Penuh kesopanan dan kesusilaan entry kali ini.
Bila disebut mengenai Syurga. oh indahnya tidak dapat dibayangkan. Andai kata kita boleh melihat keindahan syurga itu, pasti kita semua berlumba-lumba untuk dapatkannya kan?
Kaum Wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. akan tetapi ,
WANITA/ ISTERI dijamin syurga jika...
- TAAT selama menjadi Isteri
- TAAT menjaga maruah suami
- TAAT menjaga rumahtangga dan anak-anak suami.
Sabda Rasulullah SAW kepada anaknya Fatimah
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya,
Menyikat janggut suaminya, menggunting misainya, memotong kukunya,
maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan dia diringankan
seksaan ketika sakaratul maut,
di dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga
dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada siksa neraka
dan melintasi selamat Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."
-Hadis riwayat Hassan bin Sofwan, At Tabrani dan Ibnu Asakir-
Dengar macam mudah. tapi nak melaksanakan?? tepuk dada tanya selera!
Mudahan saya, kamu, awak dan isteri-isteri sekalian tergolong dalam golongan yang diredhai suami. kerana redha Allah terletak pada redhanya suami kepada isterinya.
Oh.tetiba mood nak jadi mIsteri Solehah!.
p/s: tiada manusia yang sempurna. sama-samalah kita perbaiki diri dan segala kelemahan yang ada. itu adalah lebih baik daripada terus dihimpit kealpaan.
No comments:
Post a Comment
Tenkiu