Thursday, August 20

Malang Tidak Berbau ~ Kereta Dilanggar Momokkkkkkkkkkkkk



Malang memang tak berbau ye dak. kereta parking baik depan rumah tak cari pasal dengan orang lain pun jadi mangsa..alahaiiiiii..sedih! jaat tau momok nihh *babab* haaa

Misterius sangat momok langgar kereta aku kan..dah orang yang melanggar tu tak nak mengaku salah. berlapang dada jela anggap momok yang langgar. ~sighhhh~

Alkisah ni ade dekat 3 minggu dah kot berlalu. masa dalam mood dan suasana raya lagi. masa kejadian tu memang ktorang semua tak ada rumah. pergi beraya kat Putrajaya rumah abang aku dia ada buat makan makan sikit. kereta ni park je kat luar memang malas nak bawak masuk.

Tengah sedap lepak lepak kat rumah angah aku tu, jiran sebelah rumah kol hubby. dia tanya kereta rosak ke. bumper kereta jatuh dia cakap. masa tu aku ngan hubb bajet macam jatuh sikit je. sebab aku memang pernah langgar divider bumper tu patah sikit tapi hubb dah pasang balik dah. kot yang tu ke terjatuh ke kan. sekali jiran tu kata jap nak wassup gamba. 

tengok gamba yang dia wassup tergamam masing masing laki bini. terkedu jap. Allah. ni teruk ni..huaaaaaaaaa!! menangis dalam hati.. sobbbbbbss

laki aku dah tak senang duduk dah. mujuq jugak bukan kereta kesayangan dia yang kena.. huhu. tidak kalu mau dia moody 7 hari 7 malam aku syak.. ni dia macam ileks ilekss lagi. dalam pada jom balik jom balik tu dan jugak duduk lepak lepak jap. 

Sampai rumah. jiran jiran kiri kanan semua pun keluar. masing masing pun cerita pung pang pung pang. aku tak amik port sangat. dorang geng suami suami je cerita kat hubby. tapi kesimpulannya masa kejadian tu memang jiran kiri kanan aku ni nampak. cuma diorang duk ngintai dari dalam rumah je. masing masing pun macam takut takut nak buat statement. takut silap kan.

ko tengokk!! bengkok oiiii.. bumper depan tu memang jatuh terus..sportim tayar belah kanan tu pun bengkok. tak taulah cmne momok ni langgar..

berdasarkan cerita jiran ni, dia nampak kereta putih orang perempuan yang langgar. dan kebetulan orang depan rumah aku ni memang ada kereta Alza warna putih. dan memang orang rumah dia yang bawak kereta tu. aku biasa nampak. dan nak sedapkan cerita lagi, jiran tu pun baru pandai pandai bawa kereta. *dengggggg!* ntah ada lesen ke tidak pun tak tau.... Allahu.

suspek masa tu tengah reversed kereta pastu dah terlanggar kereta aku, terus kelam kabut dia bawak kereta masuk rumah sampai ter langgar langgar tong sampah sendiri. jiran aku cakap. tapi silapnya jiran tu pun tgk dari dalam rumah je. dia pun tak keluar. urmmmmmmm..

tak lama lepas tu suami suspek tu pun balik. dorang ni ada bukak kedai makan kt seremban sanun tu. so, laki dia balik hubby aku pun cakap la bla bla bla. terus suami suspek masuk dalam nak tanya orang rumah dia..

keluar je dia cakap " isteri saya kata tak da dia tak langgar. kereta saya pun tak rosak apa apa. kalau abang tak percaya boleh tengok sendiri"

tapi memang pulak kereta dia tak de plak kemek ke calar ke benda. elok je pulak. ntahlah.. dah 3 orang jiran aku nampak kejadian tu. tapi orang tu tak nak mengaku pulak. nak buat guane dak?? berlapang dada lah sayang kataku kepada suami..miaahahaha..

terpaksalah claim insurang sendiri..huaaaaaaaaaaa!. mahal lah tahun depan nak renew insurans asbestos sungguh! malam tu jugak hubby aku setelkan buat report pastu towing terus masuk bengkel.. pukul 3 pagi baru hubby balik rumah. kesian dia.. 

dah 3 minggu kereta di hospital sanun tak tahulah apa kabarnya disana.. hubby ku tu sibuk kebeno nak kol bengkel pun tak dok masa.. bertabahla memasing. InsyaAllah mudahan ada hikmah yang baik baik disebalik kejadian. tetiba dapat derma kereta baru pulop ke. anda menang kereta ke. ye dak??????? mihmihmih.

sedih tau keto ni tak dok. aku suka bawak kereta ni sebab dia auto...bahahaha!


ok. sekian melaporkan. kesian momok tak pepasal dipersalahkan. eh.panjang pulak story aku ye dak..

notadirisendiri : aku ngan hubby beranggapan yang ni semua memang angkara jiran aku tu. berdasarkan kepada saksi kejadian dan jugak tindak tanduk suspek semasa soal siasat..aiceeeeehhh.. memang muka akk tu takut takut macam orang bersalah.. (lepas kejadian pun kereta tu 2 minggu tak keluar rumah ko tau tak) tapi tak mengapalah. pasrah~

Wednesday, August 19

Kun Fayakun - Jadi, Maka Jadilah Ia...

Amboi tajuk.. lamanya tak bersiaran. Malas sebenarnya bukan hape pun. tapi sekali sekala hupdate jugak lah memadangkan Nampak ada masuk cpuv baru.


Apa yang jadinya?
Secara rasminya aku mengandung anak yg ke-3..yeayyyyyyyyyy!!..hahaha. sebenarnya ramai yang tak tahu. Act memang aku saja tak nak bagitahu. Tapi kalau ada yang bertanya tu, aku jawab lah jugak kan.


Dah nak masuk 24w pun. 6 bulan dah pun..huahuahua.. Agaknya pregnant kali ni perut aku macam kecik sikit. macam tak Nampak sangat. so, orang pun tak boleh nak jangka gamaknya la. since aku pun suka pakai baju beso beso sekarang ni.


Cuma opismate aku ni je dapat detect awal. tu pun masa kandungan nak masuk 4 bulan. dorang dapat detect bukan sebab apa sebab aku asyik solat je.. tak pernah pulak Nampak aku cuti solat..hahaha. kelakau sungguh dorang nih.. sampai solat tak solat pun dorang perasan. so, aku confess kan jela mmg aku pregnant..mihmihmih..


Bukanlah nak rahsiakan sangat ke apa ke.. tapi untuk 3rd pregnancy ni aku macam ntahlah lain macam sikit. bukan tak bersedia ke ape. dah Allah bagi tu, maknanya dia taula kita dah ready kan. Cuma yela, aku memang planning pun. Makan ubat of coz. then ada la protection yang lain lain..cuma memang aku tak cucuk ke ape. Ingat next kena pakai IUCD. jarakkan sikit kan.. seriauu pun seriauuuula temah..


Membe ofis pun cakap aku ni ter-over subur..serpih serpih pun menjadi jugak dia..bahahaha. Agak dalam kandungan aku 2 bulan tu, aku memang aktif exercise. Dengan squatnya, Sit upnya, memang aku workout ok nak kuruskan badan punya pasal. Dengan join aerobic. Setiap sabtu pagi pergi jogging lagi. Tapi tulah dah Tuhan kata rezeki aku, memang elok je dia membesar tanpa masalah. Kita merancang tuhan yang menentukan. Cuma mula mula tu aku macam lah tak kan la kot.. Masa bila pulak jadinya bla bla bla.. Adoi.. Tapi bila muhasabbah balik, kenapa nak pertikai? aku ada suami kan. Orang lain berusaha nak anak. belum lagi ada rezeki. Aku dah Allah bagi kenapa nak ter ekk ekk ekk. Luku kang haaa!!


Anak tu pun salah satu cabang rezeki jugak kan. Orang lain murah rezeki tang lain, aku murah rezeki tang anak.. pun Alhamdulillah.. syukur sangat.


So far, tak tahu lagi jantinanya.. ikutkan jauh di sudut hatiku yang paling dalam sekali memang nak 3rd baby ni boy.. tapi aku redha terima apa adanya.. Kalau gurl pun ok yang penting sihat, sempurna, selamat. Meriahla dapur hakak nanti.. Plus cepatlah hakak bermenantu bercucu kan! hahahaha. Hover tau!. So, dah alang alang gini cukup umur 30++ hakak boleh stop production. Tengok anak anak membesar je. Plus 40an hakak dah bercucu.. awwwwwwwww!!


EDD nya dijangka 12 Dis 2015. InsyaAllah. Mohon doakan aku, baby sihat dan selamat sehingga saat melahirkan.. sekarang tengah sibuk fikir nak buat birthplan. nak menabung lagi nak join AMANI class. nak beli breastpump baru yang elektrik lagi..haihhh mohon DERMA DERMA!!hahah. InsyaAllah moga Allah permudahkan. Amin...



Nah, share gamba 1st scan. masa ni baru nak masuk 3 bulan tak silap. 
Next scan bulan depan. Baru doc nak bgtau jantina. Aku ingat malas nak tau kot. biarlah rahsia.. Suprise!! sekali keluar nampak bibird boleh buat drama air mata dalam labour. bahahaha.

Notadirisendiri : Korang doakan aku ek ek.. btw aku memang penunggu setia KK Senawang. so far semua nurse kat situ ok je. walau kadang kadang hazab menunggu lama. hakak tak kesah sebab hakak memang penyabar orangnya..hakkktuihhhhhhh..hahah.

t.kasih uolssss.

eh, lupa. kalau korang nak pantang sama sama hakak dengan Maharani jangan segan silu contact eh eh.. 017 479 6944. Special price. ada free gift. insyaAllah..