan Herba Maharani..Jangan tunggu sehingga semuanya sudah terlambat!!
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati..

Pm/ Sms/ Wassap untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.
0174796944/ zahidah
Facebook : Zahidahnur

"Sesal dulu pendapatan, Sesal Kemudian Tiadalah Gunanya Lagi"



Tuesday, June 4

Ikhtiar Untuk Mengandung

Assalammualaikumm..haii..haiii..haritu aku ada share cara-cara nak mengandung kan..
haaa rujuk SINI
Entry paling hitsss dalam banyak-banyak entry yang aku hadooo.
macam banyak sangat entry..pffftttttttt..
Agaknya memang ramai sangat kot orang yang memang plan nak ada baby..
yela, aku paham sangat perasaan orang yang bila dah berkahwin dan nak ada baby..
Sangat Paham ok!
Aku dulu baru-baru kahwen memang parah sangat aku rasa.
tahap nak ada baby awal tu memang tinggi sangat!
Memang nak sangat-sangat..
Sampai kalau Miss P datang je mesti aku  macam alaaaaa......Sedih  T.T
Bila perut rasa sebu lain macam je terus pikir ehh mengandung ke..
haaaaaa, mcm tu sekali kauuu..
agaknya lebih daripada 5x kot aku pernah buat upt tu.
Parahhh~~


Herba terbaik dunia!

Maharani disenaraikan sebagai antara herba terbaik dunia untuk kaum wanita. Antara khasiat maharani adalah seperti berikut :
* Melegakan kesakitan akibat senggugut
* Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
* Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
* Melancarkan peredaran darah
* Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
* Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
* Menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin
* Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan


 bagi mereka2 yang dah kahwin tapi belum diberi rezeki untuk menimang cahayamata..amat disarankan untuk mencuba maharani...kerana maharani merawat 337 jenis penyakit yang dialami wanita dan menguatkan juga menyuburkan rahim...maharani didapati 'menembak' segala blockage yang ada dalam sistem reproduktif kita...ikhtiar terlebih dahulu sebelum menyerah kalah...insyaAllah...Allah itu maha pemurah!

Testimoni~






Kita mencuba usaha dan ikhtiar.selebihnya berserah doa dan tawakkal kepada DIA yang memberi Rezeki..inysaAllah..Allah tak suka hambanya hanya berserah tanpa usaha + ikhtiar dan terus menyerah kalah dengan ujian..

Don't worry ye..Herba maharani ni HALAL ye..dan diiktiraf oleh JAKIM..



So boleh gunakan tanpa was-was.

untuk maklumat lanjut boleh contact me zahidah 017-4796944
(sms/ whats app).
Facebook Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201336683444807&set=a.10201336416998146.1073741826.1404918216&type=3&theater


Tuesday, April 23

Suami dan Isteri, Pro And Contra #1

Assalammualaikum..


Kita mulakan dengan perkahwinan adalah 1 perjudian..Setuju??
Sila setuju..miahahaha. Actually, aku pun tak tahu apa yang nak ku carutkan disini..Akan tetapi rasa nak juga menaip sesuatu.


Bestkan sebenarnya kahwen ni..siapa rasa best sila angkat kening!! Bagi aku ok je hidup berumahtangga even tak sampai setahun pun sebenarnya aku kenal/ kawan dengan hubby ku itu.. Dolu-dolu bercinta bagai nak rak, eh tak jugak jadi kahwenya.. Alih-alih rupanya ku ini pemilik tulang rusuk kepada hubby ku itu..mmuaaahhhhhhx!


Tapi aku rasa mesti ramai je yang macam takut nak kahwen..was-was ke mungking. Lagi-lagi bila dengar cerita yang sebaliknya tentang perkahwinan. Perkahwinan ini indah sebenarnya kalau kita betul-betul menghayati dan faham apa maksud KAHWEN itu sendiri..eecceeehhhh..poyo je gayanya..


Aku ada sorang kawan, dia pernah cakap dia takut nak kahwen..tanya-tanya best tak kahwen, best tak..gila kau tak besttttt..huahuahua. Sebabnya, dia ada seorang kawan yang dah berkahwin tapi perkahwinan yang sebaliknya..*pahem-pahem lah ye*. Lepas kahwen, makan hari, makan bulan hubby dia berubah. Menunjukkan sikap yang sebenarnya..Dan yang pasti banyak masalah yang ditimbulkan. Tapi sang isteri setia menanti. Setia bersabar. Mengikut saja corak sang suami yang tidak bergu*&^% itu.. Agaknya cinta itu buta ataupun sang isteri itu yang buta??


No komen sebenarnya.. aku pun tak tahu mana silapnya. Tapi yang pasti walaupun kau dah kenal pasangan kau bertahun-tahun lepastu kahwen, belum tentu kau kenal keseluruhan hati budi dan perangai dia. percaya atau tidak, masa berkawan/ bercinta hanya 30% je sikap sebenarnya yang ditunjukkan.. Sok dah kahwen hah 120% keluar..mana yang baik, mana yang buruk..Haaaaa siap kao!


Tapi sebenarnya kena Pro and Contra. kalau kita asyik nak cari salah pasangan je, kita rasa kita ni tak ada kekurangan ke hape? Sempurna sokmo.. So, saling melengkapi. Bagi aku, si suami sangat perlu memainkan pernan penting!. Sebab Si Isteri terbentuk daripada Suaminya. Apa sikap si suami akan mempengaruhi si isterinya.. percaya tak??


Contoh..kalau si isteri tu barannya melampau..asal nak marah je, campak barang sana-sini hempas pintu segala..tapi kalau si suami cool relaks je..isteri marah-marah, dia buat dunno je..Kau tengok, makan tahun esok si isteri dah tak tahu nak marah macam mana..dia pun dah jadi relaks cool jugeksss. Pun sama macam kalau merajuk. Si isteri ya hampun kuat nauuu merajuk. Tapi si suami buat dunno je. tak pujuk ke hape biar isteri tu elok sendiri..Kau tengok esok-esok cara-cara nak merajuk pun isteri tu tak tahu dah. Gituuuu~


Tetapi kalau si suami pula yang baran, kepala hangin dan segala mak nek kepada nak buat camne ek?? macam mana nak dibentuknya..Haaaaa sila ke pejabat agama secepat mungking. Eh..eh..tak..sila cari jalan penyelesaian sebaiknya ye.


Yang penting adalah saling melengkapi..Kena kaji balik sebenarnya kahwen ni hape..adakah sebab orang kahwen, aku pun nak kahwen..atau nak menyedap sokmo ataupun kerana tanggungjawab..kerana Allah. Tepuk dada tanya selera nak makan apa..miahahahaha.


Sekian, okbye!!


Nah amik " Pelamin Anganku Musnah" -tetiba-
 sumber : Sini

Thursday, April 18

Program Latihan Dalam Industri Petroleum


Barang sesiapa yang nak merasa kerja gaji banyak boleh apply ni..
Sekian~~

Permohonan dibuka : 14 April 2013
Tarikh Tutup : 28 April 2013
Untuk makluman lanjut :  layari web INSTEP

sumber : fb

Tuesday, February 5

Cara-cara Untuk Mengandung

Assalammualaikum semua!!
Harini saya nak ajar cara-cara untuk mengandung ok laling-laling sekalian..hahaha.
Aku pun tak tau cara nak mengandung macam mana kan??..hikss..

Sebenarnya aku nak cerita pasal waktu subur wanita..yela, kalau korang memang nak plan mengandung, kenalah tahu waktu subur waktu terbaik untuk mengawan gituuu..hehe. kalau plan tak nak mengandung pun, kena tahu jugak waktu suburnya..supaya bolehla korang suami isteri berpuasa..

sekarang kan zaman dan moden canggih sangat..korang dah tak payah nak kira pakai jari segala nk kira kitaran haid la, waktu subur bagai..

MyDays App

Sekarang henpon semua dah canggih-canggih..isteri-isteri sekalian, silalah donwload app ini..senang sangat!
Warna merah yang dot-dot tu adalah tarikh expectod period..
( Eh..macam dah lewat sehari je..miahahahahaha =p )
Yang hijau cecair tu adalah waktu subur kita High Fertility orang putih kata.
Jadi kalau tak nak mengandung, sila berpuasa waktu ini..Namun, adapun jika mahu mengandung, silalah pulun sangat masa ini..hukkks!
Yang hijau pekat sikit tu adalah hari telur-telur yang telah matang dilepaskan..orang putih kata Ovulation.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Ovulasi, sila tanya encik goole..terima kasih!

So, dengan adanya app canggih ni senanglah kita nak plan .ape pun semuanya adalah ketentuanNya..kita berusaha sahaja selagi mampu plus doa plus tawakkal..jangan cepat putus asa ye isteri-isteri dan suami-suami sekalian..InsyaAllah rezeki itu ada..cuma cepat dengan lambat saja.

Lagi satu, kalau korang nak tahu app ni juga dia akan tunjukkan tarikh expected period untuk bulan-bulan yang akan datang. Jadi senang jugakla nak bersiap sedia.hehehe. App ni kira ikut kitaran haid kita. Normally kitaran haid adalah 28 hari..lain orang adalah lain kitaran haid memasing ye..macam aku adalah 31 hari..

Korang boleh kira kat sini
-Sila klik gambar-

Lepasni bolehla kira sendiri ye..senang saja..dah tahu kitaran haid berapa hari senanglah nak buat perancangan seterusnya..ok isteri-isteri sekalian??

* psssssttt - aku ni dah terlebih sehari suda..tersalah plan gamaknya..hehuuuuuuu!!nuggu ler 2,3 hari lagi ye..auucccccchhhhhhhhhh!

UPDATE : Ikhtiar Untuk Mengandung

Wednesday, January 30

The New One!

Beautiful Ladies and Awesome Guysss!!
Taraaaaaa..the new one..just nice as me =p
Credit to Blooger Candy for the cutest ever after template.. Loved!


* Curi kat facebook..suka ayat nih..so, be carefull ye..sebab once kepercayaan kita dah hilang untuk seseorang, for a whole life time we're never to trust it again..
And you! i'll never trusted on you again and again..tak kisahlah tak cukup makan ke, dah lama tak beli gucci or tak jumpa makanan enamplohsemilanhari sekalipun and what so ever..No wayyyy!!..now berlagak macam orang senang..but in real i'm alwayss be ur ceti right?..what theeeeeee??

Wednesday, January 23

Ammara Sofea Rose #Wordless Wednesday!

Ammara- A Lady with Strong Imaan/ Tolerent

Sofea - Menawan
Rose- Sejenis bunga/ Wangi
-Ammara Sofea Rose-

Nur- Cahaya
Raisha - Pemimpin Raja
Aneesa - Yang Ceria.
-Nur Raisha Aneesa-

Tuesday, January 22

Next Top Model

ModelofTheYear2013
( Dagu aku macam ade lekuk sikit kan?perasan tak?hahahaktuiiiiiihhh!!
bajet Ct Nurhaliza sangat..)
Modelllllll sangattttttttt! (tangan kat bahu, mata jeling orang sebelah )..hahahahahah. 
Orang uweerrrrrkk..uwerrrrrkk kan sajo kalau aku jadi model ye dak??hikssssss..
Sebenarnya, next project soon..taram je english aku..nanti aku dah balik daripada kursus English Communication Skill, mungkin blog ni akan bertukar ke bahasa English..miahahahah (berangan sangat, belajar BI daripada lahir tak rereti jugak )..hukkssss..
Ini adalah antara senarai projek tahun 2013 aku..apakah dia?nanti kita akan umumkan..(retis sangatttt!)..
Kalian-kalian doakan semuanya menjadi dan berjalan lancar...insyaAllah..aminnnn..













Penambah Tenaga + Pembangkit Keghairahan

Pfffffftttttttt tajukk...kus semangat!
Entry ni bukan 18sx, tapi khas untuk yang sudah berkahwin sajo. yang sudah ado lesen agung okey?

Aku nak share sikit..ni testimoni dari customer yang amik VCO-A as a supplement diorang..akak ni beli VCO sebab dia tahu khasiat Minyak Kelapa Dara ni memang bagus katanya..so, dia pong amik satu botol..

2minggu selepas.
" macam mana kak, okey tak makan VCO?
" okeyyyyyyyyy..ade umpppppphhhh!" hahahahaha ( gelak- gelak )
" apa yang umpppphhh tu kak? " (buat-buat dok pahem)
" ummmmppppppppphhh laa...adela rasa ghairah tu "
lantas aku pun diam tak terkata..hahahaha..ok !

Kot suami, cuit-cuit, gesel-gesel pun ditepis-tepisnya...
'letih la bang"
" ngantuk la bang"
"esok-esok lah"
"jangahlah......"
1001 alasan sebab keinginan tu tak ade..tetiap malam pun menolak je..sampai suami pun naik bosan...ha tu parah! kalau gitu sokmo, sok-sok suami kuar pintu belakang cari makanan kat luar..huiiiii..mintak simpang..tak mo sampai gitu jadinya..
siapa yang alami macam ni, sila stay tunedddd!!

Fakta ;
Sebilangan 30 peratus wanita tidak mempunyai daya seksual sama sekali. Sebilangan wanita yang lain mengalami masalah kurang daya seksual dalam keadaan tertentu.
Ini termasuklah semasa mengandung, selepas melahirkan anak, dalam tempoh menyusu anak dan semasa menopaus.
Sumber : Sini

Biar kita fahami pemasalahan dulu baru kita cari ubat/ jalan untuk merawat.

Aku pasti ramai je wanita kat luar sana yang ada masalah begini. tapi tak tahu kat mana nak diadukan. tak tahu di mana nak cari penyelesaian.. kesudahannya, diamkan saja..penuhi keinginan suami atas rasa tanggungjawab bukan kerana nikmat hidup berpasangan itu sendiri.

Masalah ini jika dibiarkan berlarutan kelak akan menjadi racun dalam kehidupan rumahtangga.
So, kat sini aku nak share sesuatu yang dapat mengatasi masalah kurang keinginan itu sendiri..insyaAllah..kita berusaha dan selebihnya berdoa + bertawakkal kepada Allah..kerana DIA penyembuh kepada segala kesakitan.

Virgin Coconut Oil Antioxidants by Treenea.
Salah satu khasiat adalah Agen pelincir suami isteri dan juga membantu menstabilkan hormon

Kisah Minah (bukan nama sebenar )

" Selepas melahirkan anak, saya memang ada masalah dalam hubungan suami isteri..keinginan saya untuk bersama suami tu kurang kadang-kadang tak ada perasaan langsung nak bersama.. kadang tu, sebulan sekali je..cuba bayangkan betapa kesiankan suami..mujur suami sangat penyabar..tapi itulah, kita tak tahu dalam hati dia macam mana kan..luar nampak redha je..Jadi, saya cuba cari penyelesaiaannya..Mula saya ambil VCO ni just untuk jadikan makanan tambahan. sebab saya selalu mengantuk di pejabat. jadi saya amalkan untuk kecergasan untuk hilangkan letih, sengal-sengal badan..tapi selepas hampir sebulan saya amalkan, saya perasan yang keinginan saya untuk bersama suami dah okey. Frendly speaking, hari-hari pun mau..hehehe. suami pun perasan. Jadi secara tak langsung masalah saya dengan suami dah selesai..sekarang, hari-hari pun dah bahagia..Alhamdulillah.. terima kasih sangat sebab kenalkan saya dengan VCO-A..memang terbaikkk!."

Alhamdulillah..testimoni ni memang cust. tu sendiri cerita..pengalaman yang sama macam aku pernah alami dulu..insyaAllah, setiap penyakit ada penawarnya..

Tak salah mencuba kalau untuk kebaikan. 

Kepada yang sesiapa yang berminat,
sebarang pertanyaan boleh wasaap/ sms aku..
zahidah,
017-4796944/ zahidahnur13@yahoo.com

VCO-A by Treenea
RM 40 ( Semenanjung )
RM 43 (Sabah/ Sarawak)

Monday, January 21

All About Nur Raisha Aneesa

* kape cumel sangat ni Raisha? lempang kang tau la..haishhhh..haissssshhh.

Firstly tepek gamba bebesau dulu..sebab dah lama tak cerita and tepek gambak mek kenit sorang ni kan..haha. 
Januari 2013 Raisha dah 1 tahun 1 bulan. sekejapan je masa berlalu..dah jadi anak dara da dia.. sebab dah lama tak hupdate pasak Raisha ni, meh kita randomkan aje perkembangan ini budak..

So far, Raisha tengoknya perkembangan dia seiring dengan usia..kira normal la tu. tapi aku rasa dia agak cepat jugakla dalam semua perlakuan dan perkembangan dia..
2 bulan - badan dah tegap.
4 bulan - dah mula meniarap..mengiring kira kanan
6 bulan - dah boleh duduk tanpa sokongan
9 bulan - dah mula berdiri tanpa sokongan
10 bulan - mula berjalan beberapa langkah.
12 bulan - dah expert berjalan berlari bagai...mulut pok pek pok pek..

aku kira Raisha ni cepat dapat duduknya dan jalannya jugak..orang cakap kalau cepat jalan, maka cakapnya mungkin lambat..tapi apa yang aku nampak, Raisha tak la jugak lambat cakapnya..ok je tengoknya..apa yang kita sebut sometimes dapat juga dia ikut..

air - eir..eir...agak weird sikit dia sebut air..aku pun tak tahu cmne nak describe.
kucing - auuuwww..auwww ( buat bunyi je..macam kucing pondan..hahaha)
makan - mamamamamam..kalau lapar sangat makin panjang la maamama dia..
susu - nenenen..( bila time nakal dia, pegi cari kat nenen ayah dia pastu buat-buat hisap pastu gelak sendiri..hahahah notty sangat!)
ustazah - tajahhhh..( baru dua 3 kali sebut dia dah dapat ikut..clever girl! *clap clap*)
lampu - pu..pu..tunjuk lampu.
Raisha - cha..cha..( kekadang kita panggil dia, dia pung sama cha cha kan jugak..datangnya tidak pun grrrrr.)
nak - nak..nak..
taknak - nanakk...nanakkkk.
jangan - no no no...
sini - ni ni......

banyak la jugak kan..dah tak ingat lagi dah apa pekataan-perkataan yang familiar. aku tak risau sangat pon kalau Raisha macam lambat cakap ke ape..sb aku tengok dia macam tak lambat.. apa yang penting, dia faham sangat apa yang kita cakap..kalau kita bagi arahan and guide yang betul, memang dia boleh ikut..clever sangat dia..Alhamdulillah.

* Raisha pegi amik air Raisha mana - eirr..eiirr sambil tercari-cari botol dia..kalau botol ada atas meja, beriya-iya gayanya nak panjat kerusi amik botol..comell.he.
* Raisha, bagi ayah ni..- kedek-kedek pegi bagi ayah dia.. ( yang ni memang boleh harap sangat..kadang-kadang dah dekat ayah, ayahnya suruh bagi kat ibu pulak..kedek-kedek jalan kat ibu..he )
* Raisha amik remote tv.
* Raisha tutup pintu - yang selalu dia main tutup bukak pintu dulu..dah letih baru ditutupnya kuat-kuat..
* Raisha jom mandi - buat gaya nak bukak baju pastu terus kedek ke bilik air.
* Raisha pegi main mainan - habis semua mainan dalam bakul diselongkahnya..grrrrrrrrr..

Ehhhh..banyakla lagi..aku suka suruh-suruh dia buat itu ini..pastu kalau macam benda baru yang kita suruh, kena la bagi guide dan tunjuk bagi dia paham.. baru-baru ni aku suruh dia tolong letak baju dalam bakul..aku angkat baju dia pastu suruh letak dalam bakul..mula-mula dia tak paham, tapi lepas tunjuk contoh sekali, amboi suka plak dia..lepas tu dia pulak sepahkan baju-baju sebab nak kutip balik masuk bakul..

Minggu ni dah kena pergi kursus pulak kat Langkawi 4 hari 3 malam pulak tu..adeehhh~ berat sangat hati nak tinggalkan Raisha ni..tp apakan daya..cadang memang nak angkut sekali ngan ayahnya..tp tula, banyak sangat kekangan dan kerisauan..sebab aku kena gerak dulu..jadi, kita tinggalkan sajo semunya..boleh ibu enjoy lelebih sikit kennnn..kikikiki..

Hopefully Raisha baik-baik sajo lah..nt ibu balik jangan merajuk sudah ye..dulu masa umur dia 4 bulan ke 5 bulan ntah tak ingat, aku kena pergi kursus 3 hari..balik daripada kursus..haaa, hazabbb..tak boleh lekang langsung dah dengan ibu dia..takut kena tinggal..seminggu tu, memang dia tak nak kat orang langsung waima ayah dia senirik..Raisha...raishaa..parakkkk gitu sokmo aiihhh.

Lagi kite tempek tempek kan aje lah gambar Raisha yeh..kot ada yang rindu ke..miahahahaha..adeke?? ade la ade la..ade la..lalalalalalala.
Bukan main terkinja-kinja ibu kau Raisha hoiiiii..oiiii..
* Ni ada program dekat taman perumahan MIL aku..Khairi Jamaludin nak datang katanya...jadi  pagi tu ade senamrobik..haha.MIL aku suruh pegi..tau menantu dia suka terkinja-kinja ken..kikikikikiki. =p
 Kemain suka kau ye nak...baru tau erti kebebasan yang sebenar!..hehehe..

Thursday, January 17

VCO-A The Vavavava Vavooommm!!

Hahaha.gelak dulu..tajuk macam nak hebak sangat..
Memanglah hebak..dah produk daebakk sangat!.sekarang ni, aku suka dan sudah jatuh hati sesangat sama VCO-A..tiada tandingan lagi dah dengan produk lain..murah pon murah..mampu milik orang kate kau..dengan rasa dia yang sedap mild kelapa je..ishhhh..ishhh..sehari lupa makan VCO-a rase rugi ya hamat..

Aku rasa ramai je yang dah tahu kebaikan dan khasiat VCO-a a.k.a Minyak Kelapa Dara..Memang bagus sangat as a supplements..


*tetiba sakitnya nak pecahkan dara.pepandai sangat tau!

See, semorang pon dah tahu and tercari-cari khasiat VCO ni...memang bagus..meh aku review sikit ye...

1.  VCO-a bagus untuk kulit..bagus sangat..haritu mek Raisha tu kat leher dia macam kulit kering..kulit mengelupas..pastu aku sapukan je VCO tu, zaaaaassss esok terus ok kulit tu..serius tak tipu..tp soryla iollssssss tak amik gamba pun sebab ade penyakit M!.
2.  Cepat melegakan selsema dan batuk.. pon testimoni dari Raisha jugak..Dah 2,3 hari dia selsema. aku memang tak nak biasakan dia makan ubat klinik sebab tak elok..jadi aku bagi dia makan VCO..Alhamdulillah..esoknya, kering dah selsema dia. sekarang memang aku bagi Raisha makan sehari sekali..insyaAllah, selsema + batuk susah nak singgah.
3.  Mengurangkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolik dalam badan.  metabolisme dalam badan tinggi berat badan tak naik ke???
iya iyalahhh...tula kan ade jenis orang yang makan banyak mane pun dia melantakedarah berat tak naik-naik..badan mantain sokmo gitu..tu sebab angka metabolik dalam badan dia tinggi..bila metabolisme dalam badan tinggi, secara otomatik ianya akan mengawal berat badan kita...mane yang berat cepat sangat naik tu, haaaaaaa..elok ambil VCO-a..metabolisme naik, maka berat badan menurun..maiahahahaha. (hipotesis sangat)..
For your infomation, berat iollsssss turun 2kg dah..seee..seee..memang feeling dah kurus sikit dah..makan sama gak..tak de kurang pun..selera sama gak selera hantu..huhuhu..
4.   Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelimumur akan hilang..
Ni pun testimoni Raisha jugak...kalau nak tahu rambut Raisha ni al jarang-jarang..jenis rambut halus sajo..tp sejak aku mula sapukan VCO kat rambut dia tetiap malam. sekarang dah nampak hitam + lebat sikit rambut..hubby pun perasan...ok, tak sabar nak tunggu rambut Raisha banyak..hikss!
5.   Melancarkan kitaran haid dan mengurangkan senggugut.
Ha...ni best! aku ni jenis kalau period mesti pakej sekali dengan senggugut ni..cukup tak best..yela, bulan pun belum mai, senggugut dah mai dulu..tu yang selalu letih  + rasa nak marah je..kadang pun orang tanya apa-apa endah tak endah je nak jawab sebab menahan sakit..korang yang selalu kena senggugut tu mesti tau sakitnya macam mana kan..
Tapi sejak amalkan VCO-a ni, aku tak perasan pun cik bulan dah mai..tup tup ehhhh, mai dah dia..hahaha..kalau dulu tahu nak datang sebab hint senggugut tu..tp sekarang tidak lagi..lega sangat dah..
6.   Ok, ni memang bagus sangat untuk yang ada masalah Resdung atau alergik.
Aku ni memang jenis yang ada resdung..selalu kalau mandi pagi, mesti bersin je asyik-asyik.bersub sampai ke petang pulak tu..pastu hidung gatal..mula la rasa nak sental dengan penyapu lidi je hidung ni..hehehe. tp sejak amalkan VCO ni, Alhamdulillah..pagi-pagi dah tak bersin lagi..hidung pun dah tak sensitif..pun lega banyak jugak..
Testimoni lain-lain
Testimoni Ibu Mengandung 


Fyi, Asid Lemak dalam Minyak Kelapa Dara adalah asid Laurik sejenis asid lemak yang berantai sederhana yang bersifat anti virus, anti bakteria dan anti protoza.

Asid Laurik yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara memiliki khasiat serupa dengan susu Ibu. Susu Ibu mengandungi asid laurik yakni unsur yang berfungsi memberi ketahanan (immune) kepada bayi.

Testimoni Kulit Sensitif ( boleh juga disapu ditempat kulit bermasalah)

So, korang tunggu apa lagi..entry ni bukan aku reka ke hape sebab nak lariskan barang.. tapi ini memang betul-betul kejadian bukan cobaan..memang banyak sangat kebaikan VCO-a ni..nak-nak lagi by Treenea..vavavavava betol..kalau tak caya meh try dulu..baru tahu kehebatannya!! anda pasti sukakannya..hiksssssss..
Ohh, ada yang bertanya VCO-a ni ade kelulusan KKM tak??
VCO didaftarkan under food..Produk yang didaftarkan under food tidak memerlukan kelulusan KKM..sekian~

Untuk order/ beli or nak tanya apa-apa boleh pm/ sms/ wassap aku..

Harga : RM40/ 60 Softgel ( Free Postage sehingga 31 Januari 2013 )
Sekarang aku tengah baik hati " sehingga 31 Januari 2013 sesiapa yang beli dengan saya (skema jap) adalah free postage!" cepat dapatkan sebelum terlambat!

-zahidah-
017-4796944/ zahidahnur13@yahoo.com

Thursday, January 10

Bebelan Di Hari Khamis!

Assalammualaikum...

Dah berVCOA dah??kalau belum sila beli sekarang!!hahaha..paksa rela suruh orang beli..so far, Alhamdulillah, VCOA dapat sambutan yang memberangsangkan..banyak pulop yang nak order..ni pun aku baru restock..tp nanti nak kena restock lagi...pfffttttttttt~
 
Act, aku macam takut-takut jugak sebenarnya nak mula beniaga macam ni..takut laku ke..ada orang nak beli ke..boleh ke aku jual..and bla bla bla....tapi tula, selagi niat kita baik, usaha sikit + doa..insyaAllah, dipermudahkan..mudahan aku terus berjaya melangkah kehadapan tanpa menoleh lagi..dan semoga juga dapat aku hadapi dugaan dan ujian yang mendatang dengan tabah dan sabar..aminnnn..
 
Korang nak tahu, VCOA ni jugak baik untuk bayi/ baby..Raisha pun aku bagi makan. suka dia..ingat gula-gula or cekelat agaknya..dan aku juga sapukan kat rambut Raisha memalam sebelum tido..yela, rambut dia kan halusssss saje..hiksss..dah 3 hari aku sapu rambut dia, tgk macam dah lebat sikit dah..hehe..
 
Cerita harini aku macam frust giler je..yela, aku dah lama sebenarnya teringin nak makan apam balik..miahahah.apam balik je ponn nak frust menggila..hahaha..tadi balik rehat ingat nak singgah beli apam balik dulu bawak ofis makan reramai..besttt! sekali, dah singgah dah. pestu hoii hoiii..beg duit tinggal kat rumah MIL uwaaaaaaaa!! T.T . Raisha la buat main ni..suka sangat keluar masuk barang dalam handbeg aku tu..mujur aku tak cakap lagi kat makcik tu bungkus apam balik sepuluh..sekali nak bayar cari-cari beg duit nan hadooooo..mau makcik tu cakap, kalau takde duit buat cara takde duit..hahahaha. *nanges*
 
Cerita bulan depan aku amik exam MUET..hahaha. sejak jadual exam keluor terus bedebar je rasa..giler gabra..dahla aku calon persendirian, amik dengan budak sekolah..mau budak sekolah tu cakap macam ayor terjun, haaaaaaaa nganga jela kauuu..giler nevessss!. perancangan aku memang nak sambung belajar lagi..amik degree..insyaAllah. tapi tengok keadaan la kan..kalau aku rajin + semangat nak belajar meluap-luap aku sambung..kalau tak, framekan sajo result MUET tu kat rumah. (tu pun kalau dapat band 6.hahaha)
 
Kadang-kadang perancangan Allah tu sangat cantik dan baik kan..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya sedangkan kita tidak..apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu lagi baik..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
 
Sedang-sedang elok je bulan depan aku nak amik exam MUET, tup-tup end of this month aku kena pergi kursus English Communication Skill..haaaaaaaaaa..bagai mengantuk disorongkan bantal..lantas tido berdengkur..hiksss..Alhamdulillah, Allah permudahkan sekali lagi..moga kursus tu nanti bagi 1001 manfaat untuk aku..terus bajet dapat MUET band 6..*pitam* hahaha.
 
Dah, tak tahu nak bebel apa lagi..cukupla kot..Last but no Least
Marilah beramai-ramai dapatkan VCOA anda...cuba dulu, dan rasakan kebaikan dan kehebatannya!..
 
Call/ Wassap : zahidah/ 017-4796944. emel : zahidahnur13@yahoo.com

Monday, January 7

VCOA Supplements Terbaik Dari Ladang!

Assalammualaikum..
 Lai..lai...meh rapat meh!

 
 
Supplement terbaik dan terhangat masa kini..VCOA!! yeaayyy! VCOA is Virgin Coconut Oil Antioxidants..ini bukan minyak kelapa dara biasa tapi ianya sangat luar biasa..okeh, meh nak cerita sikit kebaikan VCOA nih.
 
Ni aku copy dari page treenea ni..banyak info jugak kat sinun. boleh cekidautt!

Antara Kebaikan/Khasiat TREENEA VCO :

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya ta...han fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

Pengambilan VCO bagi Wanita Hamil :
VCO SANGAT BAGUS DIAMALKAN SEWAKTU SEDANG HAMIL
DALAM TEMPOH BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK

VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin.

Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran TREENEA semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

TREENEA juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL. Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan.

Pendek kata, panjang tak kata apa-apa..haha.ok, tak kelaka.
VCOA adalah supplement terbaik, terhangat dan sesuai untuk seisi keluarga..Jimat, semua pun boleh makan. + harga yang amat berpatutan..

Apa tunggu lagi, dapatkan VCOA anda sekarang!!mari berVCOA berjemaah..
Call/ Wassap (zahidah)
017-4796944/ zahidahnur13@yahoo.com
 
 

Thursday, January 3

Permulaan Di Tahun Baru 2013.

Fuuuhhhh..fuhhh!
Pertamanya wajibla bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas ditahun baru 2013..Alhamdulillah.Syukur ya Allah..yela, tahun lepas kan (macam lama sangat je kan) kita digempar gempurkan dengan "End of the World".. last- last nan hado..amikk kau..pandai sangat meramal ko kan..

Tp aku tau pasti sedikit sebanyak ramai yg termakan berita ramalan tu..ade yg aku dengarnya siap beli stok makanan banyak-banyak, simpan stok air and what everlah sb takut bumi bergelap..huhi..then aku ade terbace satu cerita yg mana ade org tanya kat sorang makcik ni tak beli beras ke nak buat stok..last makcik tu jawab kalau betul dunia nak kiamat awat yg p beli beras banyak2. P kumpul buat ibadah la banyak2..p bertaubat...seeeeee..hangpa pikirla  senirikk.
Tahun 2012 aku xdak apa lah yg menarik sangat.biasa-biasa saja..Jadi ditahun 2013 ni adelah beberapa perancangan sikit untuk tambah apa yg kurang..hopefully dipermudahkan olehNya.

Azam tahun baru???
Aku setiap tahun pon tak tau ape azam yg aku tanam untuk aku capai..huhu.mungkin sebab tu kot aku ni masih aku yg 2,3 tahun lepas..tak dak apa yang istimewa..jadi tahun meh aku cekidautt sikit ape azam untuk aku capai dalam tahun 2013 ni..hoiiii.hoiii.

1. Aku nak jadi hamba yg sentiasa beristiqomah dalam apa jua yg aku lakukan..sb kan aku ni suka hangat-hangat taik ayamm..puihhh!
2. Terus berusaha Menjaga solat.aku tak nak jadi manusia yg sia- sia..
3. Menjadi isteri solehah dambaan suami..awwwww!!.(B, InsyaAllah i akan cuba masak untuk u hari-hari..kalau tak larat i coti k..hehe.)
4. Jadi Ibu yang terbaik untuk Raisha..
5. Mencari rezeki lebih sikit..menyimpan dan tak nak boros!! (Beli untuk keperluan sajo)

Tu jela kot...hahahaha.kang banyak-banyak tak terkejor pulak yop..sikit-sikit sudah!eh, tambah satu lagi..
6. Dapatkan berat badan yang ideal!!
Jangan ditanya sekarang tak ideal ke? Soklan kongajo namanya tu..sentap aku kang..miahahahaha.

InsyaAllah, tahun ni rumah baru kami siap sepenuhnya..mudahan sebelum akhir tahun dapatlah duduk rumah baru..tulah sebabnya aku kena cari duit lebih..sb kalau boleh sebelum masuk rumah baru nak lengkapkan dulu and nak hias cantik-cantik.kalau tak, tak de mood nak masuk rumah baru..pompan sangat ko kan..hehehe.

Ehhh..haaaa!!laiiii.laiiii. aku ade satu berita baik untuk penggemar dan pengamal VCOA Virgin Coconut Oil Antioxidants..satu produk baikk dan terbaru!! Panas lagi macam goreng pisang baru masak..nak tau????
nanti aku cerita..tungguuu.....hehehe

Pesanan penaja : Sebenarnya entry ni aku nak publish masa 1st masuk tahun baru..hari pertama tu. aku dah publish dah. entah cemane boleh tersimpan dalam draft pulop. tak pelah. publish sekarang pon tak de hal kan...hiksssss.
Published with Blogger-droid v2.0.9