Assalammualikum..
Ok harini saja nak share something yang rasanya hampir semua kot ada masalah yang sama. Termasuk ambo.
Dulu masa zaman-zaman jahiliah. Nauzubillah.
Zaman-zaman masa tak pentingkan solat. Zaman masa-masa tak jaga waktu solat..
Allahuakhbar.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu.
Dan menerima taubat hambanya..
Dengan izin Allah. Taufik dan hidayahNya..
Alhamdulillah.
Bila kehidupan kita dah melalui beberapa fasa perubahan.
Dari bujang dah berkahwin.
Lepas tu ada anak. Dua. Tiga orang.
Automatik kita akan berubah untuk jadi yang terbaik.
Terbaik buat isteri/ suami dan anak-anak.
Kan.
Antara solat sunat dan solat Ganti..
Ustazah cakap.
Solat yang ditinggalkan WAJIB di qadha'kan. Dan WAJIB bertaubat dengan sungguh-sungguh taubat.
Now bila kita dah taubat. Dengan sungguh-sungguh taubat. Dah tak lengah-lengahkan solat. Tinggalkan solat dengan sengaja. Kita WAJIB ganti solat yang pernah ditinggalkan dulu. Tanpa excuse.. Ganti selagi kita mampu.
Oleh sebab tu. Solat ganti adalah lebih diutamakan dari solat sunat.
Sebab solat sunat ni macam hadiah ustazah cakap.
Jadi macam mana kita nak bagi hadiah dekat Allah
Kalau kita masih berhutang (Solat wajib) dengan Allah.
Takut-takut kalau amalan sunat kita tak diterima
Asbab masih berhutang dengan Allah.
Gitu..
Jadi ustazah ada cadangkan.
Setiap kali kita nak buat solat sunat. Kita niat qhada' solat yang kita tinggalkan.
Contoh :
Solat sunat Dhuha.
Boleh buat qhada untuk solat Subuh.
(Niat Qhada' solat subuh. dan solat sama macam solat subuh. Dan masa doa tu baca doa solat Dhuha.)
So, dapat dua dalam satu.
Moga dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah serta izinNya jua
Solat Ganti kita diterima dan sekaligus dapat pahala untuk Sunat Dhuha
InsyaAllah.
Macam tu jugak dengan solat-solat sunat yang lain.
Kalau kita rajin bangun malam.
Boleh buat solat ganti sekaligus untuk solat sunat.
Niat Qadha Solat.
"Sahaja Aku Solat Fardhu (ikut solat apa yang nak diganti) dua/ tiga/ empat rakaat qada' kerana Allah Ta'ala"
Semoga Allah menerima taubat dan amalan-amalan kita.
"Kita ini nak masuk syurga sebenarnya dengan rahmat Allah. Dengan kasih sayang Allah. Kalau diikutkan, amalan kita tidak akan pernah cukup untuk masuk syurga. Tetapi melalui amalah kitalah kita beroleh rahmat Allah". -BlogAsyrafKhalib-
ps : ini apa yang saya dapat dari ustazah dalam kelas Fardhu Ain/ Kifayah dekat ofis saya.So, sebarang pertanyaan atau keraguaan hendaklah ditanya kepada yang berhak dan berilmu..
Sekian.
#152 :D
ReplyDeletehttp://theonlygirl98.blogspot.com/
Nice sharing. Saya suka sangat.... Jom follow blog saya...
ReplyDeletehttp://miey-sakura.blogspot.com/
salam sis Zahidah, sy ada hantar details GA untuk segmen Fyra di Google Plus..mohon dapat di cek ya..sebab saya dah hantar di inbox facebook sis tapi masuk folder lain..huhu
ReplyDeletehttp://kylifa.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-fyra-sharif.html