Tuesday, September 4

Si Comel Smurfs

Sekarang aku menggila je nak record cerita kat astro. rumah ada PVR kan!*motip sangat nak heboh kat sini kau* Best kau ada PVR ni. aku boleh record cerita sesuka hati aku. Selalunya aku akan bukak tv pagi-pagi dan nengok ada cerita apa yang best then aku recordkan je siap-siap. Nanti bila time cerita tu main, tak lah aku heran sangat kan. nanti-nanti pun boleh tengok..yela ada anak kecik kan. kalau nak feeling-feeling kena lah tunggu Raisha tido dulu.haihhh! Eh, cerita Adam & Hawa. alah, lakonan abe AA kita tu pun aku record the all series.haha. bising laki aku..=p
Sekarang aku menggilak pulak nengok cerita The Smurfs ni ulang-ulang. Comel gila kot!
"Kau selalu lambat kan Yah?"Suka aku lah Jah oiiiiii. PVR aku, TV aku kan.heiihhhh. Benarnya cerita The Smurfs ni disiarkan pada 19 Ogos 2012 haritu lagi (Raya Pertama) tapi baru harini aku nak menceceh kan. hehe. Lantaklah aku pun baru tengok je Ahad lepas.
Seriusly memang comel giler. Rasa macam nak beli satu bela kat rumah. *Ada jual ke?*ngeehhhh~.Cerita ni memang best kan dan di suarakan semula oleh artis-artis terkenal tanah air antaranya ialah Lisa Surihani, Yusri Abd Halim, Hanif & Ray Era.fm, Hafiz, Pak Nil, Elfira Loy dan adalah lagilah yang aku dah tak ingat. Aku rasa suara Pak Nil paling kena dengan watak Gargamel. Kelakar! aku suka.aku suka.
 Yang paling aku addicted ni ha! Smursfette a.k.a Lisa Surihani. Kena je suara Lisa dengan watak smursfette ni. Ke aku memang fan Lisa? Eh. Manja and awsome!.Comel giler..berapa banyak da perkataan comel dalam entry aku ni?.Siap aku pun nyanyi sama lalalalalalala (ikut rentak smurfs ok!).Ceria je rasa. Korang tak rasa camtu ke? Lah, ada pulak yang kata project laki dia wajiblah masuk sekali. Suke dia lah Jah oiiiii bukan laki ko kan???hahaha. Kalau aku pun, laki aku buat project besar mestilah aku nak masuk sekali tak gitu Jahh? kau pun sama kenn?
Korang kalau rasa yang tak dapat tengok The Smurfs versi Melayu atau yang tak ada HBO kat rumah tu, mehla jemput datang tengok kat rumah aku. sambil tu boleh beraya sekali.miaahahaha. tapi aku rasa nanti akan ada jugak ulangannya kat Astro. Astro kan suka tayang siaran ulangan. Eh!
Sumber : Google
Nah, amik seketul gambar smurfsfette ni ha. Lisa memang berjaya menjiwai watak Smurfsfette ni sebab aku suka. Korang tak suka? Bolayan kan ajeee..
Eh, lupa pule nak kredit gambar kat google..kang kene banned pulak kau Yahhh oiiiii!
Agak-agak ada tak jual patung smurfsfette ni? nak belilah!
p/s: Korang kalau dah singgah tinggalkan lah jejak. Bolehla aku pergi melawat korang pulak nanti. ok?

Monday, September 3

Minyak Kelapa Dara ( VCO )


Yang dara jer boleh makan okeh?eh eh eh
iye-iye je ko kan....
Rupanya minyak kelapa dara a.k.a VCO ni dah lama dah orang dok canang-canang kehebatannya. cuma aku jela yang lambat sikit..sikit??sangat okeh.. rasanya memang ramai dah tahu khasiat VCO ni kan..
aku start makan VCO ni masa bulan puasa hari tu. seminggu selepas puasa. Permulaan puasa memang ak lemah je. pagi pergi keje balik petang memang dah lembik terkulai layu je. Mane nak layan ci kenit Raisha lagi. adehhhh~ memang tak bermaya langsung. Malam pulak pukul 9 aku dah hanyut sensorang. kenalah hubby yang layan Raisha sampai dia mengantukss. Omak ea dah hanyut di buai mimpi..awwwww!
Selepas 2, 3 hari aku makan VCO ni, terasa effectnya yang mana pagi kat ofis dah tak menguap dohplohenambelasratuskali dan tak mengantukss tahap nak letak pen untuk tahan mata ni. haha~ Petang pulak balik kerja boleh siap basuh2 baju, basuh bilik air dan so on.... malam pun masih boleh bertahan lagi yawww...bahagia kan gitu??
Then aku pun menghasut hubby untuk try! yelah kau hubby ku itu dah la ride motor senawang-nilai hari-hari yang mana memakan masa selama 45minit. pergi-balik = 90 minit bersamaan dengan 1jam 30 minit tu. kesian kan~nak buek cmno caghi rejeki ken. hubby pun try lah. 2,3 hari selepas itu, dia pun komen mengatakan badan terasa segar! okeh la cmtu kan.
kitorang makan pun bukan sebab ada masalah kulit ke hape. tapi as a supplement. masuk kali ni dah 3 botol dah! insyaAllah akan diteruskan pemakanan VCO ni. nt mane tau kulits jadi gebus halus mulus ken..miaahahahaha.*verangans nokss*.
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang di proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamanya dapat dikekalkan keasliannya.
Antara kebaikan dan khasiat VCO ni untuk Kecantikan Luaran, Kesihatan Dalaman, Meningkatkan Daya Tahan Tubuh, Membunuh Virus & Bakteria, juga baik untuk Hubungan Suami Isteri *wink.wink.wink*
Lagi Kesan segera pengambilan VCO ni.
Eh eh. nak kurus pun boleh tau amalkan VCO ni. Nak naik kan berat badan pun boleh! best kan? Info yang aku dapat daripada orang-orang yang dah lama makan VCO ni, katanya~ kalau nak kuruskan badan ambil selepas makan. kalau nak gemuks kan badan ambil sebelum makan. 2 biji sehari ye. Aku ambil sehari pagi selepas minum pagi dan malam selepas makan. Kalau lupa makan pagi tu aku lamsump kan sekali 2 biji pun boleh..
VCo ni boleh didapati dalam dua bentuk gel dan softgel. macam aku prefer lah softgel ni haa. senang.masuk mulut pehtu minum air beteguk-teguk tak rasa apa-apa. kalau gel tu tak tahula pulak kan. tapi tak rasa apa pun. kelat-kelat sikit macam minyak pehtu bau kelapa.
lagi.lagi kalau nak sapu pun boleh lah! sesape yang ada masalah kulit atau anak-anak baby- baby yang ada penyakit kulit boleh sapu. kita pong boleh sapu kat muka jugak untuk kesan kulit yang lebih gebus gedebasss.aku kadang-kadang je sapu kalau rajin. hueheuhue.
so? hape tunggu lagi cepat-cepatlah dapatkan daripada pengedar sah atau stokis-stokis berhampiran anda! cubalah! korang pasti berpuas hati.aiiiceeehhhhh!
untuk info lebih lanjut ce cikidaut kat sini Catalyst2u.