Thursday, August 14

Mengatasi Masalah Sembelit Baby.

Rania kalau datang sembelit dia punya melalak menangis menjerit-jerit macam kena dera. Masa mula-mula kena tu, I was eh, nak buat apa ni. Kenapa ni. Sakit ke, Sakit kat mana. Panik betul.

Aku perasan Rania jenis perut tak tahan. Silap sikit je, mesti sembelit. Syukur sangat aku bertegas nak tunggu jugak umur dia 6 bulan baru start solid food. Kalau start lebih awal macam kakak Raisha dulu, early 4m dah start with cereals. Senang sungguh jadi seorang ibu. Deng!

Biasa baby yang fully breastfeed ni memang akan susah nak kena sembelit sebab susu ibu senang dihadam. Tapi once dah start solid food pun memang akan ada jugak isu sembelit ni.

Sebab tu kena try and error! Masuk 6 bulan, start solid food dengan 4 days rules. Jangan main hentam kromo je. Sebab kita tak tahu perut baby tu tahan ke tidak.

Aku pun start Rania ni baru ada kesedaran sivik. Masa Raisha dulu pun main hentam kromo je. Senangkan nak jadi Ibu ni. Deng!

And guess, memang Rania banyak sangat yang perut dia tak tahan. Apple, Carrot, Pisang, Betik masa mula-mula intro semua tu punca dia sembelit. Tak PooPoo 2, 3 hari. Baby kalau dah start solid food make sure yang dia poopoo hari-hari tak pun 2hari paling lama.

Tapi sekarang dah ok sikit. Banyak dah boleh makan. Aku pun tak adalah pantang larang sangat. Tapi mana yang macam hover sangat tu, aku tepiskan jugak.

Antara tanda-Tanda Sembelit

* Menangis ketika meneran untuk membuang air besar. Biasa memang akan resah gelisah. Serba tak kena.

* Terasa keras berketul di bahagian perut belah kanan atau kiri.


Cara Mengatasi

Aku biasa kalau Rania start melalak masa nak Poopoo tu, aku bukak seluar, kadang biar dia pakai pampers je. Sebab masa ni muka berpeluh-peluh nak meneran. Kesian betul.

Lepastu, Sapu perut dengan minyak baby. Aku guna minyak Yuyi..Serasi betul dengan Rania.

Then, urut perut baby perlahan. Dengan gerakan memutar berlawanan arah jam.

Selang selikan dengan gerakan seperti mengayuh basikal. (Baringkan baby dengan kaki ke atas). Untuk memudahkan pergerakan najis keluar.

Biasa memang dia akan menangis merauang, susah sangat nak tenangkan dia. So, aku bawak dia masuk bilik air rendam dalam tub. Make sure dengan air suam. Baby akan tenang dalam tu. Siap boleh main-main air lagi.

Sambil rendam tu, air jangan banyak sangat. Takat paras pinggang je. Sambil-sambil tu still urut perlahan perut baby dengan gerakan beralawanan arah jam.

InsyaAllah. Cara ni berkesan sangat dengan Rania. Masa aku buat tu, rendam dia dalam tub tu, after 5 minutes macam tu, bulp bulp. Keluar poopoo dia berketul, panjang pulak tu... bhaa. =p. Kadang-kadang dia kentut-kentut lagi. Bau memang terbaik. Hiks. =0

Bagi baby minum jus untuk mudahkan pembuangan najis. Macam Rania kalau bagi Mangga atau Pear, memang pelawas la. Sekjapan saja dia membuang. Biasa lepas dah rendam dalam tub tu, baby akan lebih tenang.

Yang penting kena minum air masak banyak bagi baby yang dah start makan ok.

Hai! I'm Rania.  Happy reading and Happy nice Day aunts and uncles.
 
Muka budak happy time tak sembelit. Nak jalan sangat dah budak ni.
 
 
p/s : selagi boleh elakkan untuk bagi ubat, sila elakkan. Kesian baby kecik lagi. Tapi kalau cara diatas tak berkesan. Kira sembelit tahap extreme. Sila jumpa doctor. 

No comments:

Post a Comment

Tenkiu