Tuesday, September 2

Natural Remedy. Tips Untuk Merawat Demam Anak-Anak

Something to Ponder!
 
Bukan daripada pakar kesihatan
Bukan jugak bomoh pawang segala.
Tapi its all based on my experience.
Ambil mana yang perlu.
Tinggalkan apa yang tiada mengena tanpa cerca.
 
Aku perhati anak kalau demam, rawat dengan ubat demam mesti amik masa 4-5 hari atau kadang-kadang sampai seminggu untuk betul-betul recovered.  Itu pun make sure ambil ubat ikut waktu yang di-time-ing-kan. 6-8 jam. Bergantung pada doctor yang merawat.
 
Tapi sejak aku amalkan natural remedy ni, 1-2 hari dah recovered lepastu ambil masa yang agak lama jugak untuk serangan demam sekali lagi.
 
Anak demam.
 
Ibaratnya gini. Deman disebabkan oleh virus @ bakteria yang menyerang. Ibaratkan lah Virus @ bakteria tu tentera jahat.
 
Bila tentera jahat dating menyerang. Tentera-tentera baik (antibody) badan akan automatic bangun untuk melawan dan menghalang tentera jahat tu. So, suhu badan meninggi menandakan antibody sedang bertindak melawan.
 
Lepastu kita bagi ubat demam. Ibaratnya seperti ubat tido @ pelali kepada tentera jahat tu. Bila bagi ubat tentera-tentera jahat akan lemah dan tertido untuk beberapa jam 6-8 jam. Maka suhu badan kembali normal sebab tentera baik tidak perlu angkat senjata untuk berperang melawan. Tapi bila dah habis kelalian ubat tersebut. Tentera jahat bangun dan menyerang, tentera baik angkat senjata melawan, suhu badan meninggi semula.
 
Begitulah kitarannya. Pusing-pusing macam tu sampailah tentera jahat tu mundur sendiri. Mianahaha. So, antibody pun tak dapat nak menjalankan tugas untuk melawan dan menghalang virus @ bakteria tu secara alami, semulajadi. Tak function la antibody tu kiranya.
 
Bila dah faham jalan cerita gini. Aku pun ambil keputusan untuk amalkan natural remedy je setiap kali anak-anak demam. Sebab biar betul-betul recover dan kat situ antibody semakin kuat untuk melawan virus @ bakteria next next time.
 
 
Jangan panic
Biasa anak demam ni mak-mak mesti panic terus pecut je nak bawak pergi klinik kan. Relaks dulu. Biasa budak demam ni nak membesar je. atau beralih bulan. atau nak pandai berjalan, merangkak, bercakap, pandai akal.
 
Alert.
Cek suhu. nak tahu paras demam samada mild je or demam panas.
Perhatikan belek, telek badan anak kot ada bintik-bintik merah ke. atau something yang macam mencurigakan.
Perhatikan juga ragam anak. Dia merengek lain macam ke, Or lembik semacam @ sama je aktif macam selalu. (kalau anak lembik @ merengek menangis semacam tu elok bawak ke klinik or hospital secepat mungkin) Jangan nak relaks sangat. Kena pandai ok! depends on situation. Guna naluri keibuan tu.
 
Decision
ok. buat keputusan. Either nak go with natural remedy @ tetap nak bawak klinik bagi ubat macam biasa. Yang ni penting. Kena guna 6sense dan naluri seorang ibu. Sebab biasa mak-mak ni boleh rasa anak tu demam biasa @ demam lain macam yang ada something wrong somewhere. Gitu. Sebab keputsan tu nanti korang mak-mak yang kena tanggung kalau jadi apa-apa dengan anak memasing ye. So, be a mother!!
 
Then,kalau anak demam suhu cecah 39- 40'C aku memang akan bawak ke klinik. Untuk pastikan dia punya jantung, saluran pernafasan, tekak, perut semua dalam keadaan baik. Tu kena refer dengan doctor la kan. Ubat tetap ambil untuk buat backup plan. Kalau semua pun ok tak ada masalah aku teruskan juga dengan cara natural.
 
Natural Remedy
 
1. Kawal suhu badan
Selalu aku tak pakaikan baju terus kalau anak demam. Tapi balut dengan tuala basah. Tuala yang dibasahkan dengan air asam jawa. Make sure badan dan bawah ketiak sentiasa balut dengan tuala basah.
 
Kepala lumur dengan air asam jawa. Atau tuam dengan kain basah dengan air asam jawa jugak. Kain tu kena sentiasa basah tau. Kering je basahkan lagi.
 
Always cek suhu. Every minutes. Sebab suhu budak ni cepat naik. Lagi-lagi kalau dia asyik tido je. Kalau malam selalu memang tido-tido ayam je. sebab keep on cek suhu. Takut kita terlena suhu mencanak naik. Bahaya ok!
 
2. Garlic Sock
Lama dah aku amalkan yang ni. Kalau anak demam extra dengan selsema batuk memang aku buat kaedah ni. Tapi jangan letak garlic tu banyak sebab panassssss.. Hati-hati tau boleh melecur kaki budak. Tapi kalau anak tak tahan boleh je rendam socks dengan air asam jawa lepastu pakaikan.
 
Kalau setakat anak demam je aku tak buat garlic sock ni. Cuma rendam sock dengan air asam jawa je untuk redakan panas badan. Baru-baru aku letak cool fever kat tapak kaki. pun boleh jugak.
 
Aku lagi suka buat rawatan stim and tepukan percussion. Berkesan sangat. Esok dah lega selsema. Boleh google cara stim and percussion.
 
 
3. Tingkatkan Sistem Imun.
Anak yang bawah umur 6 bulan boleh breasfeed sekerap dan selama yang mungkin. Kalau anak nak ngempeng je tu biarkan. Lagi bagus. sebab susu ibu bagus untuk antibody anak.
 
Kalau anak yang sudah putus bf, boleh amalkan bagi sup ayam. Kalau boleh sup tu direneh agak lama 12-18 jam. Lebihkan garlic dalam sup. Hirup je sup tu. Kalau Raisha suka sangatlah dia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Antara makanan yang boleh tingkatkan system imun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Itu jela kot yang aku amalkan kalau anak-anak demam. Yang aku perasan ambil masa 1-2 hari je untuk baik demam. Lepas tu ambil masa dekat 3-4 bulan jugak nak demam balik. Alhamdulillah. Cuba kalau ambil ubat mesti lama. Lepastu tiap-tiap bulan pun nak demam. Tapi ubat sentiasa standby in case. Tidaklah aku anti ubat sangat pun.
 
oh. btw paling penting doa moga disembuhkan anak tu. Doa jugak moga dihindarkan dari segala bahaya penyakit. Method ni usaha kita je, ubat tu pun perantara je. Sesungguhnya Allah juga yang menyembuhkan.
 
Budak baru baik demam. Alhamdulillah 2 hari je panas badan. Semlam dah ok. Last demam tak silap masa bulan 5 kot.
Semoga Allah melindungi anak-anak ibu.
 
p/s : Ini pengalaman semata-mata ye. Anak aku serasi je dengan cara natural. Boleh try and error. Tapi kalau demam melebihi 3 hari terus zaaaaassssss ke hospital ok mommies!!
 

TQ!
 

No comments:

Post a Comment

Tenkiu