Tuesday, April 14

Diet Paling Berkesan!??

Assalammualaikum korang!
 
Sembang-sembang diet jom!! Heee
Aku sekarang memang tengah semangat workout. Nak bagi badan fit. Tak dapat fitting macam anak dara pun tak mengapa lah. Asalkan tidak fitting macam anak lapanbelas..muahahaha.
 
Cakap pasal diet ni. Banyak style diet yang korang boleh follow. Diet kalori, Atkins, Diet ape tu yang puasa 16 jam, 18 jam tuh.. Tak ingat nama pulak.
 
Aku pernah try diet Atkins. Korang boleh google. Dalam 2 minggu je kot. Disember 2014. Lepas tu cuti seminggu balik kampong. Dengan cousin kawen lagi. Terus kelaut dalammmmmmmmm sampai la sekarang.. Hahahah. Mood nak mula balik ada. Semangat je yang nan hado..
 
Bagi aku diet Atkins ni mudah. Simple je. Aku buat untuk breastfeed mommy punya atkins. Terus langkau fasa 3-4 macam tu. Sebab ibu menyusu ni kena amik karbo jugak untuk pastikan anak dapat khasiat yang sepatutnya.
 
Memang sedap jugaklah badan. Rasa ringan. 2 minggu tu dengan ketosisnya. Oh ketosis ni adalah tahap kejayaan atkins anda.. Berat tak banyak turun dalam 2kg je. Tapi rasa kekurangan incloss disitu.. Memang perasanla ada part-part yang semakin mengecil..
 
Aku pernah jugak try amik ubat kurus.. Tak sampai seminggu pun. Lepastu rasa macam kepala sakit berdenyut. Kaki rasa lenguh-lenguh kadang macam nak cramp. Pastu jantung pun ada berdegup laju sometimes la yang ni. So, terus stop. (tau dek laki den mamtikla...). Adelah turun dalam 2kg jugak..
 
Taknak tanggung risiko. stop kan jela.. Saja gatal-gatal nak try keberkesanannya yang kata berkesan sangat tu. So, memangla berkesan. tapi iolsssss tak nak merana di kemudian hari.
 
Aku ni berat pun tak lah over sangat. BMI pun ngam-ngam soi cun-cun je normal. WRP (waist hip Ratio) pun cun jugak ikut ukuran yang sesuai. So, tak perlu kot nak over-over diet telan pil segala bagai. Tu yang sekarang iolss gigih workout..
 
Workout secara konsisten pun boleh turunkan berat jugak kan. Yang penting makan kena jaga. Aiolssss memang dah kurangkan makan. Nak-nak sejak GST ni.. Baahahaha. Terus merundum nafsu makan 99.9%. Lolss.
 
Sekarang tengah sahut cabaran 30hari squats.. Dah hari ke #16. Memang terbaik squats ni. iolssss suka sesangat. Berpeluh menceroii ceroiiii.. Haihh..
 
Dan tengah study jugak diet kalori. Ingat nak try buat. Tapi macam susah sikitlah kan. Tapi taklah susah sangat kot. Pandai-pandai bajetlah.. Kalau dulu makan kuih karipap 3-4 ketul sekali makan. Sekarang kena lah had kan seketul sahajo.. Buat rasa ye. bukan melantakedarah..
 
Tak mengapa. Jadi diet mana yang berkesan.. Tepuk dada Tanya selera..
 
Oh btw kalau korang tengah merancang nak dapat anak kan. Dah macam-macam usaha tapi masih tak berhasil cer korang try buat atkins. Aku tengok ramai yang Berjaya hamil lepas buat atkins ni. Dengan izin Allah la of coss. tapi usaha dia buat atkins tu Allah bagi rezeki kan.. Diet tu kira usaha jugaklah kan..
 
So,keep it up keep fit.. Badan sihat cargas pluss cantik adalah Bonus!!
 
Korang diet tak??? Diet cemane? Cer share..
 
 

1 comment:

  1. makan je macam biasa..amalkan pemakanan seimbang..menyusu dpt mmbakar lemak dengan lebih cepat...good luck

    ReplyDelete

Tenkiu