Thursday, October 2

Perihal Hikmah

Dulu.
Aku pernah rasa macam cliché je ayat "Setiap Kejadian tu Pasti Ada Hikmah"
Padahal kita wajib percaya di setiap kejadian/ musibah ada hikmah.
Tapi tak sedar.
Memang Allah jadikan sesuati mesti ada sebab. Mesti ada Hikmah
Kenapa Allah tak jodohkan aku dengan sipolan. Ada Hikmah dia.
Kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku nak baby boy. Pasti ada Hikmah jugak.

Sampai  satu masa aku ditegur
Bilamana Hubby kena posting jauh.
Masa tu aku down sangat. Serius aku down. Rasa terduduk time tu.
Aku tak boleh kot nak berjauhan dengan hubby.
Masa tu aku sangat yakin. Aku siap boleh cakap
"tak ape. mesti dapat dekat je ni. Kan kita dah call dan mintak tolong dengan tuan tu"

Aku lupa.
Aku terlalu yakin dengan pertolongan manusia.
Yakin yang pegawai Putrajaya tu akan tempatkan posting hubby dekat area N. Sembilan je.

Manusia kan.
Lupa yang Allah tu ada.
Lupa yang Allah yang sebenarnya gerakkan hati pegawai tu.
Lupa kalau tanpa Keizinan Allah perkara tu tak akan terjadi.

Then bila hubby bagitau dia kena posting kat Johor.
Terpukul sekejap.
Aku rasa seolah-olah Dia cakap..
"Nah!! Nak mintak sangat pertolongan manusia. Yakin sangat dengan manusia tu. Haaa. Sekarang rasa. Dekat siapa kau nak mintak tolong"
Terduduk.
dan Muhasabah diri.

Hikmahnya
Act, aku dah Nampak.
Banyak hikmah yang Dia bagi since Dia jauhkan aku dengan Hubby.
Dia nak panggil aku dekat denganNya.
Dia nak aku hanya meletakkan kebergantungan Hanya pada Dia
Dia nak aku hanya mintak, merayu, memohon hanya pada Dia.

Dan paling terkesan.
Dia nak aku sedar.
Tanpa izin Dia. Tanpa pertolongan Dia.
Tak akan satu benda pun boleh jadi kenyataan.

Sekarang.
Aku sedang cuba untuk meletakkan kebergantungan sepenuhNya pada Dia.
Yakin dengan rezeki, ajal maut, jodoh semua ditanganNya.
Percaya bahawa tak ada satu pun kekal hak milik kita.
Semuanya kepunyaan Dia.

Sekurangnya
Bila tiba masa dia menjemput insan-insan kesayangan aku pulang.
Aku dah bersedia.
Bahawa setiap yang dipinjamkan, pasti akan diambil semula.


Dan.
Sematkan bahawa setiap pertolongan yang aku hulurkan bukan dari aku.
Tapi dari Dia.
Aku hanya perantara.
Nanti taklah rasa sakit bila hati terdetik
"Time susah cari aku. Time senang lupa. tak Nampak bayang. Gitu.


Sekarang
Aku lebih tenang.
Lebih Redha.
Lebih bahagia.
Alhamdulillah. Diberi kesedaran.
supaya tak terus leka dan hanyut..

Hikmah.
Perlu dicari.
Kenapa begitu
Dan kenapa begini.

Sesungguhnya Allah MAHA Pengasih lagi MAHA Penyayang.
Dan tidak sekali-kali Dia menzalimi Hamba-hambanya.
AllahuAkhbar.

p/s : Aku masih belum baik lagi. Masih belum cukup sempurna iman. Tapi sedang berusaha ke arah itu. Moga Allah beri petunjuk dan HidayahNya kepada kita semua. Aminnn..

No comments:

Post a Comment

Tenkiu