Thursday, September 27

Kekuatan Untukmu Untukku Jua

Selalu bila ada sesuatu perkara yang kita tak ingini berlaku pasti kita akan cakap "Ada hikmah disebaliknya" Ada hikmah tetapi sejauh mana kita dapat harungi masalah tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. Sejauh mana kita dapat meyakini hati ini bahawa memang ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Akan tetapi hati pasti sering menyalahkan, hati pasti akan menyalahkan dan hati pasti tidak dapat mengiakan segalanya.
 
Sejauh mana kita kuat untuk hadapi segala masalah yang mendatang? sejauh mana hati ini dapat mengiakan dan berharap everything will be ok. will be ok..will be...kenapa kadang kala terlalu berat untuk menerima hakikat dan terlalu berat untuk hati ini menerima segalanya denga Redha?
 
Redha dengan ikhlas menerima..tapi dalam hati adakah benar benar kita ikhlas?atau sekadar pasrah atau kita terpaksa? Mulut menyatakan ya aku Redha, akan tetapi hati? menepis sekeras-kerasnya..mulut mungkin dapat menipu akan tetapi detak hati??
 
Tetapi percayalah pasti segala yang berlaku ada hikmahnya..Janji Allah. DIA tak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan mereka..Allah MAHA Mengetahui. DIA Mengetahui segalanya. DIA Mengatur Segalanya..Setiap perancangannya pasti bersebab dan pastinya demi kebaikan hambaNya.
 
Sesuatu perkara yang berlaku, amiklah ia dari sudut yang positif..kerana apabila hati menerima dengan pandangan yang positif, pasti kita melihat bahawa ianya adalah suatu TAKDIR.. takdir yang telah ditetapkan. Takdir yang telah ditulis buat kita. Sekalis gus menyedarkan kita bahawa Allah sentiasa ada dan selalu ada.Dan segala yang terjadi adalah kehendaknya. Maka percayalah bahawa JODOH, PERTEMUAN, AJAL MAUT  ditanganNya..siapa kita untuk menidakkan? siapa kita untuk mempertikaikan?
 
Apabila ianya diambil dari sudut negatif, pasti hati akan lebih tersasar. sering menyalahkan. sering mengeluh. tapi pada siapa kita hendak salahkan? siapa yang salah? kenapa mesti aku? Why why whyyyyy??persoalan persetan yang akan membuatkan hati menjadi semakin rapuh..rapuh dan mungkin akan terus berderai........
 
Kembali kepada realiti. kehidupan harus diteruskan..by hook or by crook, harus ditempuhi. harus dilalui. harus diteruskan. betapa sakit sekalipun, betapa perit sekali pun, betapa seksa sekalipun..mesti diteruskan..MESTI.Bangkit semula. Bangun kembali. Kembali kepadaNya. teruskan berjalan, teruskan berlari.berkat kesabaran pasti dihadapan ada SINAR yang menanti.
 
Ujian yang diberi hanyalah sebagai ingatan agar kita tidak terlalu jauh dariNya.Peringatan tanda KasihNya. Perbaiki kelemahan, Mantapkan Keimanan, InsyaAllah, DIA tidak akan mengecewakan. TIDAK AKAN.

Wednesday, September 26

Expecting For Two..

Wottt.woootttttt.
Assalamualaikum.

yes.yes...actually aku nak bukannya sudah atau sedang ok..yela, sape tak nak tambah anak kau..aku nak dan aku suka..tapi untuk masa sekarang tidaklah. kena merancang jugeks untuk ekonomi rumah tangga yang lebih kukuh dan juga pastikan yang Raisha benar-benar sedia untuk jadi kakak..auuuuuwww!asyik panggil adik je mane nak sedianya pun..

Now pun Raisha tengah sangat-sangat lasak dan manja ++. jadi as a parents kami kena bagi sepenuh perhatian ke si Raisha tu lah kan. sekarang ni dia terlebih lebih manja dengan ayahnya..owhhh.jeles makkk!.dia nak ngan ibu time tido jela pun kan...sebab nak mengopek.
 
Raisha pun dah nak masuk 10 bulan bulan depan. sekarang ni dah berjinak jinak nak jalan.dah boleh berdiri tanpa bergantung benda dengan agak lama. dan baru semalam dah boleh melangkah untuk setapak dua..Alahmdulillah..tengok anak membesar depan mata adalah satu anugerah yang sangat-sangat terindah.hari-hari pun rindu dengan keletah Raisha..


tengoklah ini budak suke beno buat macam dia dah besar. macam dah pandai sangat. sekarang aku anta Raisha pegi umah bs a.k.a MIL aku letakkan aje dia kat seat sebelah tu dan aku pakaikan seatbelt. daripada kecik memang semua pun dia tak suka duduk.baik la storller, walker dan jugak car seat tu ha..mujur makkk tak beli yang memahal tu kalau tidak membazir sajo.

belajar ABC dengan ayah
A: A B C
R : Eaa eaaaa eeaaaa
A: B
R: eaaaaa.(masih tunjuk dekat abjad A)
A: B B B
R: eaaaa eaaaa eaaaaa
I: hahahahaahah (gelak je aku)
Bila cakap jer Raisha baca ABC,cecepat dia mencari buku abc dia tu..comelllllll!!!
Raisha cok gigi.cok gigi..dia pun nganga mulut.aku pun gosok ler dua tiga kerat gigi dia tu..kalau suruh dia gosok sendiri.abih di rodoh dan digigitnya berus tu..aku riso kot kot gusi dia sakit ke ape ke kan. tp suka je pulak dia..mak aku pernah tego aku sebabnya aku marah Raisha macam aku marah budak dah besar. macam dia dah paham apa yang aku cakap..contoh kan : dia main lasak alih alih terjatuh ke or terantuk ke mesti aku cakap dengan nada marah, haaa kan ibu dah cakap jangan, awak tak nak dengar. kan dah jatuh..pehtu aku bebel bebel kat dia.hehe.bagi aku lah dia paham je kot apa yang aku cakap. cuma dia kecik lagi dan tak reti..eh?
Nengok Rasiha buat muka macam ni cair lebur hati ibu nak oiiii.
Dear Raisha,
Sekarang ni apa je benda yang Raisha buat semuanya menghiburkan hati ayah ibu..tengok keletah Raisha hari hari pun rasa rindu je.sangat sangat menjadi pengubat dan ubat dan madu untuk kami. tapi kadang-kadang terasa pahitnya tapi ibu ayah telan dengan segala kemanisan yang ada..
Raisha sayang, semoga Raisha terus membesar menjadi anak yang solehah, bijak, cerdik, pandai, comel dengar ckp ibu ayah, taat pada agama bangsa dan negara. Ibu ayah akan lakukan yang terbaik untuk Raisha. dan kami juga sedang berusaha untuk menjadi ibu ayah yang terbaik buat Raisha. InsyaAllah.
Moga keluarga kita sentiasa berada di bawah Rahmat dan Kasih SayangNya. Diberkan segala kekuatan, keberkatan dan semoga kasih sayang kita sekeluarga sentiasa erat di bawah Tali kasih SayangNya.
Ibu sayangggggggggggggg Raisha dan Ayah a lottttt. kalian lah buah hati pengarang jantung ibu..always miss and luve both u my dearest! <3