Thursday, August 28

Mandi Kolam Yeaayyyyyyyyy!

* Buang Belakang~


Cerita minggu lepas. Terperam sat. Tunggu weekend jela dapat melayan anak-anak nak mandi kolam. Ni pun beli kolam yang biasa tak perlu nak pam-pam. Kuasa sangat nak pam setiap kali.

Kolam beli kat giant. Ada sale. Murah la sikit. Tu pun ayah cakap tolak duit raya. Sorang sepuloh hengget. Miahahahah. Kejam!


btw, belakang tu mini garden kepunya suami saya. =). Minat sangat nak bertanam bunga-bunga bagai ni. Tapi hati tu takde la bertaman sangatnya pun.


Suami balik rajin melayan anak-anak. Anak pun semua melekap kat ayahnya. Lega mak boleh rehat goyang-goyang kaki. Untung saya. Lol.
 
 
Pagi tu terajin nak pergi jogging dekat Kompleks Paroi. Buat dua kali round terus join senamrobik. Lama betul dah tak terkinja-kinja bererobik. Rinduuuuuuuuuu.
 
Lepastu zassssss zassssssssss siap ke kenduri kahwen anak staff. 
 
Baju tu dah setahun beli tak pakai sebab dulu sendattttttt. Sekarang, eh eh dah muatlah. Kite dah kurus ek. bahahaha.
 
Lepas kenduri hubby Tanya nak kemana. Rugila pakai cantik-cantik pergi 1 kenduri je lepastu balik rumah. Zasssss ke Seremban parade. (sekarang dah tukar nama kot). Menderma kat Mr. DIY.
 
Budak suka pergi kenduri. But she said 'kenduri kambing'. Lol. Kambing pun kambinglah nak!
 
 
Esoknya sunday, Raisha dah Berjaya potty trained sepenuhnya. Yeaayyyyyyy!. Whole day tak pakai pampers. Kecuali time tidola kan. Maunya banjir nanti.
 
Sekejap sekajap ibu, nak kesing. Nak main air je sebenarnya pun. Tapi setiap kali ke toilet tu memanglah ada yang keluar. but sikit jela. Lepastu, nak berteman-teman. Letih oiiiiiiii nak berteman je la pulak ke toilet tu.  
 
Berak pun dah pandai masuk toilet. Tiba-tiba je dengar ibu, kakak berrakkkkk. Good girllll!! walaupun kat dalam toilet tu berciciran tahikknya. Ok la kan tak ciciran dekat luar toilet. Next weekend kite train lagi ye sayang.
 
Stat tune stay energetic with Mineral Coffe!!
Boleh pm/ Wa kite 017 4796944



Saturday, August 23

A Happy Birthday To YOu!!

Tiba-tiba entry happy birthday ye dak??

Sokay. Saje nak wish. Today sesiapa yang hari lahirnya jatuh pada 24 Ogos tak kira siapa lah kan. Kalau ada reader yang ada kawak ke, kakak, adik, abang sedara sepupu sepapat yang birthday jatuh by today.

Sampai salam kite kat dia ye. Sampaikan salam happy birthday kite jugak. Gitu...

Nah kek sama!

 
 
 
Sedap lak aiii tengok kek ni kan. Choclate indulgence.  Oh mak..
 
 
Btw, Semoga dipanjangkan umur. Dimurahkan dan dilimpahkan dengan  rezeki yang banyak. Diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Semoga dalam redha dan keberkatan Allah. Juga semoga Berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Amin.. 
 

Wednesday, August 20

Testimoni : Kehebatan Herba Maharani

Maharani. Maharani. Maharani.

Benda baik memang selalu kena share kan. Biar semua orang dapat manfaat daripada alam ciptaan Tuhan ni. Herba ni memang dibuat daripada tumbuhan yang melalui proses distillation ye. Yang mana hanya pati-pati daripada ramuan sahaja yang diambil untuk dijadikan Maharani.

Sebab tu sangat exclusive dan harga yang baik jugak untuk barang yang baik. Gitu.

Ok. Now nak share testimony tentang kehebatan Maharani ni. Mana yang belum cuba tu, meh try dulu. 1 kotak je dah boleh rasa kehebatannya. Tak percaya? Try lah! Trust me!

Testimoni 1


Ok. ni testimony customer saya ye. Beliau ni memang tengah usaha untuk expected second baby. So, dah setahun stop ambil perancang. Biasa lepas stop perancang memang ambil masa yang sangat lama untuk stabilkan hormone kan.

Sekotak pengambilan, tak habis pun sekotak tu. Alhamdulillah she's pregnant. Usaha beliau bersama Maharani. Allah makbulkan. Sekarang baby dah nak masuk 4 bulan kalau tak silap. Baby boy lagi. Bestnya lahai..hiks.

Oh. ada lagi sorang testimony cust. preggy lepas pengambilan Maharani. Ofismate saya. Selepas keguguran sebanyak 2 kali + ada cyst. Beliau nak try with Maharani.

Pun sama, belum habis sekotak beliau pregnant dan Alhamdulillah selamat melahirkan pada 11 Ogos baru ni. Now tengah bercuti pun.

Kita usaha Allah yang tentukan. Why not try dulukan.

Testimoni 2

Cust pun akui produk ni secure dari segi packaging. memang terbaik lah kan.

Baru beberapa hari makan Maharani dah terasa perubahan. Rasa muka lebih glowing. Bestnya lahai..

Maharani cuci Rahim. Mana darah period yang tinggal yang melekat-lekat semua Maharani kasi keluarkan. Cust kata makan Maharani lagi baik dari makan ehemmmmmm tett.. Maharani menjanjikan "Kesihatan Dalaman Kecantikan Luaran" tau!


Testimoni 3


Maharani juga sangat bagus untuk yang ada masalah keputihan ye.
Cust ni, dengan  Maharani pembuangan lebih lancer, lebih lawas. Keputihan pun dah tak ada. Badan pun jadi lebih segar.
 
Banyak lagi kebaikan dan kehebatan Maharani ni. Later-later I share lagi ok. Hikssss.

Btw, testimony saya sendiri yang berpantang dengan Maharani pun ada.
Berpantang bersama Maharani
 
So, tunggu apa lagi. Hargailah dan sayangilah mahkota kewanitaan kita tu. Kerana dirimu begitu berharga.
 
Berminat do pm/ sms/ Whatsapp 017 4796944.
 
Nak Tanya, tapi tak nak beli pun boleh. Anytime! Contact me.
 



Monday, August 18

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

CPUV Nuffnang IKEA - SISAN (Re-launch Campaign )

Alhamdulillah..

Lekat lagi 1 iklan. Mihmhmih.. Sejak-sejak dapat iklan daripada nuffnang ni, Rajin aku jengah ke Nuffnang kot-kot ada lagi iklan yang melekat menari-nari gitu.


Satu ni jela yang on Going. Yang lain dah credited dah. Wuuuuuu.. Walau tak banyak tetap bersyukur. Mudahan yang sedikit ini membawa berkah dan memberikan yang lebih banyak nanti. Amin..

Cerita pasal IKEA, aku pernah pergi sekali. Ye. Sekali je buat masa ni lah. Next next time InsyaAllah kalau ada rezeki.

Gila punya gila lah kan kalau pergi IKEA ni. Menggila pandang sana sini. Oh itu cantik, Eh sini pun cantik.. Ah semua pun cantiklah. Ha gitu punya gila.

Nak-nak pergi kat tempat yang macam dia buat set-set tu  kan. Bilik tidur, Dapur, Hall. Tengok perabut semua pun berkenan. Terus nak tiru sejibik macam IKEA tapi pitis je nan hado. Sobss.

Masa tu pergi sekali dengan family abang aku yang duduk putrajaya. Angah la yang tolong bawak. Dengan mak aku sekali ada. Ingatkan aku yang gila. Rupanya hubby aku lagi gila. Time tu dia paling win. Semua dia capai kalah aku yang isteri ni. Patut kite la orang perempuan yang tak senang duduk. Ini tidak. Haih..

Aku rasa berjam jugak duduk dalam tu. Last-last Angah aku dengan wife dia dah surrender keluar awal, bawak anak-anak pergi makan aiskrim kat kaunter luar tu kan. Aku laki bini tak selesai lagi. Last mak aku pun dah bising-bising suruh cepat sebab dia dah tak larat nak jalan. Miahahah.

Keluar tu nah! 2 buah troli kau. Penuh dua-duanya. Tak tahu aku apa yang kitorang beli. Kalau time tu nak masuk rumah memang syok sangat lah. Teringin nak pergi IKEA lagi..

Tunggu kumpul duit blog ye!. (c.c Mr. Nuffnang)

Btw tengs Nuffnang and Ikea too!

Nampak iklan ni nari-nari situ, mohon klik-klik la sama ya..

TIA!

Thursday, August 14

Femi9 Wash (Rahsia Penjagaan Intim Wanita)

Kecintaan kini dan selamanya.


Dulu masa sebelum kenal dan jatuh cinta dengan femi9 Wash ni, aku main hentam kormo je. Mana dan. Tak kesah pun brand apa bedal je. Janji hado.

Tapi sejak preggy yang no 2. Aku mengalami masalah sikit. Adalah berkaitan wanita kan. Doc cakap memang normal untuk wanita yang mengandung. Tapi bagi aku sangat-sangat tak normal dan aku sangat-sangat down dengan diri sendiri masa tu.

Dua kali pergi klinik jumpa doctor. 1st pergi, doctor bagi pencuci jugak. Jenama biasa je. Tapi memang klinik tu biasa guna jenama tu. Ok balik try. Seminggu kemudian, masih sama.. Masalah tak selesai.

Stress tahap menangis ok!

Pergi semula ke klinik sama. Doktor kata its normal. Lepas bersalin nanti ok. Dey, nak tunggu sampai bersalin lambat lagi hoiiiii.. Laki aku macam mana? haaa.. Doktor bagi krim untuk sapu. Ok. Berkesan. Tapi larat nak bergantung pada krim?

Aku risau krim tu effect baby dalam kandungan walaupun doc kata tak ada efek apa-apa pun. Tapi aku tetap risau.

Solutionnya. Aku berminat dengan Femi9 Wash. Biz partner perkenalkan. Beli dulu cuba sebotol.

Guess what?? Amazing! Masalah selesai. Aku selesa. Segar sentiasa. Bau Wangi saadonya.

Masalah lain-lain pun hilang jugak. Aku selalu kalau macam hari tu banyak sangat berjalan, lepastu kalau selalu masuk keluar toilet, mesti akan macam melecet, lepastu gatal-gatal.

Tapi sejak aku gunakan Femi9 Wash ni. Seriusly, aku dah tak hadapi masalah tu lagi. Tak payah pakai panty liner pun ok je rasa.


Haritu masa raya, lupa nak bawak balik kampong. Rasa macam. Ish. Sakit hati pulak mengenangkan bendalah ni tertinggal. Mujur balik tak lama. 4 hari je. Lepas balik rumah, tonyoh siang malam pagi petang. Tak ada masalah.

Setiap kali masuk toilet mesti cuci pakai ni. Almaklumlah mana tau kot-kot nanti hubby nak intai-intai kan. bahahahah. Tetttt..

Korang nak try boleh contact I personally directly. Belum cuba memang tak jatuh cinta. Sekali try confirm korang tolak dah yang lain. Trust me!

Ida : 017-4796944 (wassup/ sms only)

Mengatasi Masalah Sembelit Baby.

Rania kalau datang sembelit dia punya melalak menangis menjerit-jerit macam kena dera. Masa mula-mula kena tu, I was eh, nak buat apa ni. Kenapa ni. Sakit ke, Sakit kat mana. Panik betul.

Aku perasan Rania jenis perut tak tahan. Silap sikit je, mesti sembelit. Syukur sangat aku bertegas nak tunggu jugak umur dia 6 bulan baru start solid food. Kalau start lebih awal macam kakak Raisha dulu, early 4m dah start with cereals. Senang sungguh jadi seorang ibu. Deng!

Biasa baby yang fully breastfeed ni memang akan susah nak kena sembelit sebab susu ibu senang dihadam. Tapi once dah start solid food pun memang akan ada jugak isu sembelit ni.

Sebab tu kena try and error! Masuk 6 bulan, start solid food dengan 4 days rules. Jangan main hentam kromo je. Sebab kita tak tahu perut baby tu tahan ke tidak.

Aku pun start Rania ni baru ada kesedaran sivik. Masa Raisha dulu pun main hentam kromo je. Senangkan nak jadi Ibu ni. Deng!

And guess, memang Rania banyak sangat yang perut dia tak tahan. Apple, Carrot, Pisang, Betik masa mula-mula intro semua tu punca dia sembelit. Tak PooPoo 2, 3 hari. Baby kalau dah start solid food make sure yang dia poopoo hari-hari tak pun 2hari paling lama.

Tapi sekarang dah ok sikit. Banyak dah boleh makan. Aku pun tak adalah pantang larang sangat. Tapi mana yang macam hover sangat tu, aku tepiskan jugak.

Antara tanda-Tanda Sembelit

* Menangis ketika meneran untuk membuang air besar. Biasa memang akan resah gelisah. Serba tak kena.

* Terasa keras berketul di bahagian perut belah kanan atau kiri.


Cara Mengatasi

Aku biasa kalau Rania start melalak masa nak Poopoo tu, aku bukak seluar, kadang biar dia pakai pampers je. Sebab masa ni muka berpeluh-peluh nak meneran. Kesian betul.

Lepastu, Sapu perut dengan minyak baby. Aku guna minyak Yuyi..Serasi betul dengan Rania.

Then, urut perut baby perlahan. Dengan gerakan memutar berlawanan arah jam.

Selang selikan dengan gerakan seperti mengayuh basikal. (Baringkan baby dengan kaki ke atas). Untuk memudahkan pergerakan najis keluar.

Biasa memang dia akan menangis merauang, susah sangat nak tenangkan dia. So, aku bawak dia masuk bilik air rendam dalam tub. Make sure dengan air suam. Baby akan tenang dalam tu. Siap boleh main-main air lagi.

Sambil rendam tu, air jangan banyak sangat. Takat paras pinggang je. Sambil-sambil tu still urut perlahan perut baby dengan gerakan beralawanan arah jam.

InsyaAllah. Cara ni berkesan sangat dengan Rania. Masa aku buat tu, rendam dia dalam tub tu, after 5 minutes macam tu, bulp bulp. Keluar poopoo dia berketul, panjang pulak tu... bhaa. =p. Kadang-kadang dia kentut-kentut lagi. Bau memang terbaik. Hiks. =0

Bagi baby minum jus untuk mudahkan pembuangan najis. Macam Rania kalau bagi Mangga atau Pear, memang pelawas la. Sekjapan saja dia membuang. Biasa lepas dah rendam dalam tub tu, baby akan lebih tenang.

Yang penting kena minum air masak banyak bagi baby yang dah start makan ok.

Hai! I'm Rania.  Happy reading and Happy nice Day aunts and uncles.
 
Muka budak happy time tak sembelit. Nak jalan sangat dah budak ni.
 
 
p/s : selagi boleh elakkan untuk bagi ubat, sila elakkan. Kesian baby kecik lagi. Tapi kalau cara diatas tak berkesan. Kira sembelit tahap extreme. Sila jumpa doctor. 

Tuesday, August 12

Pilihan : Jamu @ Herba Ketika Berpantang.

Berpantang.
 
Dengar je pasal pantang mesti semua stress. Dalam kepala dah fikir tak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Semua benda tak boleh buat. Duduk terperuk je dalam rumah.
 
Walhal berpantang ni boleh didefinisikan sebagai 'Waktu berehat'.
 
Masa ini lah kita nak berehat, jadi Ma'am. Setelah 9 bulan memboyot ke sana sini, Sakit masa mengandung, sakit masa nak bersalin lagi. Lepastu bila diberi rehat 44 hari, itu pun tak nak. T.T
 
Ok. paham la sekarang ni banyak tuntutan kerja nak kena buat. Kalau anak 1st tu boleh la nak jadi ma'am sangat. Tapi kalau anak dah 3, 4 orang nak jadi ma'am jugak dah tu anak-anak yang lain tu siapa nak uruskan kan?
 
Eh. Aku bukan nak berbahas pasal pantang ke tak. Perlu ke tak. Pandai-pandai urus sendiri situ. Cuma janganlah tinggalkan semua. Bengkung, urut, stoking semua kau tak nak buat. Pastu makan main bedal je.
 
Eh. lantak situ badan sendiri kan. Sok-sok merana sakit sebelum masanya. Nak salahkan siapa. PANTANG?
 
Aku nak share pasal Jamu@ Herba waktu berpantang sebenarnya. Terlajak-lajak pulak membebel. Perempuan dengan bebelan berpisah tiada. Ibarat Raisha panggil ibunya Mak nenek. Tak sedar pulak dia mak nenek yang sebenarnya.
 
 
So, apa beza Jamu dengan Herba?

Jamu : Diperbuat daripada akar kayu, kacip Fatimah dah seangkatan dengannya. Tidak dimasak. Dan kebiasaan jamu panas dan boleh membuatkan sembelit. For sure it's not baby friendly.

Herba : Mostly diperbuat daripada tumbuhan semulajadi. Lebih bersifat semulajadi. Dan pembuatannya lebih neutral. For sure baby friendly.

Ini adalah serba sedikit. Nak tahu lebih lanjut, silalah rajinkan diri mengoogle.

Based daripada pengalaman aku sendiri yang pernah amalkan jamu & Herba waktu pantang.

Jamu : Panas. Sembelit. Tak tahan dan berhenti makan. Badan lesu. Hubungan suami isteri hambar.

Herba Maharani : Serasi. Tak sembelit. Sangat lawas. Baby pun lawas. Badan cergas. Sihat bertenaga hingga ke Malam. Hubungan suami isteri semakin baik. Berat back to normal. Hence lebih ringan daripada sebelum preggy. Kulit muka lebih berseri-berseri.

So, pilihan di tangan masing-masing. Ada setengah orang badan dia sesuai dengan jamu, then teruskan pengambilan jamu. Tak semestinya masa berpantang je. Terus amalkan selagi hayat dikandung badan.

Maharani sendiri sangat sesuai diamalkan sepanjang masa.

Dan kalau tak nak berpantang sangat pun, janganlah culas nak makan jamu @ herba ni. Sebab badan kita perlukan penyembuhan dan pembaikan selepas proses bersalin tu sendiri. Dan tolong juga jangan culas nak berbengkong, urut dan tangas segala.

Jangan nanti stress sebab gemok. Badan dah tak ada cutting. Stress tengok orang anak 8 cutting macam anak dara.

Lepas tu sok-sok ada masalah tombong (Rahim jatuh), Keputihan, Dingin je nak make love or keluar angina pusss pusss daripada Rahim tu. Mohon jangan menyesal! Sila lah cari penyelesaian secepat mungkin sebelum terlambat!!

Ibaratnya dengan Maharani





Sebarang pertanyaan atau info lanjut, jangan malu segan bertanya ya!.



Zahidahnur 017-4796944 (SMS/ Wassup/ Wechat only)

Friday, August 8

2 Years 8 Month Old Versus 10 Months Old

Tiba-tiba tengok anak-anak dah besar. Rasanya macam baru 2 3 hari bersalinkan dorang. Ada niat nak tambah lagi tapi leks lu.. Kasi rehat jap. Letih lelah hoi kena uruskan anak sendiri. Lepas ni target boboi pulak. InsyaAllah amin..

Talkative Raisha.
Raisha sekarang mak ai. Sel-sel otak berhubung setiap hari tanpa henti aku syak dia ni. Sebab mulut pot pet tanpa henti ada je benda nak cakap nak Tanya. Kalau kau tengok tv dengan dia tu, macam-macam soalan dia Tanya. Contoh kalau drama tu dia tengah gaduh anak beranak ke, lepastu menangis. Dia akan Tanya :

Raisha : Bu, Kenapa dia gaduh-gaduh.
Ibu : Sebab ibu dia marah
Raisha : Kenapa sebab ibu dia marah?
Ibu : Sebab dia nakal
Raisha : kenapa sebab dia nakal?
Ibu : Sebab dia tak dengar cakap ibu dia
Raisha : Sebab kenapa dia tak dengar cakap ibu dia?

Haaa macam tulah. Kau rasa? Memang conversation tu tak akan habis sampai kau tukar topic or cerita lain yang menarik perhatian dia. Kadang-kadang aku nak feeling pun tak dapat. Selagi boleh layan aku layan kan la. Tapi bila sampai time aku penat, kena marah la apa lagi. Miahaha

Then cakap supa orang tua. Kadang-kadang petang lepas balik kerja aku ambil dia kat rumah Mil dia tak nak balik. Nanti P.lang dia tolongla hantar balik rumah. Sampai rumah dia boleh cakap ibu ni kenapa tinggal-tinggal kakak? tak bawak kakak balik. Geram je. Pandai sangat cakap kan.


Potty Training
Ikutkan tahun Raisha dah 3 tahun. Sebab dia lahir tahun 2011. Tapi sebab dia lahir hujung tahun. bulan 12, so kira baru 2 tahun 8 bulan la umurnya. Patutnya umur cenggini dah pandai membuang kat toilet. Tak perlu lagi pakai pampers.

Tapikan aku ni ibu berkejaya, tak sempat sangat nak ajar. Harapkan weekends jela. tu pun kadang-kadang aku malas. hehe. Tapi aku target sebelum umur genap 3 tahun 9 Dec ni kena juga fully membuang kat toilet.

Raisha ni dah pandai dah tahu rasa nak kencing berak. Tapi kite kena kerap-kerap Tanya, and remind. Kejap-kejap kakak nak kencing tak? kakak jom kencing dulu. Kakak nak kencing cakap ibu tau. Kakak nak kencing cepat-cepat masuk bilik air tau.. haa gitu. Kalau dia tak rasa nak kencing dia cakapla belum-belum. Tadi dah kesing dah.

Ada satu haritu aku try potty train dia. Masa tu dia tengah main-main kat luar dengan anak jiran sebelah. Sekali dia lari masuk dalam rumah jerit ibu, ibu kesing kesing. Aku syak dia nak kencing. Sebab Raisha ni macam tak boleh nak sebut huruf C. Mesti bunyi S kalau dia sebut. Aku pun lari-lari bawak dia depan toilet nak bukak seluar. Sekali Ibu, Kusing. bukan kesing! Dia marah. Rupanya  kucing bukan nak kencing.. Hahaha..Ok kelakar tahap aku gelak sorang-sorang je.


Rajin sangat nak tolong lipat kain. Pantang tengokla orang melipat dia pun nak. Lepastu lipat susun menggunung tingi-tinggi. Lepastu bila runtuh marah-marah lantas stress.. Hahaha. Lawak. Dahla lipat main gulung-gulung je Imagine la budak-budak lipat kain kan. Pastu bila kita ambil nak betulkan pun tak boleh. Marah! Lepastu sendiri nak susun dalam almari dalam bilik dia. Memang bersepah-sepah jadinya. Bukan membantu membanyakkan lagi kerja Ibu. isk Isk.

Bab makan pulak memang pilih bulu Raisha ni. Tapi memang selalu ikut selera ayah dia. Kalau time dia memang nak makan, memang banyak sangat dia makan. Tapi kalau time dia tak nak makan, macam-macam alasan dia bagi. Nanti kakak sakit perut la, nanti kakak muntah lah. Macam-macam!. Tapi all time favvy adalah sup-sup gitu. Ko bagi nasi dengan sup cnfirm makan sampai tak nak berhenti.

Lepas tu bila masak ayam goreng boleh Tanya, sup takde ke bu. Bila kita masak sup, dia akan Tanya ayam goreng takde ke bu? ala, kakak nak ayam goreng. .

Kalau pergi kenduri, ada orang duduk depan dia, orang tu pulak tak makan, or makan buah je mesti dia Tanya Makan buah je ke? tak makan nasi ke?Makcik-makcik sangat tau.

10 Months Old Rania
Favourite port! Memang suka la dia duduk merangkak meraba berjalan bawah meja ni.

Anak aku dua-dua ni cepat dapat kaki. Belum setahun dah boleh berjalan. Raisha dulu 11 bulan dah boleh jalan. Ni adik, aku syak lagi awal daripada kakak dia. Sebab sekarang pun dah memang meraba je nak jalan. Pun dah boleh berdiri tanpa pegang untuk beberapa second. Dapat kaki dulu org tua-tua cakap. Sebab gigi belum keluar pun lagi.

Aku syak dah nak keluar kot gigi dia sebab lately air liur meleleh je. Aku saja cakap dekat ayah dorang adik teringin nak makan nandos kot sebab tu meleleh je air liur. Kikiki. (Wishlist besday girl.ehemmm)


Kikiki.. Dah macam boboi dah. Ampun nak, ibu teringin sangat anak boy. Huks. Pinjam kopiah abang Ammar kat belakang tu. Kakak Raisha tengah nak ngorat Ammar masa ni..miahaha.

Masa mula preggy lagi aku memang teringin sangat nak anak lelaki, Kira mengidamkan 1st baby is a boy. Tapi tulah, perancangan Tuhan tu lagi best kan. Yang 2nd lagilah mengharapkan boy. Sebab sepasang best!. Tapi masih lagi perancangan Allah yang terbaik.

Masa preggy anak ke-2 aku memang doa nak anak lelaki sangat-sangat, tapi kalau bukan itu yang terbaik untuk aku dan keluarga, aku redha kalau masih dapat gigirl. Tetap bersyukur.

Tapi baru-baru ni baru aku Nampak hikmahnya tuhan tu tak bagi aku anak lelaki. Masa tu pergi open house somebody ada parents ni anak lelaki dia menangis mengamuk-ngamuk. Aku tak tahu sebab apa, sebab masa aku sampai je memang dah melalak tak hingat. Kita parents ni kadang-kadang tahap kesabaran tu tak tinggi mana pun.

Bila pujuk elok-elok tak menjadi, lama-lama geramla jugak kan. Lastly, kita marah-marah end up pukul or rotan sikit.

Tergerak hati aku, sekarang pun aku jenuh nak tahan sabar melayan the girls, macam mana la kalau aku kena sabar nak melayan  boys. Subhanallah. Sebab sekarang aku uruskan sendiri anak-anak. Hubb keje jauh. So memang kena sabar sangat-sangat sebab budak membesar kan memang banyak ragam. Lagi-lagi waktu tengah keletihan. Allahuakhbar. Urut dada oii kalau anak buat perangai.

Aku bersyukur je sebab Allah kurniakan 2 orang bidadari untuk aku. Dia Maha Mengetahui, yang rezeki kami, hub kena kerja jauh. Yang kitorang suami isteri tak pernah jangka.  Maka Dia tak izinkan aku dapat baby boy sebab Dia tahu aku tak mampu nak lalui sendiri. Hebat kan?!



Sekarang dah boleh main sama-sama. But sometimes kakak tu agak kasar. Kadang adik pasrah je. Bila mood tak ok baru nangis kalau kakak kasar dengan dia.

Tapi adik boleh tahan jugak mengusik. Pandai nak ngusik kecik-kecik pun. Tak padan dengan cenonetnya. Ishhh.

2 tahun lagi kite tambah korum lagi ye dak. Target is Boy! Bye!

Thursday, August 7

Kenangan Dulu-dulu (Zaman Menjadi Budak-budak)

Seronok kan jadi budak-budak. Tak payah nak fikir masalah Negara sangat. Tak payah nak fikir esok nak pergi kerja nak pakai baju apa. Kalau yang mak-mak pulak tak payah nak fikir esok, lusa, tulat, tungging nak masak apa. Miahahaha.

Tapi masa jadi budak-budak dulu selalu terfikir bila lah nak besar ni. Macam best je jadi orang besar pergi kerja, pakai baju cantik-cantik. boleh bawak kereta dan macam-macam lagi. Dasar manusia kan. Bila budak-budak, sibuk nak jadi dewasa. Bila dah dewasa rasa best je jadi budak-budak sampai bila-bila. Bila bujang, sibuk nak kahwen. Bila dah kahwen terfikir kadang-kadang best jugak kalau bujang. Derrrr tak paham!

Jom watch out kenangan masa zaman kanak-kanak dulu.

1.   Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. Tak pun nyayi depan kipas. Fefeeling macam artis tengah perform atas pentas.

2.   Masuk dalam bilik kosong, cakap or jerit kuat-kuat sebab nak dengar suara bergema kat belakang.

3.   Naik basikal boleh lepas tangan dari 'handle' rasa hebat sangat. Bangga lepastu kembang-kembang hidung.

4.   Tutup peti ais slow-slow sebab nak tengok bila lampu dia padam.

5.   Main belon sabun dalam bilik air time mandi sampai mandi berjam-jam

6.   Koyak tengah-tengah buku tulisan sebab nak buat kapal terbang atau sampan.

7.   Kawan terpijak kasut sekolah lepastu pijak kasut dia balik.

8.   Ikat tali kasut kawan dengan kasut orang lain.

9.   Lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku tulisan main cikgu-cikgu dengan adik pastu tanda buku tulisan siap buat bintang @ tanda soal.

10.   Tak bagi kawan tiup sharpener sebab nanti takut tumpul.

11.  Hembus nafas kat cermin lepas tu tulus blues untuk aku/ saya sayang awak

12.  Naik kereta lepastu tengok bulan macam bulan tu ikut kita.

13.  Tuang air dalam piring sebab nak bagi sejuk lepastu minum air dalam piring tu.

14.  ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

15.  Susun snek (super ring) kat jari-jari pastu makan satu persatu

16.  Curi-curi buka tin milo kat dapur pastu makan 2-3 sudu.

17.  Masa puasa masuk bilik air konon-konon nak kumur, pastu buat-buat tertelan air. Lega!

18.  Kalau tiba-tiba terkencing tengah malam atas tilam, cepat-cepat ambil kain lain alas. dengan harapan esok kering.

19.  Anda mesti tersenyum sorang bila baca memory kat atas.

Ada lagi tak kenangan-kenangan korang masa zaman kanak-kanak. Tak banyak pun mesti jadi jugak 1-2 perkara kan? Hiks..

Jom Share kenangan yang korang ingat yang best-best.

Wednesday, August 6

CPUV Nuffnang - Air Asia Go Sale

Rezeki di bulan syawal raya. raya. raya.. Pestime dapat cpuv oi...oi..oi.. Eksited tak tau nak habaq gu mana.. Bertahun kot dah blog ni.. macam chipsmore.. Kejap ada kejap tiada.. Tup tup ada jugak yang sudi.. Mekasih daun keladi dearest nuff.

Puas ku mengoogle apa itu CPUV. Kalau dapat cpuv tu apa nak buat.. Almaklumlah blog suam-suam kuku. Trafik pun tak umpama.. Tapi since dapat cpuv yang kepertama sekali ni, saja nak show off sikit. Mohon kawang-kawan blog singgah-singgah la sini..kasi trafik cantik sikit.. Lepastu jangan lupa klik-klik kalau Nampak iklan Air Asia tu joget-joget kat blog ye.

see...baru 0.01..sedihnyaa..kesiannn. hukhuk.. Mehla tolong akak yang baru setahun jagung ni nak merasa income hasil cpuv nuffnang ni berdikit-dikit.. Ke ade sesiapa nak pergi Korea ke, boleh tengok-tengok kat air asia go sana..

Dear nuff, blog hakak ni memangla tak famous amos. Trafik pun tak lancar. Mohon bagila lagi peluang kat hakak ni untuk cpuv 2,3,4 dan seterusnya..baru hakak semangat nak hupdate setiap masa.. Okbai

Ceritera Raya 2014

Masih dalam mood raya lagi. Rasanya raya ni berat pun dah naik berkilo-kilo..
 
Tahun ni giliran beraya di Negeri Sembilan. So, kalau turn kek nogori 9 memang tak ada istilah balik kampong. kikiki..sebab rumah mak mertua den dokat yo ngan umah den.. Sepelaung yo..Kontut pun buleh donga..hahaha
 
Pagi raya lepas sembahyang raya, pergi kubur arwah ayah dulu (al-fatihah) untuk arwah.. Lepas tu baru kite marathon beraya kat kampong mak mertua kek Rembau yawwww.. Bestla jalan-jalan kampong. Yang best sekarang tengah musim rambutan.. Dekat rumah wan (panggilan nenek sedara) ape ntah namo ea lupa dah sedap sangat rambutan. Dah la merah, lekang pulak..ishh..ish...teringat-ingat je. Wan tu dah pesan dalam 2 minggu lagi boleh balik kutip rambutan.. Syiokkk!
 
Owh tahun ni rezeki hubby dapat bercuti.. Alhamdulillah. Baru bertugas di tempat baru, risau je tak dapat cuti. Tapi dapat jugak, seminggu cuti. Sekarang dah lemau balik sebab hubby dah kembali bertugas.. tskkkk.. (mohon hubby cepat dapat tukar.amin.)
 
Jalan-jalan raya kat Rembau sampai tengahari. Sebab rushing petang dah nak balik Perak. Yeayyyyyy! Mil nak jalan beraya kat Perak pulak tahun ni.. TQ Mil ku sayan
g..hiksss.. dapat balik Manjung awal..Kalu tidak raya ke-2 baru nak balik ikut plan hubs.
 
Di perak sampaila hari ke-4 raya.. Sekejapan sajo.. Tapi tetap bersyukur dan best. Lepas tu balik Seremban dan marathon lagi beraya rumah sedara-mara dan kengkawan hubs. I olss tak de kawan sangat kek somban ni haaa.. harap kengkawan ofiss je. Sedih~
 
Menu yang paling aku suka masa raya ni adalah nasi impit dengan kuah satay. Mahap takde gambar nak show off. Tapi kalau korang biasa makan satay padang, kuah dia macam tulah. pastu makan ngan nasi impit, tabor bawang goreng sikti, tabur keropok  macher.. Der berulang-ulang makan.. (tak ada gambar nak show off) Sorry!
 
 
 
Raya pertama.. Cadang nak tema warna Coklat.. Tapi dah mencari baju tak jumpa. Bedal je ape yang ado. Tetap cantik sedondon ken...kikiki.
 
 
 Keluarga Mertua saya.. Oh ni raya ke-2. Nan hado OOTd Raya masa ni.. Sebab plan nak jalan-jalan je beli Ikan bilis segala mak nek adik beradek kat lumut.. Sekali jalan sekejap kat Marina Island. Posing-posing sikt.. Eh, sape-sape yang singgah kat lumut, pangkor tu meh roger-roger la.. Itu pun kalau balik perak la.
 
 
Sekian, certia raya saya.. Now dah mula bekerja.. Lemau nak mamps.. Tak tau nak buat kerja apa..hahaha.
 
Cerita raya korang??